Takhrij

Monday, 21 February 2022

Hadith takjub pada seseorang yang memperoleh harta secara haram

 

Matan hadith

 

لا يعجبك إمرؤ كسب مالاً من حرام، فإن أنفق منه أو تصدق به لم يقبل منه، وإن أمسك لم يبارك له فيه، وإن مات وتركه كان زاده إلى النار

 

Terjemahan

 

Jangan membuatmu takjub, seseorang yang memperoleh harta dari cara haram, jika dia infakkan atau dia sedekahkan maka tidak diterima, jika ia pertahankan maka tidak diberkahi dan jika ia mati dan ia tinggalkan harta itu maka akan jadi bekal dia ke neraka

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 10111 at-Thayalisi dalam Musnadnya no. 309, Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah no. 1540, daripada Ibnu Mas'ud ra.

 

Hadith dhaif kerana terdapat perawi yang matruk, Nadhr bin Humaid al-Kindi (Majma Zawaid 8/301).

 

al-Uqaili berkata hadith beliau tidak boleh ditulis, dan seterusnya membawa perkataan Imam Bukhari yang menilai beliau munkarul hadith (Dhuafa' al-Kabir 4/289)

 

Manakala hadith semakna dari jalur Ibnu Abbas ra. pula dhaif jiddan (Dhaif Targhib no. 1077).

No comments:

Post a Comment