Takhrij

Monday, 11 September 2023

Hadith mukmin itu dijaga 160 malaikat?

 

 

Matan hadith

 

 وُكِّل بالمؤمنِ مئةٌ وستون ملَكًا يذبُّون عنه ما لم يقدرْ عليه من ذلك البصرُ عليه سبعةُ أملاكٍ يذبُّون عنه كما يُذَبُّ عن قصعةِ العسلِ الذبابُ في اليومِ الصائفِ ولو وُكِل العبدُ إلى نفسِه طرفةَ عينٍ لاختطفتْه الشياطينُ.

 

 

Terjemahan

 

Ada 160 malaikat yang diberi kuasa untuk mengurusi seorang Mukmin. Mereka mencegahnya dari hal-hal yang dia tidak mampu. Di antaranya ada tujuh malaikat yang melindungi penglihatan, seperti melindungi mangkuk madu dari lalat. Seandainya seorang hamba diberi kekuasaan untuk mengurusi dirinya sendiri sekejap mata saja, maka pastilah dia akan diculik oleh syaitan-syaitan

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Abi Duniya dalam Makaad al-Syaitan no  75, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 7704, al-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 7117, daripada Abu Umamah al-Bahili ra.

 

 

Dhaif menurut az-Zailaie dalam Takhrij Kasyaf 4/189 kerana kecacatan yang terdapat pada perawi bernama 'A'afir bin Ma'adan

No comments:

Post a Comment