Tuesday, 17 March 2026

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

 Matan hadith

 

إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد يفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة ثلاثمائة باب فيغفر لجميع من لا يشرك بالله شيئا غير مشاحن أو عاشر أو مدمن خمر أو مصر على زنى فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا فأما مدمن الخمر فإنه يترك له باب من أبواب الرحمة مفتوحا حتى يتوب فإذا تاب غفر الله له وأما المشاحن فيترك له باب من أبواب الرحمة حتى يكلم صاحبه فإذا كلمه غفر له قال النبي صلى الله عليه وسلم يا جبريل فإن لم يكلمه حتى يمضي عنه النصف قال لو مكث إلى أن يتغرغر بها في صدره فهو مفتوح فإن تاب قبل منه فخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى بقيع الغرقد فبينا هو ساجد قال وهو يقول في سجوده أعوذ بعفوك من عقابك وأعوذ برضاك من سخطك وأعوذ بك منك جل ثناؤك لا أبلغ الثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك فنزل جبريل عليه السلام في ربع الليل فقال يا محمد ارفع رأسك إلى السماء فرفع رأسه فإذا أبواب الرحمة مفتوحة على كل باب ملك ينادي طوبى لمن تعبد في هذه الليلة طوبى لمن سجد في هذه الليلة طوبى لمن ركع في هذه الليلة طوبى لمن دعا ربه هذه الليلة طوبى لمن ناجى ربه في هذه الليلة طوبى للمسلمين في هذه الليلة طوبى للموحدين هل من تائب يتب عليه هل من مستغفر فيغفر له هل من داعي فيستجاب له ثم إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال يا جبريل إلى متى أبواب الرحمة مفتوحة قال من أول الليل إلى صلاة الفجر فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم فيها من العتقاء أكثر من شعور الغنم فيها ترفع أعمال السنة وفيها تقسم الأرزاق.

 

 

Terjemahan

 

“Sesungguhnya Jibril datang kepadaku pada malam Nisfu Sya‘ban lalu berkata: ‘Bangunlah dan solatlah serta angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit.’ Aku bertanya: ‘Wahai Jibril, apakah malam ini?’ Dia menjawab: ‘Wahai Muhammad, pada malam ini dibukakan pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat sebanyak tiga ratus pintu. Maka diampunkan semua orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun kecuali orang yang bermusuhan, orang yang ketagih arak, dan orang yang berterusan melakukan zina. Mereka tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat.’ Adapun orang yang ketagih arak, ditinggalkan baginya satu pintu rahmat terbuka sehingga dia bertaubat. Apabila dia bertaubat, Allah mengampunkannya. Adapun orang yang bermusuhan, ditinggalkan baginya satu pintu rahmat sehingga dia berbicara dengan orang yang dimusuhinya; apabila dia berbicara dengannya, dia diampunkan. Nabi ﷺ bertanya: ‘Jika dia tidak berbicara sehingga berlalu separuh malam?’ Jibril menjawab: ‘Sekalipun dia menunggu sehingga nyawa sampai ke kerongkong, pintu itu tetap terbuka; jika dia bertaubat, diterima taubatnya.’ Kemudian Rasulullah ﷺ keluar menuju Baqi‘ al-Gharqad dan ketika Baginda sujud, Baginda berkata: ‘Aku berlindung dengan keampunan-Mu daripada azab-Mu, aku berlindung dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, aku berlindung kepada-Mu daripada-Mu sendiri. Maha Tinggi pujian-Mu, aku tidak mampu menghitung pujian bagi-Mu, Engkau sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri.’ Kemudian Jibril turun pada suku malam dan berkata: ‘Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu ke langit.’ Maka Baginda melihat pintu-pintu rahmat terbuka dan pada setiap pintu ada malaikat yang menyeru: ‘Berbahagialah orang yang beribadah, sujud, rukuk, berdoa dan bermunajat pada malam ini; berbahagialah kaum Muslimin dan orang-orang yang mentauhidkan Allah. Adakah orang yang bertaubat, maka diterima taubatnya? Adakah orang yang memohon keampunan, maka diampunkan baginya? Adakah orang yang berdoa, maka diperkenankan baginya?’ Kemudian Rasulullah ﷺ bertanya: ‘Sampai bila pintu-pintu rahmat dibuka?’ Jibril menjawab: ‘Dari awal malam hingga solat Subuh.’ Maka Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Pada malam itu, mereka yang dibebaskan lebih banyak daripada jumlah bulu kambing; pada malam itu diangkat amalan setahun dan pada malam itu dibahagikan rezeki-rezeki.’”

