Takhrij

Thursday, 19 January 2023

Hadith Makna Huruf-Huruf Hijaiyah

 

Matan hadith

 

معاني الحروف الهجائية على لسان الإمام علي عليه الصلاه السلام جاء يهودي إلى النبي صلى الله عليه و آله سلم وعنده أمير المؤمنين فقال له : ما الفائدة في حروف الهجاء؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم لعلي : أجبه , وقال اللهم وفقه وسدده فقال علي : مامن حرف إلا وهو اسم من أسماء الله عز وجلثم قال :أما الألف : الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوموأما الباء : باق بعد فناء خلقه وأما التاء : تواب يقبل التوبة عن عباده وأما الثاء : الثابت الكائن يثبت الله الذين آمنوا بالقول الثابتvوأما الجيم : جل ثناؤه وتقدست أسماؤه وأما الحاء : حق حي حليم وأما الخاء : خبير بما يعمل العباد وأما الدال : ديان يوم الدين وأما الذال : ذو الجلال والإكرام وأما الراء : رؤوف بعباده وأما الزاي : زين المعبودين وأما السين : سميع البصيروأما الشين : شاكر لعباده المؤمنين وأما الصاد : صادق في وعده ووعيده وأما الضاد : الضار النافع وأما الطاء : الطاهر المطهروأما الظاء : الظاهر المظهر لآياته وأما العين : عالم بعباده وأما الغين :غياث المستغيثين وأما الفاء : فالق الحب والنوى وأما القاف : قادر على جميع خلقه وأما الكاف : الكافي الذي لم يكن له كفوا احد ولم يلد ولم يولدوأما اللام : لطيف بعباده وأما الميم : مالك الملك وأما النون : نور السماوات والأرض من نور عرشه وأما الهاء : هادي لخلقه وأما الواو : واحد صمد لم يلد ولم يولدوأما اللام : لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأما الياء : يد الله باسطة على خلقه فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : هذا هو القول الذي رضي الله عز وجل لنفسه من جميع خلقه, فاسلم اليهودي

 

Terjemahan

 

Dari Husein bin Ali bin Abi Thalib ra, Seorang Yahudi mendatangi Nabi saw seraya bertanya, “Apa makna huruf hijaiyah?”.

 

Rasulullah saw berkata kepada Ali bin Abi Thalib, “Jawablah pertanyaannya, wahai Ali!”.

 

Kemudian Rasulullah saw berdoa, “Ya Allah, jadikanlah dia berhasil dan bantulah dia.

 

”Ali berkata, “Setiap huruf hijaiyah adalah nama-nama Allah.” Ia melanjutkan:

 

Alif (ا) : (Ismullah) nama Allah, yang tiada Tuhan selainNya. Dia selalu hidup, Maha Mandiri dan Maha Kuasa.

 

Ba’ (): (al Baqi’) Maha Kekal, setelah musnahnya makhluk.

 

Ta (): (al Tawwab) Maha Penerima Taubat dari hamba-hambaNya.

 

Tsa’ (): (al Tsabit) Yang Menetapkan keimanan hamba-hambaNya.

 

Jim () : (Jalla Tsanauhu) Yang Maha Tinggi PujianNya kesucianNya, dan nama-namaNya yang tiada berbatas.

 

Ha’ () : (al Haq, al Hayyu, wa al Halim) Yang Maha Benar, Maha Hidup, dan Maha Bijak

 

Kha () : (al Khabir) Yang Maha Tahu dan Maha Lihat. Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang kalian kerjakan.

 

Dal () : (Dayyanu yaumi al din) Yang Maha Kuasa di Hari Pembalasan

 

Dzal () : (Dzu al Jalal wa al Ikram) Pemilik Keagungan dan Kemuliaan

 

Ra () : (al Rauf) Maha Sayang

 

Zay () : (Zainul Ma’budin)  Kebanggaan Para Hamba

 

Sin () : (al Sami al Bashir)  Maha Dengar dan Maha Lihat

 

Syin () : (Syakur) Maha Penerima ungkapan terima kasih dari hamba-hambaNya

 

Shad () : (al Shadiq) Maha Jujur dalam menepati janji. Sesungguhnya Allah tidak mengingkari janjiNya.

 

Dhad () : (al Dhar wa al Nafi) Yang Menangkal Bahaya dan Mendatangkan Manfaat

 

Tha () : (al Thahir wal al Muthahir) Yang Maha Suci dan Menyucikan

 

Zha (ظ) : (Zhahir) Yang Tampak dan Menampakkan KebesaranNya

 

Ain () : (al ’Alim) Yang Maha Tahu atas segala sesuatu.

 

Ghain () : (Ghiyats al Mustaghitsin)  Penolong bagi yang memohon pertolongan dan Pemberi Perlindungan.

 

Fa (ف) : Yang Menumbuhkan biji-bijian dan tumbuhan.

 

Qaf () : Yang Mahakuasa atas makhluk-Nya.

 

Kaf () : (al Kafi) Yang Memberikan Kecukupan( bagi semua makhluk, tiada yang serupa dan sebanding dengan-Nya.

 

Lam () : (Lathif) Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya dengan kelembutan khusus dan tersembunyi.

 

Mim (): (Malik ad dunya wal akhirah) Pemilik dunia dan akhirat.

 

Nun (ن) : (Nur) Cahaya langit, cahaya bumi, dan cahaya hati orang-orang beriman.

 

Waw () : (al Wahid) Yang Maha Esa dan tempat bergantung segala sesuatu.

 

Haa (ه) : (al Hadi) Maha Pemberi Petunjuk bagi makhluk-Nya. Dialah yang menciptakan segala sesuatu dan memberikan petunjuk.

 

Lam alif (لآ) : Lam tasydid dalam lafaz Allah untuk menekankan keesaan Allah, yang tiada sekutu bagiNya.

 

Ya (): (Yadullahbasithun lil khalqi) Tangan Allah terbuka bagi makhluk. Kekuasaan dan kekuatanNya meliputi semua tempat dan semua keberadaan.

 

Rasulullah saw bersabda, ”Wahai Ali, ini adalah perkataan yang Allah rela terhadapnya.”

 

Dalam riwayat dijelaskan bahawa Yahudi itu masuk Islam setelah mendengar penjelasan Ali.

 

 

Takhrij

 

Tidak ditemukan asal dari kitab-kitab hadith muktabar sunnah dan kitab lainnya.

 

Malah ia ditemukan dalam kitab Syiah. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Shaduq dalam Kitab Tauhid hal. 235-236, dan dalam Kitab Hadith Syiah Biharul Anwar 2/317, tanpa sanad.

 

Maka jelaslah ia palsu, tidak mempunyai asal, dan merupakan pendustaan ke atas nama Nabi saw yang dilakukan oleh Syiah Rafidah sepertimana dijelaskan oleh Syeikh Abdurrahman al-Suhaim dalam al-Meshkat.net.

 

 

Rujukan

 

http://www.almeshkat.net/vb/showthread.php?t=21840

No comments:

Post a Comment