Tuesday, 23 July 2019

Hadith kelebihan bertukar tempat solat sunat selepas solat fardu



Hadith 1


Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda dari Abu Hurairah radhiyallaahu 'anhu ,

 أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ إِذَا صَلَّى أَنْ يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ أَوْ عَنْ يَمِينِهِ أَوْ عَنْ شِمَالِهِ ، يَعْنِي : السُّبْحَةَ

Apakah kamu merasa keberatan apabila kamu solat untuk maju sedikit atau mundur, atau pindah ke sebelah kanan atau ke sebelah kiri?, yakni dalam solat. Maksudnya solat nafilah setelah solat fardhu. (HR. Ibnu Majah no. 1417)

Disahihkan oleh Syeikh  al-Albani dalam Sunan Abu Daud dan Ibnu Majah

Syeikh al-Arnauth menilai sanadnya dhaiff jiddan di dalam Sunan Abu Daud no. 1006 dan Musnad Ahmad no. 9496

Imam Abu Daud pula mendiamkannya.

Ibn Baaz mendhaifkannya.



Hadith 2

Disebutkan dari Abu Hurairah secara marfu’.

لا يتطوع الإمام في مكانه، ولم يصح

Janganlah seorang imam mengerjakan solat tathawwu’(sunat) di tempatnya solat fardhu (Fathul Bari 2/335).
Namun Imam Bukhari berkata, hadith ini tidaklah sahih kerana sanadnya idhthirab, terdapat perawi yang lemah bernama Laith bin Abi Salim.


Komentar Ulama

Adapun masalah bergerak  maju, mundur atau pindah ke kanan atau kiri, maka hal itu ada beberapa hadith dhaif yang menyebutkannya. 

Kami tidak mengetahui dalam masalah ini yang menunjukkan adanya anjuran sunnah. (Fatwa Lajnah Daimah no. 6505/25).

Sebagian ulama berkata: “Agar tempat sujud tersebut menjadi saksi dalam hal ibadah”, akan tetapi saya (Syeikh Bin Baaz) tidak mengetahui bahawa hal itu (saksi kepada ibadah) ada riwayatnya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Jika seseorang mendirikan solat sunnah rawatib di satu tempat maka tidak mengapa (Fatawa Nuur ‘Ala Darb, 10/296).

Imam al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj (1/552) dan maksud yang sama dari Imam al- Syaukani di dalam Nailul Authar (3/235) berkata: “Dan adalah disunatkan untuk beralih tempat bagi menunaikan solat sunat atau fardu daripada tempat yang telah ditunaikan solat fardu atau solat sunat ke tempat yang lain agar diperbanyakkan tempat-tempat sujud. Ini kerana banyaknya tempat sujud akan menjadi saksi (di akhirat kelak). Dan agar untuk menghidupkan tanah (tempat sujud) dengan ibadah. Maka sekiranya tidak berpindah ke tempat yang lain maka boleh dilakukan dengan bercakap atau berbicara sesama manusia.

Wallahu Ta'ala 'alam


Rujukan


Fatwa Soaljawab Islam no. 225893, 116064.

Al-Kafi li al-Fatawi no. 585 Mufti Wilayah Persekutuan.

Fatwa Islamweb no. 22946.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...