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 51/72, daripada al-Dahhak bin Muzahim, daripada Ubay bin Ka‘b ra

 

Dr. Abdul Ghaffar bin Muhammad Hamidah dalam kitabnya bertajuk: Lailatu Nisfi Sya’ban: Riwayah wa Dirayah hal.  50 menyatakan: Sanadnya wahiy (tersangat lemah).

 

Dimasukkan as-Suyuthi dalam kitab daftar hadith palsu beliau iaitu Ziyadat ala al-Maudhuat 1/435.

 

Berikut merupakan kecacatan sanad riwayat tersebut sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih al-Syariah 2/126:

 

Padanya berturut-turut perawi yang tak dikenali iaitu:

1- Muhammad bin Hazim

2- Ibrahim bin Abdullah al-Bashri

3- Hamid bin Mahmud al-Hamdani

Manakala Ad-Dhahhak yang dalam sanad ini meriwayatkan daripada Ubay bin Ka’ab pula, menurut Imam Ibnu Hibban, dia tidak pernah mengambil riwayat terus daripada sahabat-sahabat Nabi r.a

 

Dr. Abdul Ghaffar menyebutkan (hal. 10):

 

لم يرد حديث ينص على أن الأعمال تعرض على الله عز وجل ليلة النصف من شعبان، لكن قال به بعض أهل العلم، فقد قال الشيخ البجيرمي  ـ“أما العرض على الله في ليلة نصف شعبان كل سنة فلجملة أعمال السنة وكل ذلك لإظهار العدل وإقامة الحجة إذ لا يخفى على الله من شيء في الأرض ولا في السماء

 

Tidak terdapat hadith (yang sahih) menunjukkan amalan-amalan akan dibentangkan kepada Allah pada malam Nisfu Syaaban. Akan tetapi sebahagian ahli ilmu menyatakan sedemikian. Al-Syaikh Al-Bujairimi menyatakan: Adapun pembentangan amal kepada Allah pada malam Nisfu Syaaban setiap tahun untuk amalan tahunan itu, semua itu untuk menzahirkan keadilan Allah, dan menegakkan hujah. Ini kerana tiada apa pun yang tersembunyi daripada Allah sama ada ia di bumi atau di langit.

.

Dr. Abdul Ghaffar berkata:

 

قلت: لكن الأعمال ترفع في شهر شعبان دون تخصيص ليلة بعينها، فقد صح من حديث أسامة بن زيد

 

Saya berkata: Akan tetapi, amalan-amalan diangkat pada bulan Syaaban, tanpa dikhususkan dengan malam tertentu. Ini sahih berdasarkan hadis Usamah bin Zaid. (hal 11).

.

Ini adalah hadith Usamah tersebut, Usamah Bin Zaid Radiallahu ‘anhu berkata:

.

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ ‏.‏ قَالَ ‏ “‏ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ ‏”‏ ‏.

Aku pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa. [HR. an-Nasaie no. 2357].

