Matan hadith
أخبرنا عبيد الله بن عبد الكريم وقال حدثنا محمد بن عبيد الله أبو ثابت
المدني قال حدثنا بن أبي حازم عن سهيل بن أبي صالح عن عرفجة بن عبد الواحد عن عاصم
بن أبي النجود عن زر عن عبد الله بن مسعود قال : من قرأ { تبارك الذي بيده الملك }
كل ليلة منعه الله بها من عذاب القبر وكنا في عهد رسول الله صلى الله عليه و سلم
نسميها المانعة وإنها في كتاب الله سورة من قرأ بها في كل ليلة فقد أكثر وأطاب
Terjemahan
Telah menceritakan pada kami ‘Ubaidullah bin ‘Abdil
Karim, ia berkata, telah menceritakan pada kami Muhammad bin ‘Ubaidillah Abu
Tsabit Al Madini, ia berkata, telah menceritakan pada kami Ibnu Abi Hazim, dari
Suhail bin Abi Salih, dari ‘Arfajah bin ‘Abdul Wahid, dari ‘Ashim bin Abin
Nujud, dari Zarr, dari ‘Abdullah bin Mas’ud, ia berkata:
“Barangsiapa membaca “Tabaràkalladzi bi yadihil
mulk” (surat Al Mulk) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari siksa
kubur. Kami di masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menamakan surah
tersebut “al Mani’ah” (penghalang dari siksa kubur). Dia adalah salah satu surah di dalam
Kitabullah. Barangsiapa membacanya setiap malam, maka ia telah memperbanyak dan
telah berbuat kebaikan.”
T
akhrij
HR.
At-Thabarani dalam Mu'jam Al-Kabir no. 10254 dan al-Haithami dalam Majma'
Zawaid 7/127 dan berkata para perawinya tsiqah.
Riwayat di atas mauquf, hanya perkataan ‘Abdullah
bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu.
Dinilai hasan oleh Syeikh Al-Albani dalam
"Sahih Targhib Wat-Tarhib no. 1589.
Hakim mengatakan bahwa sanad hadith tersebut sahih,
sebagaimana dinukilkan oleh Al-Mundziri dalam At-Targhib wa At-Tarhib (2/294).
Dari banyak-banyak hadith berkenaan surah al-Mulk,
dapat dilihat bahawa riwayat yang paling kuat yang membicarakan keutamaan surah
Al-Mulk adalah riwayat dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu.
Riwayat tersebut bukanlah sabda Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam, namun hanya perkataan Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu.
Keutamaan surah Al-Mulk yang disebutkan dalam
riwayat Ibnu Mas’ud adalah:
Surah Al-Mulk disebut dengan surah al Mani’ah,
iaitu penghalang dari siksa kubur jika rajin membacanya di malam hari.
Membaca surah Al-Mulk di malam hari adalah suatu
kebaikan.
Catatan penting yang mesti diperhatikan:
Keutamaan surah ini hanya diperoleh jika seseorang
rajin membacanya setiap malam, mengamalkan hukum-hukum yang terkandung di
dalamnya, mengimani berbagai berita yang disampaikan di dalamnya.
Wallahu Ta'ala 'alam
Rujukan
Fatwa Lajnah Ad-Daimah lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal
Ifta’ no. 9604.
No comments:
Post a Comment