Takhrij

Thursday, 2 June 2022

Sunnah pakai seluar itu duduk?

 

Tidak ditemukan dalil yang menunjukkan hal sedemikian, akan tetapi pernyataan tersebut ditemukan asalnya yang berkemungkinan datang dari ucapan alim, bernama as-Suwaifi, sepertimana dinukilkan oleh Imam Nawawi al-Bantani dalam Kasyaful Saja hal. 100, DKI, dalam bab:

 

Beberapa perkara lain yang dapat menyebabkan kefakiran, di antaranya:

 

 النوم عرياناً إذا لم يستتر بشيء

 

Tidur dengan keadaan telanjang bulat tanpa ada penutup sedikitpun.

 

والأكل جنباً

 

Makan dalam keadaan junub

 

والتهاون بإسقاط المائدة

 

Tidak memperdulikan makanan-makanan yang jatuh.

 

وحرق قشر البصل وقشر الثوم

 

Membakar kulit bawang merah dan putih.

 

وكنس البيت ليلاً

 

Menyapu rumah di malam hari.

 

وترك القمامة بضم القاف أي الكناسة في البيت

 

Membiarkan sampah ada di dalam rumah.

 

والمشي أمام المشايخ

 

Berjalan di depan orang-orang yang tua umur.

 

ونداء الوالدين باسمهما

 

Memanggil kedua orang tua dengan nama mereka.

 

وغسل اليدين بالطين

 

Membasuh kedua tangan dengan lumpur.

 

والتهاون بالصلاة

 

Melalaikan perkara solat.

 

وخياطة الثوب وهو على بدنه

 

Menjahit pakaian sambil pakaian tersebut sedang dipakai.

 

وإسراع الخروج من المسجد

 

Cepat-cepat keluar dari masjid.

 

والتبكير بالذهاب إلى الأسواق والبطء في الرجوع منها

 

Berangkat awal-awal ke pasar dan menunda-nunda pulang dari sana.

 

وترك غسل الأواني

 

Tidak mencuci peralatan masak dan makan.

 

وشراء كسر الخبز من الفقراء السؤال

 

Membeli serbuk roti dari orang fakir yang meminta-meminta.

 

وإطفاء السراج بالنفس

 

Memadamkan lampu api (pelita/lilin) dengan nafas.

 

والكتابة بالقلم المعقود

 

Menulis dengan pena yang diikat tali.

 

والامتشاط بمشط مكسور

 

Menyikat rambut dengan sikat  rongak

 

وترك الدعاء للوالدين

 

Tidak mendoakan kedua orang tua.

 

والتعمم قاعداً

 

Memakai serban sambil duduk.

 

والتسرول قائماً

 

Memakai seluar sambil berdiri.

 

والبخل وهو منع السائل مما يفضل عنده

 

Bakhil, iaitu enggan memberikan kelebihan harta kepada peminta-minta.

 

والتقتير وهو التضييق في النفقة

 

Berkira-kira iaitu terlalu kedekut dalam menafkahkan atau membelanjakan harta.

 

والإسراف وهو مجاوزة التوسط ذكره السويفي

 

Boros, iaitu melewati batas sederhana dalam membelanjakan harta, seperti yang disebutkan oleh Suwaifi.

 

Ya jelas, Ia adalah pendapat as-Suwaifi saja.

 

 

Rujukan

 

Kasyifatus Saja Syarah Safinatun Najah hal. 100, DKI

 

Taalim Mutaallim hal. 43.

 

Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub hal. 102

No comments:

Post a Comment