Menurut pendapat yang masyhur
dalam mazhab Hanafiyah, pendapat yang paling sahih dalam mazhab Hambali, dan
menjadi pendapat kebanyakan fuqaha, basmalah bukanlah bahagian dari Al-Fatihah
dan bukan bahagian dari awal surah apa pun dalam Al-Quran. Adapun dalam mazhab
Syafi’i,mereka menganggap bahawa basmalah adalah ayat sempurna dari Al-Fatihah
dan dari setiap surah. Sedangkan menurut
pendapat yang masyhur dalam mazhab Malikiyyah, basmalah bukan bahagian dari
ayat Al-Quran kecuali pada surah An-Naml (Bidayatul Mujtahid 1/272; Al-Mawsu’ah Al-Fiqhiyyah 8/83-85).
Bukan dari al-Fatihah
Dalil bahawasanya basmalah bukan sebahagian
dari Al-Fatihah. Dalam hadits qudsi dari sahabat Abu Hurairah ra,
« قَالَ اللَّهُ
تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلاَةَ بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِى
مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ ( الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ).
قَالَ اللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِى عَبْدِى وَإِذَا قَالَ (الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَىَّ عَبْدِى. وَإِذَا قَالَ (مَالِكِ
يَوْمِ الدِّينِ). قَالَ مَجَّدَنِى عَبْدِى – وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَىَّ
عَبْدِى – فَإِذَا قَالَ (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ). قَالَ
هَذَا بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ. فَإِذَا قَالَ (اهْدِنَا
الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ
الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ). قَالَ هَذَا لِعَبْدِى وَلِعَبْدِى
مَا سَأَلَ ».
“Allah Ta’ala berfirman: Aku
membagi shalat (maksudnya: Al Fatihah) menjadi dua bahagian, iaitu antara
diri-Ku dan hamba-Ku dua bahagian dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta. Jika
hamba mengucapkan ’alhamdulillahi rabbil ‘alamin (segala puji hanya milik Allah)’,
Allah Ta’ala berfirman: Hamba-Ku telah memuji-Ku. Ketika hamba tersebut
mengucapkan ‘ar rahmanir rahiim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)’,
Allah Ta’ala berfirman: Hamba-Ku telah menyanjung-Ku. Ketika hamba tersebut
mengucapkan ‘maaliki yaumiddiin (Yang Menguasai hari pembalasan)’, Allah
berfirman: Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku. Beliau berkata sesekali: Hamba-Ku
telah memberi kuasa penuh pada-Ku. Jika ia mengucapkan ‘iyyaka na’budu wa
iyyaka nasta’in (hanya kepada-Mu kami menyebah dan hanya kepada-Mu kami memohon
pertolongan)’, Allah berfirman: Ini antara-Ku dan hamba-Ku, bagi hamba-Ku apa
yang ia minta. Jika ia mengucapkan ‘ihdiinash shirathal mustaqiim,
shiraatalladzina an’amta ‘alaihim, ghairil magdhuubi ‘alaihim wa laaddhaallin’
(tunjukkanlah pada kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang telah Engkau
beri nikmat, bukan jalan orang yang dimurkai dan bukan jalan orang yang sesat),
Allah berfirman: Ini untuk hamba-Ku, bagi hamba-Ku apa yang ia minta.” (HR. Muslim no. 395).
Dalam hadith di atas surah
Al-Fatihah dimulai dari “Alhamdulilah lillahi rabbil ‘alamiin”. Ini menunjukkan
bahawa bismillahirrahmanirrahim bhkan ayat pertama dari Al-Fatihah. Seandainya
merupakan sebahagian dari Al-Fatihah, tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
akan sebutkan dalam hadith di atas. Alasan lainnya, kalau basmalah bukan sebahagian
dari Al-Fatihah, maka sesuailah di tengah surah itu adalah iyyaka na’budu wa
iyyaka nasta’in.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ :صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ
عليه وسلّم و أَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَ عُثْمَانَ فَلَمْ أَسْمَعْ أَحَدًا
مِنْهُمْ يَقْرَأُ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Berkata Anas bin Malik ia
berkata: “ Aku solat bersama Nabi shalallahu‘alaihi wasslam, Abu Bakar, Umar
dan Usman r.a. Namun tidak seorangpun dari mereka yang aku dengar membaca
bismillahirrahmanirrahim.” (HR. Muslim no.399)
Dan dalam riwayatnya yang lain :
“Nabi saw, Abu Bakar dan Umar
memulai solat dengan alhandulillahi Rabbil ‘alamin” (HR. Bukhari no. 743).
“Di belakang Nabi shalallahu‘alaihi wasslam
maka dia tidak membaca bismillahirrahmanirrahim”(HR. Ahmad 20/199).
Sebahagian dari al-Fatihah
إذا قرأتم الحَمْدُ فاقرؤوا بِسْمِ اللهِ الرّحْمَنِ الرّحِيمِ إنها أمّ
القرآنِ وأمّ الكتابِ والسبعُ المثانِي وبِسْمِ اللهِ الرّحْمَنِ الرّحِيمِ إحدى
آياتها
Abu Hurairah ra. berkata:
“Rasulul lah Shallallahu’alaihi wasallama bersabda: Apabila kamu membaca
al-Hamdu lillah, maka bacalah bismillahirrahmanirrahim, kerana sesungguhnya ia
adalah induk al-Quran, induk al-Kitab dan tujuh ayat yang diulang-ulang
sedangkan Bismillahirrahmanirrahim adalah salah satu ayatnya (HR. ad-Daruquthni
1/312, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 2486, khilaf ulama, sebahagiannya
menilai dhaif seperti Ibnu Qatthan dalam al-Wahm 5/140, al-Aini dalam Umdatul
Qari 5/418, Ibnu Jauzi dalam Tanqihul Tahqiq 2/165, manakala Abdul Haq
al-Isybaili mengisyaratkan kesahihan sanadnya, para perawinya tsiqah menurut
ad-Daruquthni dan disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih
no. 1183).
