Matan hadith
خَرَجَ علينا رَسولُ اللهِ ﷺ يَومًا ونحن نَتَمارى في شَيءٍ
مِن أمْرِ الدِّينِ، فغَضِبَ غَضَبًا شَديدًا لم يَغضَبْ مِثلَه، ثم انتَهَرَنا فقال:
مَهلًا يا أُمَّةَ مُحمدٍ؛ إنَّما هَلَكَ مَن كان قَبلَكم بهذا، ذَروا المِراءَ لِقِلَّةِ
خَيرِه، ذَروا المِراءَ؛ فإنَّ المُؤمِنَ لا يُماري، ذَروا المِراءَ؛ فإنَّ المُماريَ
قد تَمَّتْ خَسارَتُه، ذَروا المِراءَ؛ فكَفى إثْمًا أنْ تَزالَ مُماريًا، ذَروا المِراءَ؛
فإنَّ المُماريَ لا أشفَعُ له يَومَ القيامةِ، ذَروا المِراءَ؛ فأنا زَعيمٌ بثَلاثةِ
أبياتٍ في الجَنَّةِ في رِباضِها ووَسَطِها وأعْلاها لِمَن تَرَكَ المِراءَ وهو صادِقٌ،
ذَروا المِراءَ؛ فإنَّ أوَّلَ ما نَهاني عنه رَبِّي بَعدَ عِبادةِ الأوثانِ المِراءُ.
Terjemahan
Rasululullah saw keluar kepada
kami suatu hari ketika kami sedang berdebat mengenai sesuatu perkara agama.
Baginda menjadi sangat marah, marah yang belum pernah Baginda tunjukkan sebelum
ini. Baginda kemudian memarahi kami dan berkata: 'Berhentilah wahai umat
Muhammad; sesungguhnya orang-orang sebelum kamu binasa kerana ini.
Tinggalkanlah perdebatan kerana ia sedikit kebaikannya. Tinggalkanlah
perdebatan; kerana seorang mukmin tidak berdebat. Tinggalkanlah perdebatan;
kerana orang yang suka berdebat telah merugikan dirinya. Tinggalkanlah
perdebatan; cukuplah berdosa seseorang yang terus menerus berdebat.
Tinggalkanlah perdebatan; kerana aku tidak akan memberi syafaat kepada orang
yang suka berdebat pada hari kiamat. Tinggalkanlah perdebatan; kerana aku menjamin
tiga rumah di syurga – di pinggirnya, di tengahnya, dan di puncaknya – untuk
sesiapa yang meninggalkan perdebatan meskipun dia berada di pihak yang benar.
Tinggalkanlah perdebatan; kerana perkara pertama yang dilarang oleh Tuhanku
selepas menyembah berhala ialah perdebatan
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu'jam
al-Kabir no.7659, daripada Abu Darda', Abu Umamah, Watsilah bin al-Atsqa' dan
Anas ra
Tidak sahih, sanadnya parah, ada
perawi yang dhaif jiddan iaitu Katsir bi
Marwan (al-Mundziri dalam al-Targhib wal Tarhib 1/106, al-Haithami dalam
Majma Zawaid 1/156, al-Dimyathi dalam al-Mutjir al-Rabih no. 23)
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini palsu (Dhaif Targhib no. 114)
No comments:
Post a Comment