Kemuliaan muslim yang wafat di atas islam dan sunnah Nabi saw

  

(1). Al-Fudhail bin Iyadh berkata :

 

طُوبَى لِمَنْ مَاتَ عَلَى الإِسْلَامِ وَالسُّنَّةِ

 

"Telah beruntunglah bagi orang yang wafat di atas Islam dan as-Sunnah"  (Syarah I'tiqaad Al-Lalikaie hal. 268)

 

الحَيَاةُ الطَّيِّبَةُ هِيَ الإِسْلَامُ وَالسُّنَّةُ

 

"Kehidupan yang baik adalah (berada di atas) Islam dan as-Sunnah"  (Dzammul Kalam (237)

 

(2). Abdullah bin Mubarak berkata:

 

إِعْلَمْ أَنِّي أَرَى الْمَوْتَ الْيَوْمَ كَرَامَةً لِكُلِّ مُسْلِمٍ لَقِيَ اللَّهَ عَلَى السُّنَّةِ

 

"Ketahuilah sesungguhnya aku memandang bahawa kematian pada hari ini adalah sebuah kemuliaan bagi setiap muslim yang bertemu Allah di atas Sunnah. Sesungguhnya kita ini

milik Allah dan hanya kepada-Nya kita akan kembali"  (AI-Bida' hal. 84 oleh Ibnu Wadhdhah)

 

(3). Imam Malik berkata :

 

مَنْ مَاتَ عَلَى السُّنَّةِ فَلْيَبْشِرْ

 

"Barangsiapa yang wafat di atas sunnah maka bergembiralah, barangsiapa yang wafat di atas sunnah maka bergembiralah, dan barangsiapa yang wafat di atas sunnah maka bergembiralah"  (Dzammul Kalam 7/76)

 

(4). Thalhah al-Baghdadi berkata :

 

"Aku pernah berlayar di atas kapal bersama Imam Ahmad, dan saat itu beliau sentiasa diam, maka ketika ia berucap ia pun berkata :

 

اللَّهُمَّ أَمِتْنَا عَلَى الإِسْلَامِ وَالسُّنَّةِ

 

"Ya Allah, wafatkanlah kami di atas Islam dan as-Sunnah"  (Tarikh Dimasyq 7/232 oleh Ibnu ‘Asakir dan Thabaqat al-Hanabilah 1/179)

 

(5). Al-Marwazi berkata :

 

قُلْتُ لِأَبِي عَبْدِ اللَّهِ الإِمَامِ أَحْمَدَ رَحِمَهُ اللَّهُ: مَنْ مَاتَ عَلَى الإِسْلَامِ وَالسُّنَّةِ مَاتَ عَلَى خَيْرٍ.

قَالَ: اسْكُتْ، بَلْ مَاتَ عَلَى الْخَيْرِ كُلِّهِ.

 

"Aku telah berkata kepada Abu Abdillah iaitu Imam Ahmad: "Barangsiapa yang mati di atas Islam dan as-Sunnah, maka dia telah mati di atas kebaikan". Beliau berkata : "Diamlah, bahkan dia itu telah mati di atas semua kebaikan"  (Siyar A’lam an-Nubala 11/296 dan Manaqib al-Imam Ahmad 180 oleh Imam Ibnul Jauzi).

Hadith Nabi saw ingin melihat saudara-saudaranya yang tidak pernah berjumpa Nabi saw

 Hadith ini ada banyak versi dan jalur riwayat, ada yang sahih dan ada yang tidak.

 

Sahih: versi Nabi saw gembira

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى الْمَقْبُرَةَ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ وَدِدْتُ أَنَّا قَدْ رَأَيْنَا إِخْوَانَنَا قَالُوا أَوَلَسْنَا إِخْوَانَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَنْتُمْ أَصْحَابِي وَإِخْوَانُنَا الَّذِينَ لَمْ يَأْتُوا بَعْدُ فَقَالُوا كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ لَمْ يَأْتِ بَعْدُ مِنْ أُمَّتِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلًا لَهُ خَيْلٌ غُرٌّ مُحَجَّلَةٌ بَيْنَ ظَهْرَيْ خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ أَلَا يَعْرِفُ خَيْلَهُ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِنَّهُمْ يَأْتُونَ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ الْوُضُوءِ وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ أَلَا لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ عَنْ حَوْضِي كَمَا يُذَادُ الْبَعِيرُ الضَّالُّ أُنَادِيهِمْ أَلَا هَلُمَّ فَيُقَالُ إِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ سُحْقًا سُحْقًا

