Matan Hadith
إِذَا تَرَكَ الْعَبْدُ الدُّعَاءَ
لِلْوَالِدَيْنِ، فَإِنَّهُ يَنْقَطِعُ مِنَ الْوَلَدِ وَالرِّزْقِ فِي الدُّنْيَا
Terjemahan
“Jika seorang hamba
meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya, maka itu akan memutus rezeki
anak tersebut di dunia”.
Takhrij
HN. Imam Ibnul Jauzi
dalam al-Maudhuu’at 3/284. Beliau menulis sanadnya melalui jalan Imam Baihaqi
dan Imam Al Hakim sampai Anas bin Malik RA. Lalu beliau berkomentar setelahnya
:
“Hadith ini tidak
sahih dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salaam. Yang tertuduh memalsukan
hadith adalah al-Juwaibaariy iaitu Ahmad bin Khalid, mereka menisbahkannya
kepada datuknya, nama lengkapnya adalah
Ahmad bin Abdullah bin Khalid, hanyalah hal ini dilakukan dengan tujuan tadlis,
dan ini adalah perbuatan haram”.
Imam Syaukani dalam
“al-Fawaaid al-Majmu'ah” (no. 231) berkata:
“Diriwayatkan oleh
Al-Hakim dari Anas secara marfu’, dalam sanadnya ada Ahmad bin Khalid
al-Juwaibaariy, ia tertuduh pendusta”.
Ibnu Hajar “Lisaanul
Mizan” (1/193, no. 611) maka terdapat beberapa penilaian Jarh wa Ta’dil
terhadapnya misalnya :
Imam Ibnu Adiy
berkata : ia memalsukan hadits
Imam Ibnu Hibban
berkata : ia seorang Dajjal dari para Dajjal
Imam Nasaie dan Imam
Daruquthni berkata : pendusta
Imam Baihaqi berkata
:
“Adapun al-Juwaibaariy
maka aku mengenalnya dengan sebenar-benarnya bahawa ia memalsukan hadith atas
nama Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salaam, ia telah memalsukan lebih dari
1000 hadits, aku mendengar Al-Hakim berkata : ‘ia pendusta, jelek dan
memalsukan banyak sekali hadith tentang keutamaan amal, tidak halal
meriwayatkan hadithnya”.
Sehingga
kesimpulannya, tidak diragukan lagi bahawa hadith ini dipalsukan atas nama
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salaam, sekalipun bukan bererti dengan
palsunya hadith ini, kita meninggalkan berdoa untuk orang tua kita, kerana
Allah Subhanahu wa Ta’alaa telah berfirman :
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ
الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
“Dan rendahkanlah
dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai
Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik
aku waktu kecil” (QS. Al Israa’ : 24).
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي
وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
“Ya Tuhan kami, beri
ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari
terjadinya hisab (hari kiamat)” (QS. Ibrahim: 41).
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ
وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا
تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا
“Ya Tuhanku!
Ampunilah aku, ibu bapau, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua
orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi
orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan” (QS. Nuh: 28).
No comments:
Post a Comment