Teks viral
Rasulullah SAW dengan keadaan
teresak-esak menceritakan pengalaman Baginda menyaksikan balasan azab dahsyat
terhadap kebanyakkan golongan wanita ketika Israk Mikraj kepada Saidina Ali dan
Fatimah r.a.:
1.
Perempuan digantung rambutnya dan otak kepalanya menggelegak disebabkan
tidak menutup rambut daripada kalangan lelaki dan bukan muhrimnya.
2. Perempuan digantung lidahnya,
dijadikan lidahnya sepanjang 70 zira’ (hasta) kemudian diikat di belakang
tengkoknya, tangannya diikatkan ke belakang dan timah cair dicurah ke
kerongkongnya (tekak), akibat daripada menggunakan mulutnya (kata-kata) untuk
memaki dan menyakiti hati suaminya.
3.
Perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung
sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya adalah perempuan yang
menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.
4.
Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing dan bersolek serta berhias
supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
5.
Perempuan yang digantung sambil kedua kakinya dan tangannya diikat ke
ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala jengking kepadanya; disebabkan ia boleh
solat tetapi tidak mengerjakannya dan keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
6.
Perempuan yang memakan dagingnya sendiri dan di bawahnya dinyalakan api
neraka; disebabkan tidak mahu mandi wajib daripada suci haid dan nifas.
7.
Perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya (ususnya) sendiri.
kerana ia suka berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka membicakan keaiban
dan mengumpat orang.
8.
Perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti
yang diperbuat daripada api neraka, darah dan otaknya keluar daripada lubang
hidung, badan bau busuk kerana penyakit kulit, kusta dan sopak; adalah akibat
daripada dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk
dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
9.
Perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar (keldai)
dan mendapat berbagai kesengsaraan; disebabkan dia suka berbohong dan melaga-lagakan
orang lain.
10. Perempuan yang rupanya seperti anjing,
sementara kala dan ular masuk ke mulut, kemaluan dan duburnya. Malaikat
memukulnya dengan corong api neraka; disebabkan dia suka membuat fitnah dan
marah-marah serta membenci suaminya.
11. Kebanyakan ahli neraka adalah
perempuan kerana mereka mengingkari
suaminya dan mengkufurkan ihsannya serta mereka sering rasa tidak berpuas hati
dan tidak cukup walaupun suaminya telah banyak berbuat baik kepadanya.
.
Rasulullah SAW bersabda lagi:
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada
pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah
perempuan.”
Takhrij
Hadith ini PALSU dan BATIL kerana
tidak ada asal-usulnya yang valid dan autentik. Dan riwayat ini termasuk berita
yang harus didustakan kerana matan (redaksi)nya mungkar.
Hadith ini dinilai BATIL, PALSU
dan MUNGKAR, kerana tidak disebutkan di dalam kitab-kitab hadith ulama Ahlus
Sunnah wal Jama’ah. Akan tetapi hanya disebutkan oleh seorang ulama Syi’ah yang
bernama Muhammad Baqir Al-Majlisi Al-Ashfahani
di dalam kitab hadithnya yang diberi judul Bihar Al-Anwaar 18/35. Dan
kitab ini merupakan salah satu kitab hadith yg dijadikan rujukan oleh
orang-orang Syi’ah. Dan sudah dipastikan oleh para ulama hadith dari kalangan
ulama Ahlus Sunnah wal Jama’ah bahawa kitab tersebut telah dipenuhi dengan
hadith-hadith PALSU dan BATIL.
No comments:
Post a Comment