Wednesday, 6 February 2019

Takhrij Hadith Amalan-Amalan Yang Mendatangkan Pahala Berlipat Ganda





Perkara
Pahala
Rujukan
Takhrij
1
Siwak sebelum takbiratul ihram
70 kali ganda dari solat tanpa siwak
Al-Baihaqi Sunan al-Kubra no. 159-161 (Hasan li ghairih)
Dilemahkan oleh Imam Baihaqi dalam Sunan Kubra (1/38), Ibnu Qayyim dalam al-Manar al-Munif (hlmn 17) dan al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif (no. 3519)

2
Solat berjemaah
25 atau 27 kali ganda dari solat seorang diri.
Bukhari no. 645, 646
Sahih secara ijma’
3
Saf pertama di dalam berjemaah
Mendapat selawat dari Allah Ta’ala dan para Malaikat
An-Nasa’i no. 811, Abu Daud no. 664
Kedua-dua hadith disahihkan oleh al-Albani
4
“Amin” makmum serentak “Amin” imam selepas membaca al-Fatihah

Mendapat pengampunan semua dosa yang telah lalu.
Abu Daud no. 936
Disahihkan oleh al-Albani
5
Membaca “amin” setelah membaca al-Fatihah
Mendapat pengampunan semua dosa yang telah lalu.
Bukhari no. 781
Muslim no. 916
Sahih secara ijma’.
Ralat nombor sebenar dalam sahih Muslim adalah 916 dan ia sahih secara ijma’

6
Baca setelah salam solat Subuh dan Maghrib sebelum
ubah cara duduk.

لا اله الا الله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهوعلى كل شيء
  قدير

Sepuluh Kali 


 اللهم أجرني من النار

Tujuh kali
10 pahala, hapus 10 dosa, naik 10 darjat, dapat Malaikat yang lindung dari syaitan, lindung dari perkara yang dibenci, tidak terkena dosa kecuali jika dia syirik, melepaskan 10 hamba






Jikalau mati, dapat terlindung dari neraka
Ahmad




  
 Al-Haithami




*Al-Mundziri no. 682
*Al-Mundziri no. 683


Musnad Ahmad no. 17990, al-Arnauth menilainya hasan lighairihi, dan sanad Ini dhaif kerana mursal

Majmu’ Zawaid 10/110 Haithami menilainya hasan

Sahih Targhib wa Tarhib no. 477. Al-Albani menilainya hasan lighairih

Dhaif Al-Targhib wa Tarhib no 250, al-Albani menilanya dhaif
Silsilah hadith dhaif no. 1624, al-Albani menilainya dhaif
*Al-Mundziri adalah pengarang kitab asal Targhib wa Tarhib. Kitab ini ditahqiq oleh al-Albani.
7
Baca “Subhanallah”, “Alhamdulillah”, “Allahu Akbar” 33 kali setiap satu; diakhiri dengan “Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syareeka lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadeer”.

Ampun dosa yang sebanyak buih di lautan.
Muslim no. 597
Sahih secara ijma’
8
Solat Isya’ berjemaah
Pahala solat separuh malam
Muslim no. 656
Sahih secara ijma’
9
Solat Subuh berjemaah
Pahala solat sepanjang malam
Dalam perlindungan Allah Ta’ala dan tidak masuk neraka

Muslim no. 656

Muslim no. 657
Kedua-dua hadith adalah sahih secara ijma’
10
Solat qabliyyah Subuh
Pahala yang lebih baik dari dunia dan segala isinya.
Muslim no. 1193
Sahih secara ijma’
11
Duduk pada tempat solat / sejadah setelah solat Subuh dan berzikir sampai naik matahari kemudian solat Isyraq.

*dengan syarat solat Subuh berjemaah

*tidak perlu solat Subuh berjemaah

Pahala haji dan umrah yang sempurna
 Tirmidzi no. 586

Tabrani (al-Ausath no. 5602)

Dinilai hasan oleh al-  Albani

Perawinya semua tsiqah kecuali Fadh bin Muwaffiq hafalannya buruk apabila tua untuk hadith ini
12
Solat Dhuha 4 rakaat







Jikalau bersuci di rumah, kemudian dilakukan di masjid

Ampun dosa yang sebanyak buih di lautan.

Rumah dalam syurga


Jaminan rezeki hari itu.