 

Dari Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW pernah mendatangi pekuburan lalu bersabda, "Semoga keselamatan terlimpahkah atas kalian penghuni kuburan kaum mukminin, dan sesungguhnya insya Allah kami akan bertemu kalian, "Sungguh aku sangat gembira seandainya kita dapat melihat saudara-saudara kita." Para Sahabat bertanya, 'Tidakkah kami semua saudara-saudaramu wahai Rasulullah? ' Beliau menjawab dengan bersabda: "Kamu semua adalah sahabatku, sedangkan saudara-saudara kita ialah mereka yang belum berwujud." Sahabat bertanya lagi, 'Bagaimana kamu dapat mengenali mereka yang belum berwujud dari kalangan umatmu wahai Rasulullah? ' Beliau menjawab dengan bersabda, "Apa pendapat kalian, seandainya seorang lelaki mempunyai seekor kuda yang berbulu putih di dahi serta di kakinya, dan kuda itu berada di tengah-tengah sekelompok kuda yang hitam legam. Apakah dia akan mengenali kudanya itu? ' Para Sahabat menjawab, 'Sudah tentu wahai Rasulullah.' Beliau bersabda lagi, 'Maka mereka datang dalam keadaan muka dan kaki mereka putih bercahaya karena bekas wudlu. Aku mendahului mereka ke telaga. Ingatlah! Ada golongan lelaki yang dihalangi dari datang ke telagaku sebagaimana dihalaunya unta-unta sesat'. Aku memanggil mereka, 'Kemarilah kamu semua'. Maka dikatakan, 'Sesungguhnya mereka telah menukar ajaranmu selepas kamu wafat'. Maka aku bersabda: "Pergilah jauh-jauh dari sini."

 

Takhrij

 

HR. Muslim no. 249, an-Nasaie no. 150, Abu Daud no. 3237, Ibnu Majah no. 4306 daripada Abu Hurairah ra.

 

 

Palsu: versi Nabi saw sedih

 

Matan hadith

 

بكى رسول الله يوماً فقالوا : ما يبكيك يا رسول الله ؟ قال : اشتقت لأحبابي قالوا : أولسنا أحبابك يا رسول الله قال : لا انتم اصحابي اما احبابي فقوم ياتون من بعدي يؤمنون بي ولم يروني صلّوا على من بكى شوقاً لرؤيتنا

 

Terjemahan

 

Pada suatu hari Rasulullah menangis. Mereka bertanya: ‘Apakah yang membuatmu menangis wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab: ‘Aku rindu kepada kekasih-kekasihku.’ Mereka berkata: ‘Bukankah kami kekasihmu wahai Rasulullah?’ Baginda bersabda: ‘Tidak, kalian adalah sahabat-sahabatku. Adapun kekasih-kekasihku ialah kaum yang datang selepasku, mereka beriman kepadaku walaupun tidak melihatku.’ Berselawatlah ke atas baginda yang menangis kerana rindu untuk melihat kita.”

 

Takhrij

 

 

Hadith palsu, tidak ditemui asal dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah (https://dorar.net/fake-hadith/762).

