Monday, 9 September 2019

Hadith puasa hari Tarwiyah dan hari Arafah



Puasa Tarwiyah


Terdapat hadith yang secara khusus menganjurkan puasa di hari tarwiyah (8 zulhijjah).

Matan hadith

مَنْ صَامَ الْعَشْرَ فَلَهُ بِكُلِّ يَوْمٍ صَوْمُ شَهْرٍ ، وَلَهُ بِصَوْمِ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ سَنَةٌ ، وَلَهُ بِصَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ سَنَتَانِ

Terjemah

”Siapa yang puasa 10 hari, maka untuk setiap harinya seperti puasa sebulan. Dan untuk puasa pada hari tarwiyah seperti puasa setahun, sedangkan untuk puasa hari arafah, seperti puasa dua tahun.”


Takhrij

HR. Ad-Dailami dalam Musnad Firdaus 2/248.

Hadith ini berasal dari jalur Ali al-Muhairi dari at-Thibbi, dari Abu Soleh, dari Ibnu Abbas ra, secara marfu’.

Para ulama menegaskan bahawa hadith ini adalah palsu. Ibnul Jauzi berkata:-


وهذا حديث لا يصح . قَالَ سُلَيْمَان التَّيْمِيّ : الطبي كذاب . وَقَالَ ابْن حِبَّانَ : وضوح الكذب فِيهِ أظهر من أن يحتاج إِلَى وصفه

Hadith ini tidak sahih. Sulaiman at-Taimi mengatakan, ’at-Thibbi seorang pendusta.’ Ibnu Hibban menilai, ’at-Thibbi jelas-jelas pendusta. Sangat jelas sehingga tidak perlu dijelaskan.’ (al-Maudhu’at, 2/198).


As-Syaukani berkata:-


رواه ابن عدي عن عائشة مرفوعاً ولا يصح وفي إسناده : الكلبي كذاب

Hadith ini disebutkan oleh Ibn Adi dari A’isyah secara marfu’. Hadis ini tidak sahih, dalam sanadnya terdapat perawi bernama al-Kalbi, seorang pendusta. (al-Fawaid al-Majmu’ah, 1/45).

Keterangan di atas, cukup untuk menyimpulkan bahwa hadith di atas adalah hadith yang tidak boleh jadi dalil. Kerana itu, tidak ada keutamaan khusus untuk puasa tarwiyah.



Tapi....

Bolehkah Puasa Tarwiyah?

Keterangan di atas tidaklah melarang untuk berpuasa di hari tarwiyah. Keterangan di atas hanyalah memberi kesimpulan bahawa tidak ada keutamaan khusus untuk puasa tarwiyah.
Kita tetap dianjurkan untuk memperbayakkan puasa selama tanggal 1 sampai 9 zulhijjah. Dan tentu saja, hari tarwiyah masuk di dalam rentang itu.


عن ابن عباس مرفوعا: “ما من أيام العمل الصالح أحب إلى الله فيهن من هذه الأيام” -يعني عشر ذي الحجة -قالوا: ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال: “ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجلا خرج بنفسه وماله، ثم لم يرجع من ذلك بشيء


“Dari Ibnu Abbas (hadith marfu’). Tidak ada hari-hari di mana amal soleh lebih disukai Allah pada hari itu dari pada hari-hari ini, maksudnya sepuluh hari zulhijjah. Kemudian para sahabat bertanya, ‘Dan bukan pula jihad, ya Rasulallah?’ Rasul lalu menjawab, ‘Dan tidak pula jihad di jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar membawa diri dan hartanya kemudian ia pulang tak lagi membawa apa-apa,’” (HR. Bukhari no. 969).



Puasa Arafah


Matan hadith


صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ اَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ اَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِيْ قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِيْ بَعْدَهُ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ اَحتَسِبُ عَلَى اللّهِ اَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِيْ قَبْلَهُ


Terjemahan

Dan puasa pada hari Arafah, aku mengharap dari Allah menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang. Dan puasa pada hari ‘Asyura’ (tanggal 10 Muharram) –aku mengharap dari Allah menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu”.


Takhrij

HR. Muslim no. 1162, Abu Daud no. 2425, Ahmad no. 22650, Tirmidzi no. 756, Ibn Majah no. 1730, Ibnu Hibban no. 3632.

Kata ulama : Dosa-dosa yang dihapuskan di sini adalah dosa-dosa yang kecil.

Wallahu a’lam.


Rujukan


No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...