Umrah yang sempurna
Tirmidzi no. 476


Tabrani (al-Ausath 4753)


  Sunan al-Kubra    no. 4901

Abu Daud no.558
Didhaifkan oleh al-Albani


Sahih Jami’ as-Saghir no. 634, disahihkan oleh al-Albani

Sahih Jami’ as-Saghir no. 4339, disahihkan oleh al-Albani

Dihasankan oleh al-Albani

13
Solat Tasbih
Ampun dosa yang awal dan akhir, lama dan baru, sengaja dan lupa, kecil dan besar, rahsia dan nyata.
Abu Daud no. 1297
Ibn Majah no. 1387
Kedua-dua hadith disahihkan oleh al-Albani
14
4 rakaat qabliyyah Zohor
Rumah dalam syurga



Pahala solat 4 rakaat qiyamullail
Tabrani (al-Ausath 4753)


Ibn Abi Syaibah no. 5991
Disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2349

Disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1431

15
4 rakaat qabliyyah Zohor + 4 rakaat ba’diyyah Zohor
Terlindung dari api neraka
Abu Daud no. 1269

An-Nasa’I no. 1814

Kedua-dua hadith disahihkan oleh al-Albani
16
4 rakaat qabliyyah Asar
Rahmat dari Allah Ta’ala Terlindung dari api neraka
Tirmidzi no. 430

Tabrani (al-Kabir 611, al-Ausath 2601)
Dihasankan oleh al-Albani

Didhaifkan oleh al-Albani dalam Dhaif Targhib wa Tarhib no. 328

17
6 rakaat selepas Maghrib dan tidak berbual / senyap
Anjuran:
2 rakaat qabliyyah maghrib (qadha’) + 2 rakaat ba’diyyah maghrib + 2 rakaat. Diniatkan sekali sunat awwabin pada ke semua rakaat.

Ibadah selama 12 tahun
Tirmidzi no. 435



Dinilai dhaif jiddan (terlalu lemah) oleh al-Albani

18
4 rakaat selepas Isya’
Pahala solat malam Lailatul Qadar
Ibn Abi Syaibah no. 7351-7357
Didhaifkan oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5053, 5060

19
Menjaga 12 rakaat solat Rawatib:
2 rakaat sebelum Subuh 4 rakaat sebelum Zohor 2 rakaat selepas Zohor
2 rakaat selepas Maghrib 2 rakaat selepas Isya’

Rumah dalam syurga
Muslim no. 728
Sahih secara ijma’
20
Membaca al-Quran
Satu huruf = 10 pahala
Tirmidzi no. 2835
Disahihkan oleh al-Albani
21
Membaca 10 ayat waktu malam. (minimum)
Bukan golongan orang yang lalai.
Ibn Hibban 662
Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih at-Targhib 2/81

22
Membaca 100 ayat waktu malam. (minimum)
Pahala qiyamullail sepanjang malam
Ibn Hibban 662
Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Abu Daud no. 1264 (hadith yang serupa)

23
Membaca 1000 ayat waktu malam. (minimum)
Pahala orang yang mendapat loba yang besar (lebih besar dari pahala qiyamullail sepanjang malam!)
Ibn Hibban 662
Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Abu Daud no. 1264 (hadith yang serupa)
24
Membaca surah Yaasin
10 kali khatam al-Quran
Tirmidzi no. 2887
Al-Albani menilainya palsu
25
Membaca Surah al-Zalzalah 2 kali (minimum)
Sekali khatam al-Quran
Tirmidzi no. 2894
Didhaifkan oleh al-Albani jika terdapat tambahan “zulziat”

26
Membaca Surah al-Ikhlas 3 kali (minimum)
Sekali khatam al-Quran
Bukhari no. 6643
Muslim no. 881
Sahih secara ijma’.
Manakala tidak dijumpai (mungkin cetakan berbeza) hadith serupa pada sahih muslim dengan nombor hadith 881, tetapi dijumpai di HR Abu Daud no. 1249 dan Nasaie no. 985

27
Membaca Surah al-Kaafirun 4 kali (minimum) ATAU

Membaca Surah an-Nasr 4 kali (minimum)
Sekali khatam al-Quran
Mustadrak al-Hakim no. 859


Tirmidzi no. 2895
Kedua-duanya didhaifkan oleh al-Albani dalam Dhaif at-Targhib no. 890.

