Takhrij

Friday, 29 April 2022

Atsar larangan mendidik anak-anak seperti ayah kita mendidik kita?

 

Matan atsar

 

لا تربوا أولادكم كما رباكم آباؤكم، فقد خلقوا لزمان غير زمانكم

 

Terjemahan

 

Ali bin Abi Thali bra berkata: Janganlah kalian mendidik anak-anak kalian sebagaimana bapa-bapa kalian mendidik kalian, kerana mereka (anak kalian) diciptakan bukan di zaman kalian

 

Takhrij

 

Ungkapan ini tidak dikenali berasal dari Ali bin Abu Thalib ra atau mana mana sahabat bahkan dari salaf.

 

Ia adalah kalam ahli Falsafah Yunani, Socrates seperti mana disebutkan oleh Ibn Qayyim dalam Ighathah al-Lahafan 2/265 dan al-Shahrastani dalam  al-Milal 2/144.

 

Satu lagi teori ia adalah kata-kata Plato, sepertimana disebutkan dalam Lubabul Adab hal. 237 dan Ibn Hamdun dalam  at Tazkirah al Hamduniyah 1/256.

 

Hal ini jelas bertentangan. Kerana manusia akan baik jika mereka mengkuti para pendahulu, seperti salaf. Walaubagaimanapun tidak boleh mengkuti contoh-contoh ulama terdahulu, adat resam, contoh ibu bapa yang jelas bertentangan dengan syariat.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 192789

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 271462

No comments:

Post a Comment