 

Yang ada hanyalah lafaz yang hampir sama, antaranya:

 

1 – Riwayat yang dikeluarkan oleh Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq 30/137, melalui sanad Faid bin ‘Abd al-Rahman, daripada ‘Abdullah bin Abi Awfa, beliau berkata:

 

كنا مع النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال : (( إني لمشتاق إلى إخواني ، فقلنا : أو لسنا إخوانك يا رسول الله ، قال : كلا أنتم أصحابي وإخواني قوم يؤمنون بي ولم يروني

 

Kami bersama Nabi ﷺ, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya aku merindui saudara-saudaraku.” Maka kami berkata: “Bukankah kami saudaramu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda:Tidak, kamu adalah para sahabatku. Saudara-saudaraku ialah kaum yang beriman kepadaku tetapi tidak melihatku.”

 

Hadith ini palsu. Ia berlegar pada perawi Faid bin ‘Abd al-Rahman. Mengenainya, imam besar Abu Hatim al-Razi berkata:

 

“Faid adalah perawi yang hadithnya gugur, tidak ditulis hadithnya. Muslim bin Ibrahim pernah meriwayatkan daripadanya tetapi tidak menyampaikan daripadanya, dan kami tidak bertanya kepadanya tentangnya. Hadith-hadithnya daripada Ibn Abi Awfa adalah batil dan hampir tidak mempunyai asal. Ia tidak menyerupai hadith Ibn Abi Awfa. Jika seseorang bersumpah bahawa kebanyakan hadithnya adalah dusta, maka dia tidak berdosa.”

 

Dan majoriti pengkritik hadith melemahkannya seperti Ahmad bin Hanbal, al-Bukhari, al-Daraqutni dan selain mereka (Tahdzib al-Kamal 23/137).

 

2 - Riwayat yang dikeluarkan oleh ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus 4/148, melalui sanad ‘Uthman bin ‘Abdullah al-Qurashi, daripada Yughnam bin Salim, daripada Anas bin Malik, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

 

متى ألقى أحبابي ؟ فقال أصحابه : بأبينا أنت وأمنا ، أو لسنا أحبابك ؟ فقال : أنتم أصحابي ، أحبابي : قوم لم يروني ، وآمنوا بي ، وأنا إليهم بالأشواق أكثر

 

Bilakah aku akan bertemu kekasih-kekasihku?” Para sahabat berkata: “Demi ayah dan ibu kami, bukankah kami kekasihmu?” Baginda bersabda:Kamu adalah para sahabatku. Kekasih-kekasihku ialah kaum yang tidak melihatku tetapi beriman kepadaku, dan kerinduanku kepada mereka lebih besar.”

 

 

Hadith ini juga palsu. Dalam sanadnya terdapat Yughnam bin Salim, seorang perawi yang mungkar hadithnya. Mengenainya:

 

Abu Hatim al-Razi berkata:Seorang yang majhul dan lemah hadithnya.”(al-Jarh wa al-Ta‘dil – 9/314)

 

al-‘Uqayli berkata:Mungkar hadith.” (al-Du‘afa’ al-Kabir – 4/466)

 

Ibn ‘Adi berkata: Dia meriwayatkan perkara-perkara mungkar daripada Anas.” (al-Kamil fi Du‘afa’ al-Rijal – 9/178)

 

Ibn Hibban berkata: Seorang syaikh yang mereka-reka hadith atas nama Anas bin Malik. Dia meriwayatkan daripadanya satu naskhah palsu. Tidak halal berhujah dengannya.” (al-Majruhin – 3/145)

 

Rujukan

 

https://asaneed.com/2024/04/06/%d8%ad%d8%af%d9%8a%d8%ab-%d8%a7%d8%b4%d8%aa%d9%82%d8%aa-%d9%84%d8%a3%d8%ad%d8%a8%d8%a7%d8%a8%d9%8a-%d8%aa%d8%ae%d8%b1%d9%8a%d8%ac-%d9%85%d8%ae%d8%aa%d8%b5%d8%b1/

Hadith memohon keampunan orang-orang beriman

 Rasulullah saw bersabda;

 

مَنِ اسْتَغْفَرَ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ كَتَبَ اللهُ لَهُ بِكُلِّ مُؤْمِنٍ وَمُؤْمِنَةٍ حَسَنَةً

 

“Siapa yang beristighfar (memintakan ampunan) untuk orang-orang beriman lelaki dan perempuan maka Allah mencatat kebaikan untuknya sebanyak kaum muminin dan mukminat.”

