Takhrij

Monday, 11 September 2023

Atsar 70 ribu malaikat bersilih ganti siang dan malam menjaga makamnya Nabi saw

 

Matan atsar

 

عن نبيه بن وهب أن كعباً دخل على عائشة رضي الله عنه فذكروا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال كعب: ما من فجر يطلع إلا نزل سبعون ألفاً من الملائكة حتى يحفوا بالقبر، يضربون بأجنحتهم ويصلون على النبي صلى الله عليه وسلم حتى إذا أمسوا عرجوا وهبط سبعون ألف ملك يحفون بالقبر ويضربون بأجنحتهم ويصلون عن النبي صلى الله عليه وسلم سبعون ألفاً بالليل وسبعون ألفاً بالنهار.

 

Terjemahan

 

Dari Nabih bin Wahab, bahawa Ka`ab berkunjung ke Aisyah RA lalu mereka mengisahkan Rasulullah SAW. Ka`ab menyatakan: ``Tidaklah sekali fajar pun terbit kecuali 70 ribu malaikat menyelimuti makam dan melebarkan sayap mereka berselawat kepada Nabi SAW sampai petang. Di petang hari mereka pergi dan datanglah 70 ribu malaikat lagi menggantikan, menyelimuti makam dan melebarkan sayap mereka berselawat kepada Nabi Saw. Ada 70 ribu malaikat pada waktu malam, dan 70 ribu lagi di waktu siang.

 

Takhrij

 

AR. Ismail al-Qadhi dalam Fadhlul Shalawat no. 107, Ibnu Mubarak dalam az-Zuhd no. 1600, Ad-Darimi no. 95, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3873

 

Pentahqiq Sunan Darimi berkata sanadnya cacat kerana dhaifnya perawi bernama Abdullah bin shalih, dia buruk hafalan dan sanadnya terputus, Nabih bin Wahb tidak bertemu dengan Ka’ab.

Manakala pentahqiq Jami' Syuabul Iman 6/55 berkata sanad hadith ini hasan.

Dan Syeikh al-Albani mengatakan sanadnya sahih dalam tahqiq Fadhlul Shalawat.

No comments:

Post a Comment