Takhrij

Thursday, 28 December 2023

Hadith keutamaan duduk dalam majlis ilmu dan berzikir tatkala bersendirian

 

Matan hadith

 

أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى مِلَاكِ هَذَا الْأَمْرِ الَّذِي تُصِيبُ بِهِ خَيْرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ؟ عَلَيْكَ بِمَجَالِسِ أَهْلِ الذِّكْرِ، وَإِذَا خَلَوْتَ فَحَرِّكَ لِسَانَكَ مَا اسْتَطَعْتَ بِذِكْرِ اللهِ، وَأَحِبَّ فِي اللهِ، وَأَبْغِضْ فِي اللهِ

 

Terjemahan

 

Mahukah aku memberitahu kamu perkara asas dalam agama yang dengannya kamu akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat? Duduklah dalam majlis orang-orang yang mengingati Allah dan apabila kamu bersendirian maka sentiasalah gerakkan lidah kamu untuk mengingati Allah

 

 

Takhrij

 

HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 9024, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 8320, Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya 5/204, Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 13/317, daripada Abu Razin ra.

 

Sanadnya dhaif menurut Syeikh Zubair Ali Zai dalam takhrij hadith Misykatul Masabih no. 5025.

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5386.

 

Hadith ini dhaif kerana terdapat perawi yang matruk iaitu 'Amr bin Husain dan lemah iaitu Utsman bin 'Atha' (Hidayatul Ruwat 4/445, Silsilah Hadith Dhaif no. 5386).

No comments:

Post a Comment