 

Takhrij

 

HR. at-Thabrani dalam Musnad Syamiyyin no. 2155, daripada Ubadah bin Shamit ra.

 

Sanadnya jayyid (bagus) menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/213.

 

Hadith hasan menurut Syeikh al-Albani dalam Shahih Jami' no. 6026.

 

 

 

Rasulullah saw bersabda:

 

مَنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ مَالٌ يَتَصَدَّقُ بِهِ فَلْيَسْتَغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ فَإِنَّهُ صَدَقَةٌ

 

Barangsiapa yang tidak memiliki harta yang dapat ia sedekahkan, maka hendaklah memohonkan ampunan bagi orang-orang yang beriman, kerana sesungguhnya hal tersebut adalah sedekah.

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam ad-Dua no. 1849, Mu'jam al-Awsath no. 2963, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 5961, daripada Abu Hurairah ra.

 

Hadith dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6122.

 

Terdapat perawi yang tidak dikenali dalam sanadnya (Majma Zawaid 10/213).

Hadith kisah tangan anaknya lumpuh apabila cuba menyelamatkan ibunya dari neraka

 Matan kisah

 

حكي  عن عائشة رضي الله تعالى عنها أن امرأة أتت إلى النبي عليه الصلاة والسلام قد يبست يدها اليمني فقالت يا رسول الله ادع الله حتى يصلح يدي ويعيدها إلى الحالة الاولي فقال لها النبي عليه الصلاة والسلام ماالذي أيبس يدك قالت رأيت في منامي كأن القيامة قد قامت والجحيم قد سعرت والجنة أزلفت وصارت النار أودية فرأيت في واد من أودية جهنم والدتي وفي يدها قطعة من شحم وفي يدها الأخرى خرقة صغيرة تتقى بها من النار قلت ما لي أراك يا أماه في هذا الوادي وكنت مطيعة لربك وراض عنك زوجك فقالت لي يا ابنتي إني كنت بخيلة فى الدنيا فهذا موضع البخلاء قلت لها هذه الشحمة والخرقة اللتان أراها في يدك قالت هذه الصدقة التي تصدقت بهما فى الدنيا وماتصدقت في جميع عمري إلا بهذه الخرقة والشحمة فأعطيت ذلك فأنا أتقى بهما من النار والعذاب عن نفسي قلت لها أين أبي قالت هو كان سخيا فهو في موضع الأسخياء فى الجنة فجئت إلى الجنة وإذا والدي قائم على شط حوضك يارسول الله يسقى الناس يأخذ الكأس من يدعلي وعلي من يد عثمان وعثمان من يد عمر وعمر من يد أبي بكر الصديق وأبو بكر منك يا رسول الله فقلت يا أبي إن والدتي امرأتك المطيعة لربها وراض أنت عنها وهي في وادي كذا في جهنم وأنت تسقى الناس من حوض النبي عليه الصلاة والسلام وهي عطشانة فاعطها شربة من ماء فقال يا ابنتي إن والدتك في موضع البخلاء والعصاة والمذنبين وان الله تعالى حرم ماء حوض النبي عليه الصلاة والسلام على البخلاء والعصاة والمذنبين قالت فأخذت منه كأسا بكف من ماء لأشربها فسقيت بها أمي فلما شربت سمعت صوتا يقول أيبس الله تعالى يدك جئت سقيت العاصية البخيلة من حوض النبي عليه الصلاة والسلام فانتبهت فإذا يدي يبست فقال لها النبي عليه الصلاة والسلام أضربك بخل والدتك فى الدنيا فكيف لها فى العقبي ثم قالت عائشة رضي الله تعالى عنها أن النبي عليه الصلاة والسلام قد وضع عصاه على يدها فقال إلهي بالرؤيا التي حكت عنها أن تصلح يدها فصلحت يدها على المكان فصارت كما كانت.

