Takhrij

Thursday, 21 July 2022

Hadith perbandingan kelebihan amalan membaca al-Quran, zikir, sedekah dan puasa

 

Matan hadith

 

عَن عَائِشَةَ رَضي اللٌهُ عَنُهَا اَنٌ النٌبِيَ صَلٌي اللٌهُ عَلَيهَ وَسَلَمَ قَالَ قَرِاءَةُ القُرانِ فيِ الصَلآةِ اَفضَلُ مِن قِرَاءَةِ القُرآنِ فيِ غَيرِ الصَلآةِ وَقَرِاءَةُ القُرانِ فيِ غَيرِ الصَلآةِ اَفضَلُ مِنَ الٌتَسبِيحِ وَ التٌكبِيرِ وَ التٌسبِيحُ اَفضَلُ مِنَ الصَدَقَةَ وَ الصٌدَقَةُ اَفضَلُ مِنَ الصَومِ وَالصٌوَمُ جُنٌةٌ مِنَ النٌاَرِ .

 

Terjemahan

 

Dari Aisyah RA, Rasulullah bersabda: Membaca Al-Qur'an di dalam solat lebih utama daripada membaca Al-Qur'an di luar solat. Membaca Al-Qur'an di luar solat lebih utama daripada tasbih dan takbir. Tasbih lebih utama daripada sedekah, sedekah lebih utama daripada puasa (puasa), dan puasa adalah perisai dari api neraka.

 

Takhrij

 

 

HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 2243, ad-Dailami dalam Musnadnya no. 1427, daripada Aisyah ra.

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 4082.

 

Dari jalan Ali bin Hussain ra juga dhaif menurut az-Zahabi dalam Mizanul I’tidal 3/251, Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Lisanul Mizan 6/197, kerana perawi yang bernama ‘Amru bin Jami’ yang mempunya kritikan terhadapnya.

No comments:

Post a Comment