Takhrij

Thursday, 21 July 2022

Hadith tetap di tempat solat selepas subuh

 

Matan hadith

 

مَنْ قَعَدَ فِي مُصَلَّاهُ حِينَ يَنْصَرِفُ مِنْ صَلَاةِ الصُّبْحِ حَتَّى يُسَبِّحَ رَكْعَتَيْ الضُّحَى لَا يَقُولُ إِلَّا خَيْرًا غُفِرَ لَهُ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ أَكْثَرَ مِنْ زَبَدِ الْبَحْرِ

 

Terjemahan

 

Sesiapa yang terus duduk di tempat dia bersolat setelah dia selesai solat Subuh sehingga dia mengerjakan dua rakaat Dhuha dan dia tidak berkata apa-apa kecuali yang baik, maka dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah walaupun dosa itu lebih banyak daripada buih di lautan

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 1287, Ahmad no. 15623, daripada Muaz bin Anas al-Juhani ra.

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dan syeikh al-Arnauth, al-Aini dalam Umdatul Qari 7/348, Ibnu Mulaqin dalam Tuhfatul Muhtaj 1/414, al-Munawi dalam Takhrij Ahadith Mashabih 1/485.

 

Hasan menurut al-Mundziri dalam al-Targhib wal Tarhib 1/221

 

No comments:

Post a Comment