Takhrij

Thursday, 2 June 2022

Hadith doa ruqyah yang boleh menggongcangkan gunung

 

Matan hadith

 

أنه قرأ في أُذُنِ مبتلى فأفاق فقال له رسولُ اللهِ ﷺ ما قرأتَ في أُذُنِه قال قرأتُ أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّما خَلَقْناكُمْ عَبَثًا حتى فرغ آخرُ السورةِ فقال رسولُ اللهِ ﷺ لو أنَّ رجلًا موقناً قرأ بها على جبلٍ لزالَ

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud ra. dia berkata, “Dia membaca sesuatu pada telinga orang yang sedang tidak sedarkan diri, hingga sedar dan bangun. Rasulullah bertanya kepada Ibnu Mas’ud, ‘Apa yang engkau bacakan pada telinganya?’ Ibnu Mas’ud menjawab, aku membaca,

 

أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ

 

Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (QS. Al-Mukminum: 115)

 

Dibaca hingga akhir surah. Rasulullah Saw bersabda, Apabila seseorang yang yakin kemudian membaca ayat tersebut terhadap gunung, nescaya akan bergoncang (hancur).

 

Takhrij

 

HR. Abu Ya’ala dalam musnadnya no. 5045, at-Thabarani dalam ad-Dua’ no. 1071 al-Baihaqi dalam al-Da’watul Kabir no. 593, al-Uqaili dalam Dhuafa’al-Kabir no. 753, daripada Ibnu Mas’ud ra.

 

Al-Haithami dalam Majma Zawaid 5/118 berkata dalam sanadnya terdapat perawi yang dhaif iaitu Ibnu Lahiyah dan hadithnya hasan, baki perawinya adalah perawi hadith sahih.

 

Sanandya dhaif menurut al-Bushiri dalam Ithaf al-Khiyarah 4/462.

 

Ibnu Hajar menilai hadith ini gharib dalam al-Futuhat Rabbaniyah 4/45, Nataij al-Afkar 4/406.

 

Az-Zahabi dalam Mizanul’Itidal 2/175 menilai hadith tersebut batil.

 

Didhaifkan juga oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4274.

No comments:

Post a Comment