Takhrij

Monday, 11 September 2023

Doa Hizb al-Hafiz

 

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ اللهُ يَا حَفِيظٌ نَفْسي وَرُوحى بسم الله جبريلُ في يميني بِسْمِ اللَّهِ مِيكَائِيلُ فِي شِمَالِي بِسْمِ اللَّهِ إِسْرَافِيلُ فِي امامى بسم الله عزرائيل فى ورائي بسم الله لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.

 

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, wahai Zat yang menjaga diriku dan jiwaku (rohku), Dengan nama Allah yang Jibril sentiasa berada di kananku, dengan nama Allah yang Mikail selalu ada di kiriku, dengan nama Allah yang Israfil selalu berada di hadapanku, dengan nama Allah yang 'Izrail sentiasa berada di belakangku, dengan nama Allah yang tiada sebarang daya dan melainkan upaya hanya dengan izin dan kekuatan Allah SWT Yang Maha Tinggi dan Maha Agung."

 

Takhrij

 

Selain dikenali sebagai Hizb al-Hafiz ia juga dikenali sebagai doa 9

 

Tidak ditemukan asal yang jelas berkenaan sumber doa tersebut dalam kitab-kitab muktabar sunnah tidak juga ditemui dari amalan para salaf (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 299572).

Tetapi matan doa yang paling hampir menyerupai doa di atas banyak sekali ditemukan dari sumber syiah seperti Makarim al-Akhlak hal. 462, Bihar al-Anwar 92/29, al-Sahifah al-Sajadiyyah hal. 64, ‘Uyunul Akhbar 2/137, Musnad Imam Ridha 2/51:

 

اللهم توسلت بك إليك، وتحملت بك عليك، فإنه لا ينال ما عندك إلا بك، أسألك أن تصلي على محمد وآل محمد، وأن تكفيني شرما أحذر وما لا يبلغه حذاري، إنك على كل شئ قدير وهو عليك يسير، جبريل عن يميني، وميكائيل عن شمالي، وإسرافيل أمامي، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

 

Dan

 

بسم الله الرحمن الرحيم، بسم الله إني أعوذ بالرحمن منك إن كنت تقيا أو غير تقى، أخذت بالله السميع البصير على* سمعك وبصرك لا سلطان لك علي، ولا على سمعي ولا بصري، ولا على شعري، ولا على بشري ولا على لحمي ولا على دمي ولا على مخي ولا على عصبي، ولا على عظامي، ولا على أهلي ولا على، فارزقني ربي، سترت بيني وبينك بسترة النبوة الذي استتر به أنبياء الله من سلطان الفراعنة جبرائيل عن يميني وميكائيل عن يساري، وإسرافيل من ورائي ومحمد صلى الله عليه وآله وسلم أمامي والله مطلع على ما يمنعك ويمنع الشيطان منى، اللهم لا يغلب جهله أناتك أن يستفزني ويستخفني اللهم إليك التجأت، اللهم إليك التجأت اللهم إليك التجأت

 

Apa-apa doa boleh saja diamalkan dengan syarat tidak ada kesyirikan, bahasa yang baik dan difahami dan tidak bertentangan dengan syariat serta makna yang benar (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 299572).

 

Dan menurut Fatwa tersebut, doa yang disebutkan di atas* patut dielakkan daripada membacanya. Ini kerana doa tersebut mengandungi perkataan yang tidak difahami dan boleh membawa kepada maksud yang salah seperti yang ditebalkan di dalam teks. Ia difahami seolah-olah perlindungan itu diminta pada Jibril, Mikail, Israfil dan Nabi saw. Maksudnya menjadi benar apabila dia meminta kepada Allah agar malaikat-malaikat tersebut melindunginya, akan tetapi bagaimana pula Nabi saw?, kerana Nabi berada di kuburnya, bagaimana Nabi saw yang telah wafat boleh diseru untuk melindunginya  (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 299572).

 

Merujuk kepada Hizb di atas, terdapat lagi satu doa yang hampir serupa dengan makna di atas, dengan tambahan kalimah malaikat Izrail:

 

اللهم رب جبريل وميكائيل وأسرافيل وعزرائيل، أعصمني من فتن الدنيا ووفقني لما تحب وترضى، وثبتني بالقول الثابت في الحياة الدنيا وفي الآخرة – ولا تضلني بعد أن هديتني وكن لي عونا ومعينا، وحافظا وناصرا

 

Akan tetapi doa ini juga tidak ditemui asalnya daripada kitab-kitab hadith muktabar sunnah (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 76469).

 

Menurut Syeikh Abdurrahman bin Abdullah Salilh al-Suhaim, teks doa ini berasal dari hadith yang panjang yang menyatakan Jibril menyuruh Nabi saw membaca doa ini, dan ia jelas bersumberkan dari Syiah Rafidah, batil dan satu kebohongan atas Nabi saw. Dan nama malaikat izrail jelas sekali tidak terdapat dalam mana-mana dalil yang sahih menyebutkannya sebagai malaikat maut (http://saaid.org/Doat/assuhaim/fatwa/24).

 

Dan doa ini jelas tidak mematuhi salah satu syarat, yakni bahasa/ayat yang benar kerana penamaan izrail yang tidak benar tersebut (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 137274).

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 299572, 76469, 137274, 16990

 Fatwa Soaljawab Islam no. 101214

 http://saaid.org/Doat/assuhaim/fatwa/24.htm


No comments:

Post a Comment