قال أبو عصمة نوح بن أبي مريم
"إني رأيت اشتغال الناس بفقه أبي حنيفة، ومغازي محمد
بن إسحاق، وإعراضهم عن القرآن، فوضعت هذه الأحاديث حسبة لله."
Berkata Nuh bin Abi Maryam,
"Aku melihat manusia terlalu sibuk dengan fiqh Abu Hanifah dan sirah
Muhammad bin Ishaq, lalu mereka berpaling dari al-Quran. Maka aku pun mencipta
hadith-hadith ini kerana Allah."
Kata Ibnu Hibban rah
"Nuh" The Collector" Al-Jamik telah menghimpunkan semua perkara
dalam hidupnya, kecuali kejujuran"
Beginilah kisah Abu Ismah Nuh bin
Abi Maryam, seorang yang di mata masyarakat adalah qadhi yang dihormati, tokoh
dalam Mazhab Hanafi yang terkenal, Pakar bahasa Arab dan pelbagai ilmu lain.
Tapi di sisi ulama hadith, beliau
dikenali sebagai pemalsu hadith, walaupun niatnya konon “kerana Allah”.
Kisah ini memberi kita satu
pengajaran penting. Tokoh yang hebat dalam satu bidang belum tentu selamat dari
kesilapan besar dalam bidang lain.
Bahkan boleh sahaja seorang tokoh
yang memiliki banyak ilmu, namun tidak jujur dan amanah.
Penilaian ini selari dengan
kaedah kukuh dalam ilmu Jarh wa Ta’dil
الجرح المفسر مقدم على التعديل المبهم
"Kritikan yang diperincikan
didahulukan atas pujian yang umum."
Begitu juga dalam Usul Fiqh:
المثبت مقدم على النافي
"Yang menetapkan sesuatu
diutamakan berbanding yang menafikan."
Analogi mudah: Ayah kita pandai
memasak dan disayangi ramai.
Tapi suatu hari lauknya terlebih
garam. Ramai orang menegur perkara tersebut. Maka teguran itu tetap sah dan
perlu diterima, walau kita tahu beliau biasanya memang handal di dapur.
Walaupun hati kita mungkin
terguris kerana kritikan tersebut. Namun kebenaran dan jujur membawa kebaikan.
Masakan yang masin tetap masin.
Begitulah resam dalam dunia ilmu,
kebaikan umum tidak menutup kesilapan khusus.
Ulama besar seperti al-Jahiz,
walaupun dikritik kerana berakidah Muktazilah, tetap diiktiraf sebagai ahli
bahasa yang ulung. Maka ilmunya diambil dalam bahasa, tapi ditolak dalam
akidah.
Bahkan Ahli Sunnah sendiri
mengambil pendapat Imam al-Syatibi dalam bab bidaah dan menjadikan karya beliau
al-Ihtisam sebagai salah satu rujukan dalam memahami perbahasan bidaah.
Tapi menolak pandangan beliau
dalam bab sifat-sifat Allah. Ini perkara biasa dalam tradisi tarjih Ahli
Sunnah.
Kalau dengan Imam al-Syatibi pun
kita boleh tak setuju dalam isu tertentu, apa masalahnya kalau ada yang tak
setuju dengan pendekatan Dr. Kamilin Jamilin dalam polemik circle toksik?
Kerana ulama juga manusia, dan
tiada manusia yang maksum, kecuali Nabi SAW.
قال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله:
"ليس كل من خالف في شيء من هذا الاعتقاد يجب أن يُهجر،
بل يُستعمل معه الهجر تارة، والمعاملة بحسْب الحال، كما كان السلف يفعلون."
"Tidak setiap orang yang
tersalah dalam akidah wajib dihukum terus. Bahkan ia dilayan mengikut keadaan,
sebagaimana yang dilakukan oleh para salaf."(Majmu Fatawa 3/179)
Dan Imam al-Zahabi menulis dengan
sangat realistik dalam Siyar 'Alam an-Nubala 14/40:
"ولو أننا كلما أخطأ إمام في اجتهاده في آحاد المسائل
خطأ مغفورًا له، قمنا عليه، وبدّعناه، وهجرناه، لما سلم معنا لا ابن نصر، ولا ابن منده،
ولا من هو أكبر منهما، والله هو هادي الخلق إلى الحق، وهو أرحم الراحمين."
"Kalau setiap kali seorang
imam tersilap dalam satu ijtihad, kita bangkit menolaknya, membid‘ahkannya dan
memboikotnya, nescaya tak ada yang akan selamat, termasuk Ibn Nasr, Ibn Mandah,
bahkan yang lebih besar daripada mereka. Sedang Allah jua yang memberi petunjuk
dan Maha Pengasih."
Kita boleh ambil ilmu seseorang
dalam banyak perkara.
Dan kita juga boleh tidak
bersetuju dengannya dalam banyak perkara tertentu.
Ini bukan menjatuhkan, ini tanda
keadilan.
Dan keadilan adalah antara
tonggak Ahlus Sunnah wal Jamaah.
Berpendirian dengan ilmu. Bukan
dengan taksub.
Berbeza pandangan bukan bermaksud
bermusuh.
Yang salah tetap salah. Yang
benar tetap benar.
No comments:
Post a Comment