Tambahan, al-Arnauth juga mendhaifkan hadith yang serupa dalam Musnad Ahmad no.13309

28
Membaca ayat Kursi selepas solat fardhu
Tiada sesuatu yang menghalang masuk syurga kecuali maut.
Tabrani (al-Kabir no. 7532)
Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 972

29
Membaca Sayyidul Istighfar pagi sekali dan petang sekali.
Masuk syurga jikalau mati pada siang atau malam hari itu.

Bukhari no. 5947
Sahih secara ijma’.
30
Baca selawat

Dapat syafaat Nabi Muhammad 
Tabrani (al-Ausath 3393)
Dihasankan oleh al-Albani dalam Sahih Jami’ no. 6357

31
Jawab setiap lafadz Azan ketika Muazzin mengumandangnya

Masuk syurga
Muslim no. 577
Sahih secara ijma’
32
Baca doa selepas mendengar Azan
Dapat syafaat Nabi Muhammad 
Muslim no. 579
Sahih secara ijma’
33
Baca do’a:
JazaAllahu `anna Muhammadan maa huwa ahluh
Memenatkan 70 Malaikat menulis pahala selama 1000 Subuh
Tabrani (al-Ausath 235)
Didhaifkan oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1077

34
Zikir pagi dan petang: سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم 100 kali

Ampun dosa yang sebanyak buih di lautan.
Bukhari no. 6405
Sahih secara ijma’
35
Pergi ke masjid di waktu pagi untuk belajar atau mengajar.
Pahala haji yang sempurna
Tabrani (Mu’jam al-Kabir no. 7473)
Dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Sahih At-Targhib wa At-Tarhib, no. 86

36
Bersuci di rumah, lalu pergi ke masjid untuk solat fardhu berjemaah.

Pahala haji yang sempurna.
Abu Daud no. 558
Dihasankan oleh al-Albani
37
Berjalan pergi ke masjid.
Setiap langkah naik satu darjah, dapat satu pahala, hapus satu dosa.

Muslim no. 654
Sahih secara ijma’
38.
Mandi sunat Jumaat dengan sempurna seluruh tubuh serta bersuci, lalu pergi awal ke masjid dengan berjalan kaki (tanpa kenderaan) dan duduk hampir dengan mimbar.

Setiap langkah dapat pahala puasa dan qiamullail setahun.
Tirmidzi no. 456
Disahihkan oleh al-Albani
39
Terkena penat, sakit, duka, kerisauan, pedih walaupun sekecil tercucuk peniti yang sangat kecil atau suntikan ubat.

Menghilangkan segala dosa
Bukhari no. 5318
Sahih secara ijma’ dalam Sahih Bukhari no. 5210
40
Baca zikir berikut ketika masuk tempat membeli-belah (supermarket, pasar, kedai runcit, dan lain-lain lagi)

لا اله الا الله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهوعلى كل شيء
   قدير

Dapat sejuta pahala, hapus sejuta dosa, naik sejuta darjat.
Tirmidzi no.3489
Ibn Majah no. 2235
Kedua-duanya
dihasakan oleh al-Albani. Nombor sebenar dalan SunanTirmidzi adalah 3428
41
Baca surah al-Ikhlas 3 kali apabila masuk rumah
Turun berkat pada dirinya, ahli rumahnya dan jiran-jirannya.
Ad-Durul Manthur (Imam Suyuthi)
عن سهل بن سعد جاء رجل إلى النبي صلّى الله عليه وسلّم وشكا إليه الفقر فقال: «إذا دخلت بيتك فسلم إن كان فيه أحد وإن لم يكن فيه أحد فسلم على نفسك واقرأ قل هو الله أحد مرة واحدة. ففعل الرجل فأدر الله عليه رزقا حتى أفاض على جيرانه


Ibnu Katsir menilainya dhaif dalam Tafsir Ibnu Katsir 8/525

Ibnu Hajar al-Haithami menyatakan hadith ini diriwayatkan oleh at-Thabarani dan perawinya matruk (ditinggalkan hadithnya-dhaif) dalam Majmu Zawaid 4/398

Ibnu Hajar al-Asqalani menilainya sangat dhaif dalam Lisan al-Mizan 3/348



Gandaan Pahala Mengikut Tempat dan Masa



Tempat / Masa
Pahala
Rujukan
Takhrij
1
Tanah Haram
(semua amal kebajikan seperti solat, puasa, sedekah, baca al-Quran / maulid, senyum, dan lain-lain lagi)
100 000 kali ganda dari amalan di Tanah Halal
Ibn Majah 3117

