Takhrij

Friday, 29 November 2024

Hadith keimanan mukmin yang menakjubkan

 

Matan hadith

 

 أَيُّ الْخَلْقِ أَعْجَبُ إِلَيْكُمْ إِيمَانًا؟  ، قَالُوا: الْمَلَائِكَةُ ، قَالَ: وَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ وَهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ ؟  ، قَالُوا : فَالنَّبِيُّونَ ، قَالَ :  وَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ وَالْوَحْيُ يَنْزِلُ عَلَيْهِمْ ؟ ، قَالُوا: فَنَحْنُ. قَالَ :  وَمَا لَكُمْ لَا تُؤْمِنُونَ وَأَنَا بَيْنَ أَظْهُرِكُمْ ؟  ، قَالَ : فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  إِنَّ أَعْجَبَ الْخَلْقِ إِلَيَّ إِيمَانًا لَقَوْمٌ يَكُونُونَ بَعْدَكُمْ يَجِدُونَ صُحُفًا فِيهَا كِتَابٌ يُؤْمِنُونَ بِمَا فِيهَا

 

Terjemahan

 

Orang mukmin manakah yang imannya paling kalian kagumi?” Mereka menjawab, “Para malaikat.” Nabi saw bersabda, “Dan mengapa mereka tidak beriman, sedangkan mereka berada di sisi Tuhan mereka.” Mereka berkata, “Kalau begitu, para nabi.” Nabi saw menjawab, “Mengapa mereka tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka?” Mereka berkata, “Kalau begitu, kami.” Nabi saw bersabda, “Mengapa kamu tidak beriman, sedangkan aku berada di antara kalian? Tetapi orang mukmin yang paling menakjubkan keimanannya ialah suatu kaum yang datang sesudah kalian; mereka hanya menjumpai lembaran-lembaran (mushaf), lalu mereka beriman dengan semua yang terkandung di dalamnya.”

 

Takhrij

 

HR. al-Baihaqi dalam Dalail Nubuwah no. 6/538, daripada 'Amru bin Syuaib dari ayahnya dari datuknya.

 

Hadith ini dhaif disisi mutaqaddimin. Dalam sanadnya terdapat beberapa kritikan. Abu Hatim mengatakan bahawa Mughira bin Qais adalah seorang pendusta hadith, dan Isma'il bin Ayyasy lemah dalam meriwayatkan hadith dari orang bukan-Syam, kerana Mughira bin Qais adalah orang Basrah (Lisanul Mizan 9/76). Kesemua jalur riwayat yang ada tidak terlepas dari kelemahan.

 

Manakala Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 3215 dan Syeikh Ahmad Syakir dalam Umdatul Tafsir 1/397 menghasankan hadith ini dengan pengumpulan semua jalan riwayat.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 201514

No comments:

Post a Comment