 

 

Terjemahan

 

Daripada Sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha; bahawa seorang wanita datang kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan tangan kanannya lumpuh, lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia memperbaiki tanganku dan mengembalikannya seperti sediakala.”

 

Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepadanya: “Apakah yang menyebabkan tanganmu lumpuh?”

Dia menjawab: “Dalam mimpiku aku melihat seolah-olah hari kiamat benar-benar terjadi, neraka Jahannam dinyalakan, syurga didekatkan dan neraka menjadi jurang. Aku melihat ibuku berada di salah satu jurang neraka Jahannam. Di tangannya ada sepotong lemak dan di tangan yang lain ada kain perca kecil, kedua-duanya digunakan untuk melindungi dirinya daripada api neraka.

 

Aku berkata: ‘Mengapa aku melihatmu berada dalam jurang ini wahai ibuku, sedangkan engkau taat kepada Tuhanmu dan suamimu reda kepadamu?’

Ibuku menjawab: ‘Wahai anakku! Sesungguhnya aku seorang yang kedekut ketika hidup di dunia, dan tempat ini adalah tempat orang-orang yang kedekut.’

 

Aku bertanya: ‘Apakah lemak dan kain perca kecil di tanganmu itu?’

Ibuku menjawab: ‘Inilah sedekah yang pernah aku berikan di dunia. Sepanjang hidupku aku tidak pernah bersedekah kecuali dengan lemak dan kain perca kecil ini. Kerana itulah aku diberi keduanya untuk melindungi diriku daripada api neraka dan azabnya.’

 

Aku bertanya: ‘Di manakah ayahku?’

Ibuku menjawab: ‘Ayahmu seorang yang dermawan. Dia berada bersama orang-orang dermawan di dalam syurga.’

 

Kemudian aku pergi ke syurga. Ternyata ayahku sedang berdiri di tepi telagamu wahai Rasulullah, memberi minum orang ramai. Dia menerima gelas daripada tangan Sayyidina ‘Ali, Sayyidina ‘Ali menerima daripada tangan Sayyidina ‘Utsman, Sayyidina ‘Utsman menerima daripada tangan Sayyidina ‘Umar, Sayyidina ‘Umar menerima daripada tangan Sayyidina Abu Bakar, dan Sayyidina Abu Bakar menerima daripada tanganmu wahai Rasulullah.

 

Aku berkata: ‘Wahai ayahku! Ibuku seorang wanita yang taat kepada Tuhannya dan engkau reda kepadanya. Kini dia berada di salah satu jurang neraka Jahannam, sedangkan engkau memberi minum orang ramai dari telaga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan ibuku sedang kehausan. Maka berilah dia seteguk air dari telaga itu.’

 

Ayahku menjawab: ‘Sesungguhnya ibumu berada di tempat orang-orang yang kedekut, maksiat dan berdosa. Allah Ta‘ala mengharamkan air telaga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bagi orang-orang yang kedekut, maksiat dan berdosa.’

 

Lalu aku mengambil air dari telagamu dengan tanganku untuk memberi minum ibuku. Ketika ibuku meminumnya, terdengarlah satu seruan: ‘Semoga Allah Ta‘ala melumpuhkan tanganmu. Engkau telah memberi minum wanita yang maksiat dan kedekut dari telaga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.’

 

Apabila aku terjaga dari tidur, tiba-tiba tanganku benar-benar menjadi lumpuh.”

 

Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sifat kedekut ibumu telah membahayakanmu di dunia. Maka bagaimana mungkin sifat kedekut itu tidak membahayakan ibumu di akhirat.”

