Takhrij

Sunday, 26 May 2019

Kisah mimpi seorang gadis melihat ibunya di neraka kerana sifat bakhil



Matan Hadith

حَدَّثَنَا حَدَّثَنَا خَلَفُ بْنُ هِشَامٍ ، حَدَّثَنَا الْحَكَمُ بْنُ سِنَانٍ ، عَنْ مَنِيفَةَ بِنْتِ زَرْبِيٍّ ، قَالَ : " كُنْتُ بِمَكَّةَ مَعَ مَوْلايَ ، فَإِذَا امْرَأَةٌ عَلَيْهَا النَّاسُ مُجْتَمِعُونَ ، يَسْأَلُونَهَا ، وَامْرَأَةٌ تَسْأَلُهَا ، فَقَالَتْ لَهَا عَائِشَةُ : مَا لِي أَرَى يَدَكِ شَلاءَ ؟ قَالَتْ : أَنَا أُخْبِرُكِ ، كَانَ لِي أَبَوَانِ ، أَمَّا أَبِي فَكَانَ رَجُلا سَخِيًّا كَثِيرَ الْمَعْرُوفِ ، وَكَانَتْ أُمِّي شَحِيحَةً ، لَمْ أَرَهَا صَنَعْتَ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا قَطُّ ، إِلا أَنَّ أَبِي ذَبَحَ بَقَرَةً فَرَأَيْتُهَا تَصَدَّقَتْ مِنْهَا بِشَحْمَةٍ ، وَرَأَيْتُهَا تَصَدَّقَتْ يَوْمًا بِخِرْقَةٍ فَهَلَكَ أَبَوَايَ ، فَرَأَيْتُ فِيمَا يَرَى النَّائِمُ ، كَأَنَّ أَبِي عَلَى حَوْضٍ كَبِيرٍ كَثِيرِ الآنِيَةِ ، يَسْقِي النَّاسَ الْمَاءَ ، فَالْتَفَتُّ وَرَائِي ، فَإِذَا أُمِّي مُسْتَلْقِيَةٌ عَلَى ظَهْرِهَا ، وَفِي فَمِهَا تِلْكَ الشَّحْمَةُ بِعَيْنِهَا أَعْرِفُهَا ، وَتِلْكَ الْخِرْقَةُ عَلَى فَرْجِهَا ، وَهِيَ تَقْطَعُ الشَّحْمَةَ بِأُصْبُعِهَا ، وَتَقُولُ : وَاعَطَشِي ، فَقُلْتُ : هَذِهِ أُمِّي عَطْشَى ، وَهَذَا أَبِي يَسْقِي النَّاسَ الْمَاءَ ، فَلَوْ أَتَيْتُ أَنَا مِنْ هَذِهِ الآنِيَةِ فَسَقَيْتُ أُمِّي ، فَاغْتَرَفْتُ بِإِنَاءٍ مِنْهَا ، فَأَتَيْتُهَا لأَسْقِيَهَا ، فَسَمِعْتُ مُنَادِيًا مِنَ السَّمَاءِ : أَلا مَنْ سَقَاهَا شَلَّتْ يَمِينُهُ ، فَأَصْبَحَتْ وَيَدِي كَمَا تَرَيْنَ "
(HR. Abi Dunya hal. 110 dengan maksud seakan terjemahan dibawah)

Dan yang sepadan dengan terjemahan di bawah

(حكي ) عن عائشة رضي الله تعالى عنها أن امرأة أتت إلى النبي عليه الصلاة والسلام قد يبست يدها اليمني فقالت يا رسول الله ادع الله حتى يصلح يدي ويعيدها إلى الحالة الاولي فقال لها النبي عليه الصلاة والسلام ماالذي أيبس يدك قالت رأيت في منامي كأن القيامة قد قامت والجحيم قد سعرت والجنة أزلفت وصارت النار أودية فرأيت في واد من أودية جهنم والدتي وفي يدها قطعة من شحم وفي يدها الأخرى خرقة صغيرة تتقى بها من النار قلت ما لي أراك يا أماه في هذا الوادي وكنت مطيعة لربك وراض عنك زوجك فقالت لي يا ابنتي إني كنت بخيلة فى الدنيا فهذا موضع البخلاء قلت لها هذه الشحمة والخرقة اللتان أراها في يدك قالت هذه الصدقة التي تصدقت بهما فى الدنيا وماتصدقت في جميع عمري إلا بهذه الخرقة والشحمة فأعطيت ذلك فأنا أتقى بهما من النار والعذاب عن نفسي قلت لها أين أبي قالت هو كان سخيا فهو في موضع الأسخياء فى الجنة فجئت إلى الجنة وإذا والدي قائم على شط حوضك يارسول الله يسقى الناس يأخذ الكأس من يدعلي وعلي من يد عثمان وعثمان من يد عمر وعمر من يد أبي بكر الصديق وأبو بكر منك يا رسول الله فقلت يا أبي إن والدتي امرأتك المطيعة لربها وراض أنت عنها وهي في وادي كذا في جهنم وأنت تسقى الناس من حوض النبي عليه الصلاة والسلام وهي عطشانة فاعطها شربة من ماء فقال يا ابنتي إن والدتك في موضع البخلاء والعصاة والمذنبين وان الله تعالى حرم ماء حوض النبي عليه الصلاة والسلام على البخلاء والعصاة والمذنبين قالت فأخذت منه كأسا بكف من ماء لأشربها فسقيت بها أمي فلما شربت سمعت صوتا يقول أيبس الله تعالى يدك جئت سقيت العاصية البخيلة من حوض النبي عليه الصلاة والسلام فانتبهت فإذا يدي يبست فقال لها النبي عليه الصلاة والسلام أضربك بخل والدتك فى الدنيا فكيف لها فى العقبي ثم قالت عائشة رضي الله تعالى عنها أن النبي عليه الصلاة والسلام قد وضع عصاه على يدها فقال إلهي بالرؤيا التي حكت عنها أن تصلح يدها فصلحت يدها على المكان فصارت كما كانت.


Terjemahan

Dari Aisyah RA, seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?". Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya. "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?. Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama". Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia". Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.". Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun..INSYAALLLAH."

Lebih kurang macam ni lah. (Kalau salah mohon maaf, sila buat semakan lain)


Takhrij

Hadith mauquf. HR. Abi Dunya, Kitab Mujabud Da'wah, dari Aisyah, hal. 110, edisi tahqiq (Muhammad Abdul Qadir 'Atha), cetakan Darul Kutub Ilmiyyah (1986), Beirut Lebanon. Dan HN. Al-Mawa’idz al-‘Ushfhuriyyah hal. 31-32. Dhaif jiddan*#.

*Berkata az-Zahabi: terdapat perawi yang didhaifkan oleh Ibnu Hibban, al-Bukhari, dan Ibnu Main iaitu al-Hakim bin Sinan (Mizan 'Itidal 1/571; Taqrib al-Tahzib 1/190).

#Sheikh Abdul Rahman bin Abdullah Sahim, Maktabah Dakwah al-Irsyad.

No comments:

Post a Comment