Puasa Tarwiyah
Terdapat hadith yang secara khusus menganjurkan
puasa di hari tarwiyah (8 zulhijjah).
Matan hadith
مَنْ صَامَ الْعَشْرَ فَلَهُ
بِكُلِّ يَوْمٍ صَوْمُ شَهْرٍ ، وَلَهُ بِصَوْمِ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ سَنَةٌ ،
وَلَهُ بِصَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ سَنَتَانِ
Terjemah
”Siapa yang puasa 10 hari, maka untuk setiap
harinya seperti puasa sebulan. Dan untuk puasa pada hari tarwiyah seperti puasa
setahun, sedangkan untuk puasa hari arafah, seperti puasa dua tahun.”
Takhrij
HR. Ad-Dailami dalam Musnad Firdaus 2/248.
Hadith ini berasal dari jalur Ali al-Muhairi dari
at-Thibbi, dari Abu Soleh, dari Ibnu Abbas ra, secara marfu’.
Para ulama menegaskan bahawa hadith ini adalah
palsu. Ibnul Jauzi berkata:-
وهذا حديث لا يصح . قَالَ
سُلَيْمَان التَّيْمِيّ : الطبي كذاب . وَقَالَ ابْن حِبَّانَ : وضوح الكذب فِيهِ
أظهر من أن يحتاج إِلَى وصفه
Hadith ini tidak sahih. Sulaiman at-Taimi
mengatakan, ’at-Thibbi seorang pendusta.’ Ibnu Hibban menilai, ’at-Thibbi
jelas-jelas pendusta. Sangat jelas sehingga tidak perlu dijelaskan.’
(al-Maudhu’at, 2/198).
رواه ابن عدي عن عائشة
مرفوعاً ولا يصح وفي إسناده : الكلبي كذاب
Hadith ini disebutkan oleh Ibn Adi dari A’isyah
secara marfu’. Hadis ini tidak sahih, dalam sanadnya terdapat perawi bernama
al-Kalbi, seorang pendusta. (al-Fawaid al-Majmu’ah, 1/45).
Keterangan di atas, cukup untuk menyimpulkan bahwa
hadith di atas adalah hadith yang tidak boleh jadi dalil. Kerana itu, tidak ada
keutamaan khusus untuk puasa tarwiyah.
Tapi....
Bolehkah Puasa Tarwiyah?
Keterangan di atas tidaklah melarang untuk berpuasa
di hari tarwiyah. Keterangan di atas hanyalah memberi kesimpulan bahawa tidak
ada keutamaan khusus untuk puasa tarwiyah.
Kita tetap dianjurkan untuk memperbayakkan puasa
selama tanggal 1 sampai 9 zulhijjah. Dan tentu saja, hari tarwiyah masuk di
dalam rentang itu.
عن ابن عباس مرفوعا: “ما من
أيام العمل الصالح أحب إلى الله فيهن من هذه الأيام” -يعني عشر ذي الحجة -قالوا:
ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال: “ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجلا خرج بنفسه
وماله، ثم لم يرجع من ذلك بشيء”
“Dari Ibnu Abbas (hadith marfu’). Tidak ada
hari-hari di mana amal soleh lebih disukai Allah pada hari itu dari pada
hari-hari ini, maksudnya sepuluh hari zulhijjah. Kemudian para sahabat
bertanya, ‘Dan bukan pula jihad, ya Rasulallah?’ Rasul lalu menjawab, ‘Dan
tidak pula jihad di jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar membawa diri
dan hartanya kemudian ia pulang tak lagi membawa apa-apa,’” (HR. Bukhari no.
969).
Puasa Arafah
Matan hadith
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ
اَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ اَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِيْ قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ
الَّتِيْ بَعْدَهُ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ اَحتَسِبُ عَلَى اللّهِ اَنْ
يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِيْ قَبْلَهُ
Terjemahan
Dan puasa pada hari Arafah, aku mengharap dari
Allah menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan
datang. Dan puasa pada hari ‘Asyura’ (tanggal 10 Muharram) –aku mengharap dari
Allah menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu”.
Takhrij
HR. Muslim no. 1162, Abu Daud no. 2425, Ahmad no.
22650, Tirmidzi no. 756, Ibn Majah no. 1730, Ibnu Hibban no. 3632.
Kata ulama : Dosa-dosa yang dihapuskan di sini
adalah dosa-dosa yang kecil.
Wallahu a’lam.
Rujukan
No comments:
Post a Comment