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَرَأَ فِي الصَّلاَةِ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ فَعَدَّهَا آَيَةً
Dari Ummu Salamah, bahawa
Rasulullah membaca dalam solat, bismillahirrahmanirrahim, dan menghitungnya
sebagai satu ayat (dari al-Fatihah) (HR. Ibnu Khuzaimah 1/547, al-Baihaqi dalam
Sunan Kubra 2/44, hadith lemah menurut al-Baihaqi, az-Zahabi dalam al-Muhazzab
1/496 dan dhaif juga menurut Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Siyar 9/274).
عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سُئِلَ أَنَسٌ كَيْفَ كَانَتْ قِرَاءَةُ النَّبِيِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ كَانَتْ مَدًّا ثُمَّ قَرَأَ بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ يَمُدُّ بِبِسْمِ اللهِ وَيَمُدُّ بِالرَّحْمَنِ
وَيَمُدُّ بِالرَّحِيمِ
Qatadah berkata: “Anas ditanya
tentang bagaimaca cara Nabi membaca al-Quran?”
Ia menjawab: Nabi membacanya dengan
panjang”. Lalu Anas membaca bismillahirrahmanirrahim, memanjangkan bismillah,
memanjangkan arrahman dan memanjangkan arrahim. (HR. Bukhari no. 5046).
عن ابنِ عباسٍ في قوله: {وَلَقَدْ آتَيْناكَ سَبْعًا مِنَ الْمَثانِي}
[الحجر: ٨٧] قال: فاتحةُ الكتابِ. قيل لابنِ عبّاسٍ: فأين السابعةُ؟ قال: {بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ}
Ibn Abbas menerangkan tentang firman
Allah “Sesungguhnya telah datang kepada engkau tujuh ayat yang dijelaskan pada
surah al-Hajr ayat 87”ia berkata maksudnya adalah surah al-Fatihah. Dikatakan
kepada Ibn Abbas maka apakah tujuh ayat. Berkata Ibn Abbas “Bismillahirrahmanirrahim
adalah surah al-Fatihah ayat pertama. Juga diriwayatkan seperti
itu dari Ali ra. (AR. al-Baihaqi
dalam Sunan Kubra 2/66, Ibnu Katsir berkata dalam al-Ahkamul Kabir 3/18
sanadnya bagus lagi kuat, Syeikh al-Arnauth berkata dalam Takhrij Musykil
al-Atsar 3/244, para perawinya tsiqah kecuali Abdul Aziz bin Juraij ayah kepada
Abdul Malik, hadithnya tidak boleh ditulis menurut Imam Bukhari dan al-Uqaili,
dari hadith dari sanad Ali ra juga dhaif kerana terdapat perawi yang matruk
(al-Mughlatai dalam Syarah Ibnu Majah 3/340, Al-Aini dalam Umdatul Qari 5/420)).
أنَّ رسولَ اللهِ ﷺ كان يجهَرُ بـ {بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ}
[الفاتحة: ١].
Dari Aisyah, bahawa Nabi SAW.
Mengeraskan bacaan bismillahirrahmanirrahim
(pada surah al-Fatihah ayat pertama)(HR. ad-Daruquthni 2/82, dhaif
menurut al-Mughlatai dalam Syarah Ibnu Majah 3/342).
صليتُ وراءَ أبي هريرةَ فقرأ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ، ثم
قرأ بأمِّ القرآنِ حتى بلغ ولا الضالِّينَ فقال آمين وقال الناسُ آمين ، ويقول
كلما سجد اللهُ أكبرُ ، وإذا قام من الجلوسِ في الاثنتيْنِ قال اللهُ أكبرُ ،
ويقول إذا سلَّمَ : والذي نفسي بيدِه إني لأَشْبَهُكم صلاةً برسولِ اللهِ صلَّى
اللهُ عليْهِ وسلَّمَ
Nu’aim al-Mujmir berkata: “Aku solat
dibelakang Abu Hurairah, lalu ia membaca bismillahirrahmanirrahim, kemudian
membaca Ummul Quran, sehingga setelah sampai pada ghairil maghdhubi ‘alaihim
walad-dhallin, maka ia berkata, amin. Lalu orang-orang juga berkata, amin… Lalu
Abu Hurairah berkata: “Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya
aku adalah orang yang paling menyerupai kamu solatnya dengan Rasulullah saw(HR.
an-Nasaie no. 905, Ahmad no. 10449, ad-Daruquthni 1/639, al-Baihaqi dalam Sunan
Kubra 2/46, sanandya sahih dengan
syawahid menurut al-Baihaqi, sahih menurut Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 2/312, Syeikh
al-Arnauth dalam Takhrij Sunan ad-Daruquthni no. 1168).
Rujukan
https://rumaysho.com/12463-hukum-al-fatihah-1-basmalah-bagian-al-fatihah-atau-bukan.html
No comments:
Post a Comment