 

Kemudian Sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam meletakkan tongkatnya di atas tangan wanita itu dan bersabda: ‘Wahai Tuhanku! Dengan sebab mimpi yang diceritakannya, sembuhkanlah tangannya.’ Maka tangan wanita itu pun sembuh kembali seperti sediakala.”

 

Takhrij

 

Kisah ini merupakan sebuah hikayat yang dinukilkan oleh Syeikh al-Usfuri dalam al-Mawaidz al-Usfuriyyah pada perbahasan hadith ke-11.

 

Sebuah hikayat tidak mempunyai asal (palsu) yang tidak bersanad dan tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah.

Bahaya beramal di atas kejahilan

 Daripada Muhammad bin Sirin رحمه الله, beliau berkata:

 

إن قومًا تركوا طلب العلم ومجالسة العلماء وأخذوا في الصلاة والصيام حتى يبس جلد أحدهم على عظمه ثم خالفوا السنّة فهلكوا وسفكوا دماء المسلمين 

 

فوالذي لا إله غيره ما عمل أحد عملاً على جهل إلا كان يفسد أكثر مما يصلح

 

“Sesungguhnya terdapat satu kaum yang meninggalkan tuntutan ilmu (agama) dan majlis-majlis para ulama, lalu mereka menyibukkan diri dengan solat dan puasa semata-mata, sehingga kulit salah seorang daripada mereka menjadi kering melekat pada tulangnya. Kemudian mereka menyelisihi sunnah, lalu mereka binasa (terjerumus ke dalam kesesatan) dan menumpahkan darah kaum Muslimin.

 

Maka demi Zat yang tiada sembahan yang berhak disembah selain-Nya, tidaklah seseorang melakukan sesuatu amalan atas dasar kejahilan, melainkan kerosakan yang dilakukannya itu lebih banyak daripada kebaikan yang diperbaikinya.”

 

Al-Istidzkar, Ibn ‘Abdil Barr 8/616

Hadith berjabat tangan sambil berselawat

 Matan hadith

 

مَا مِنْ عَبْدَيْنِ مُتَحَابَّيْنِ فِي اللهِ يَسْتَقْبِلُ أَحَدُهُمَا صَاحِبَهُ فَيَتَصَافَحَانِ، وَيُصَلِّيَانِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِلَّا لَمْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى تُغْفَرَ ذُنُوبُهُمَا مَا تَقَدَّمَ مِنْهَا وَمَا تَأَخَّرَ

 

Terjemahan

 

Tidaklah dua orang hamba yang saling mencintai di jalan Allah saling berhadapan lalu berjabat tangan dan berselawat kepada Nabi Muhammad Saw, kecuali pasti mereka tidak berpisah sebelum diampuni dosanya baik yang terdahulu mahupun yang kemudian

 

 

Takhrij

 

HR. Abu Ya'la dalam Musnadnya no. 2960, al-Uqaili dalam al-Dhuafa al-Kabir 2/45, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/330, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 8543, Ibnu Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 190, daripada Anas ra.

 

Hadith ini dhaif seperti dinyatakan ibnu Hbban, al-Uqaili, az-Zahabi dalam Mizan al-'Itidal 2/26.

 

Akan tetapi kandungan hadith ini boleh diamalkan, kerana termasuk dalam perkara fadhilat amal, bukan akidah, ibadah dan hukum-hakam

 

 

Syaikh Abdullah Al Faqih ketika mengomentari hadith ini menjelaskan:

 

 ولا مانع من العمل بما في الحديث لأنه في فضائل، وهو داخل تحت الأصول العامة التي تحث على الذكر والصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم

 

Tidak terlarang mengamalkan kandungan yang ada di dalam hadith tersebut, kerana ini masuk kategori fadhilah amal. Dan itu tercakup oleh prinsip pokok tentang disyariatkannya amalan membaca selawat kepada Nabi ﷺ.” (Fatwa  Syabakah  Islamiyah no. 18346)

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...