Takhrij

Tuesday, 22 November 2022

Hadtih larangan berbuat bidaah di Madinah

 

Bagi orang yang diberi kesempatan oleh Allah Azza wa Jalla untuk tinggal di kota Madinah hendaknya berhati-hati agar jangan sampai melakukan perbuatan bidaah dan maksiat atau melindungi pelakunya, kerana itu akan membuatnya terkena laknat. Diriwayatkan dalam sebuah hadith, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

 

 

مدينة حرم من كذا إلى كذا، لا يقطع شجرها ، ولا يحدث فيها حدث ، من أحدث فيها حدثا فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين

 

Madinah adalah tanah Haram dari sini ke sini, tidak dipotong pohonnya dan tidak boleh membuat bidaah di dalamnya. Barangsiapa yang membuat bidaah di dalamnya maka atasnya laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia (HR. Bukhari no. 1768, Muslim no. 1366).

 

 

Baginda saw juga bersabda,

 

الْمَدِينَةُ حَرَمٌ ، فَمَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا، أَوْ آوَى مُحْدِثًا، فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ، لَا يَقْبَلُ اللَّهُ مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَرْفًا وَلا عَدْل

 

Kota Madinah adalah tanah suci, maka barangsiapa yang melakukan perbuatan bidaah dan maksiat atau melindungi pelakunya maka baginya laknat Allah, laknat para malaikat dan laknat manusia seluruhnya. Pada hari kiamat nanti tidak diterima darinya amalan wajib mahupun sunnah (HR. Muslim no. 1371).

 

Hadith ini menunjukan bahwa bidaah atau kemungkaran di Madinah merupakan dosa besar kerana terancam dengan laknat dan tidak diterimanya amal ibadahnya. (Syarah Sahih Muslim 9/140).

No comments:

Post a Comment