Sunday, 26 May 2019

Hadith syurga ada buah lebih besar dari epal, lebih kecil dari delima, lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu



Hadith


إن في الجنة ثمره أكبر من التفاح أصغر من الرمان أحلى من العسل أبيض من اللبن)...... قالوا لمن أكثر من الصلاة على محمد صلى الله عليه وسلم


Terjemah

Sesungguhnya di syurga ada buah yang lebih besar daripada epal, lebih kecil dari pada delima, lebih manis dari pada madu, lebih putih dari pada susu. Ia disediakan untuk seseorang yang mendengar namaku dan berselawat kepadaku.


Takhrij

HN. Al-Suyuthi dalam al-Hawi lil Fatawi (2/48), dan al-Saffuri dalam Nuzahtul Majalis wa Muntakhab Nafais (2/82).

Hadith ini maudhu, dan dusta ke atas Nabi SAW. Hadith ini diriwayatkan tanpa sanad (tak diketahui asalnya) dan di nisbatkan kepada Ali r.a. Al-Saffuri dan al-Suyuti menyebutnya, dan seolah-olah mereka memetik hadith ini dari satu sama lain, kerana kata-kata mereka adalah sama dan mereka sezaman.


Rujukan

https://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=313487

http://almeshkat.net/vb/showthread.php?p=534786

fatwa islamweb.net no. 251857

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...