Al-Mundziri at-Targhib no. 1702
Al-Albani menilainya maudhu’ (palsu)

Al-Albani menilainya maudhu’ (palsu) dalam Dhaif al-Targhib no.585

Ibnu Rajab menilai  isnadnya dhaif dalam Lathaif Ma’arif no. 285

2
Masjidil Haram
(solat sahaja)
100 000 kali ganda berbanding di luar Masjidil Haram
Ahmad no. 16117
Ibn Hibban no. 1620
Kedua-dua hadith, sanadnya dinilai sahih sesuai syarat Muslim menurut al-Arnauth

Al-Albani menilainya sahih dalam Sahih al- Targhib wa al-Tarhib no. 1173


3
Masjid Nabawi (solat sahaja)
(seluruh masjid, tidak terhad kepada masjid lama yang asal)
1000 kali ganda berbanding di luar Masjid Nabawi

(tidak termasuk Masjidil Haram / Tanah Haram)


Ahmad no. 16 17
Ibn Hibban no. 1620
Kedua-dua hadith, sanadnya dinilai sahih sesuai syarat Muslim menurut al-Arnauth

4
Masjid al-Aqsa (solat sahaja)
500 kali ganda berbanding di luar Masjid al-Aqsa

(tidak termasuk Masjidil Haram / Tanah Haram dan Masjid Nabawi)
Al-Bazzar no. 4142
Hadis ini dinilai dhaif oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3569

Hadis ini dinilai dhaif oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Talkhisul Habir 4/1549

Al-Haithami menilainya hasan dalam Majmu Zawaid 4/10

5
Bulan puasa
Pahala solat sunat jadi solat fardhu.

Solat fardhu digandakan kepada 70 kali ganda
Ibn Khuzaimah no. 1887
Daripada ‘Ali bin Hujr as-Sa’d, daripada Yusuf bin Ziyad, daripada Hammam bin Yahya, daripada ‘Ali bin Zaid bin Jud’an, daripada Sa’id bin al-Musayyib, daripada Salman al-Farisi, dikatakan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda:

ومن تقرب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه ومن أدى فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه

“Sesiapa yang mendekatkan dirinya pada bulan (Ramadhan) itu dengan suatu kebaikan, dia seolah-olah telah mengerjakan ibadah fardhu pada bulan yang lain! & sesiapa yang menunaikan ibadah fardhu (pada bulan itu), dia seperti orang yang mengerjakan 70 ibadah fardhu pada bulan yang lain!”

[Hadis riwayat al-Imam Ibn Khuzaimah di dalam Sahih Ibn Khuzaimah, Kitab Puasa, Bab Kelebihan-Kelebihan Bulan Puasa Jika Sahih Khabar (Hadis) Ini, No. 1887]

Ibnu Khuzaimah menilainya dhaif

Hadith ini dinilai munkar (sangat dhaif) oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 871

Selanjutnya, as-Syaikh al-Munajjid berkata bahawa semua mutaba’ah (penyokong) hadith ini juga lemah, kerana kesemua sanadnya datang daripada jalur ‘Ali bin Zaid bin Jud’an, perawi bermasalah pertama yang menjadi punca kelemahan hadith ini

Hadis ini dinilai dhaif oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Talkhisul Habir 3/1121

6
Sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan

Ganda pahala 1000 bulan
Surah al-Qadr
Al-Quran
7
1 – 10 Dzulhijjah
Setiap amalan lebih baik dari pahala pergi berjihad, kecuali orang itu mati syahid.
Bukhari
Hadith ini diriwayatkan dalam Sahih Bukhari no. 969, sahih secara ijma’

Hadith ini juga diriwayatkan oleh at-tirmidzi no. 688 dan dinilai sahih oleh al-Albani.




إن الدال على الخير كفاعله


Maknanya:

Sesungguhnya orang yang menunjuk kepada kebaikan adalah seperti yang melakukan. (at-Tirmidzi no. 2613)
Hadith ini sebenarnya ditemukan dalam Sunan Tirmidzi cetakan Maktabah Ma’arif Riyadh no. 2670, dinilai hasan sahih oleh al-Albani.










 

1 comment:

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...