Takhrij

Friday, 18 February 2022

Hadith petanda yang muncul sebelum Imam Mahdi keluar

 

Dari Ka’abra dia berkata:

 

 إِنَّهُ يَطْلُعُ نَجْمٌ مِنَ الْمَشْرِقِ, قَبْلَ خُرُوجِ الْمَهْدِيْ, لَهُ ذَنْبٌ يُضِيْءُ

 

Akan muncul bintang dari arah timur, sebelum keluarnya al-mahdi, bintang itu memiliki ekor yang bersinar terang

 

Takhrij

 

HR. Nua'im bin Hammad dalam al-Fitan 1/229 no. 642 , Islamkotob, juga ditemukan dalam ‘Uqad Ad-Durar hal. 106.

 

Dhaif kerana keterputusan sanad dan dhaifnya Nua'im bin Hammad dalam meriwayatkan hadith-hadith fitan (Nota kaki al-Fitan 1/152, DKI; https://majles.alukah.net/t107412/)

 

 

أنه قبل خروج المهدي تنكسف الشمس في شهر رمضان مرتين

 

Sebelum munculnya Al Mahdi, matahari akan mengalami gerhana dua kali di bulan Ramadhan

 

Takhrij

 

HR. Nua'im bin Hammad dalam al-Fitan 1/230 no. 642 Islamkotob, dhaif.

 

Palsu menurut kajian Fatwa Soaljawab Islam no. 26836 dan Multaqa Ahlil Hadith 26/120.

No comments:

Post a Comment