Hadith 1
Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda dari
Abu Hurairah radhiyallaahu 'anhu ,
أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ إِذَا صَلَّى أَنْ يَتَقَدَّمَ
أَوْ يَتَأَخَّرَ أَوْ عَنْ يَمِينِهِ أَوْ عَنْ شِمَالِهِ ، يَعْنِي :
السُّبْحَةَ
Apakah kamu merasa keberatan apabila kamu solat
untuk maju sedikit atau mundur, atau pindah ke sebelah kanan atau ke sebelah
kiri?, yakni dalam solat. Maksudnya solat nafilah setelah solat fardhu. (HR.
Ibnu Majah no. 1417)
Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sunan Abu Daud dan Ibnu Majah
Syeikh al-Arnauth menilai sanadnya dhaiff jiddan di
dalam Sunan Abu Daud no. 1006 dan Musnad Ahmad no. 9496
Imam Abu Daud pula mendiamkannya.
Ibn Baaz mendhaifkannya.
Hadith 2
Disebutkan dari Abu Hurairah secara marfu’.
لا يتطوع الإمام في مكانه،
ولم يصح
Janganlah seorang imam mengerjakan solat
tathawwu’(sunat) di tempatnya solat fardhu (Fathul Bari 2/335).
Namun Imam Bukhari berkata, hadith ini tidaklah
sahih kerana sanadnya idhthirab, terdapat perawi yang lemah bernama Laith bin
Abi Salim.
Komentar Ulama
Adapun masalah bergerak maju, mundur atau pindah ke kanan atau kiri,
maka hal itu ada beberapa hadith dhaif yang menyebutkannya.
Kami tidak mengetahui dalam masalah ini yang
menunjukkan adanya anjuran sunnah. (Fatwa Lajnah Daimah no. 6505/25).
Sebagian ulama berkata: “Agar tempat sujud tersebut
menjadi saksi dalam hal ibadah”, akan tetapi saya (Syeikh Bin Baaz) tidak
mengetahui bahawa hal itu (saksi kepada ibadah) ada riwayatnya dari Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam. Jika seseorang mendirikan solat sunnah rawatib
di satu tempat maka tidak mengapa (Fatawa Nuur ‘Ala Darb, 10/296).
Imam al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj (1/552) dan
maksud yang sama dari Imam al- Syaukani di dalam Nailul Authar (3/235) berkata:
“Dan adalah disunatkan untuk beralih tempat bagi menunaikan solat sunat atau
fardu daripada tempat yang telah ditunaikan solat fardu atau solat sunat ke
tempat yang lain agar diperbanyakkan tempat-tempat sujud. Ini kerana banyaknya
tempat sujud akan menjadi saksi (di akhirat kelak). Dan agar untuk menghidupkan
tanah (tempat sujud) dengan ibadah. Maka sekiranya tidak berpindah ke tempat
yang lain maka boleh dilakukan dengan bercakap atau berbicara sesama manusia.
Wallahu Ta'ala 'alam
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 225893, 116064.
Al-Kafi li al-Fatawi no. 585 Mufti Wilayah
Persekutuan.
Fatwa Islamweb no. 22946.
No comments:
Post a Comment