Terdapat dua pendapat:
1- kisah makan madu maghafir (Sahih Bukhari no.
4531)
2- kisah Mariah Qibtiyah
Kisah Mariah Qibtiyah
Matan hadith
أَنَّ حَفْصَةَ أُمَّ
الْمُؤْمِنِينَ، زَارَتْ أَبَاهَا ذَاتَ يَوْمٍ وَكَانَ يَوْمَهَا، فَلَمَّا جَاءَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَرَهَا فِي الْمَنْزِلِ،
أَرْسَلَ إِلَى أَمَتِهِ مَارِيَةَ الْقِبْطِيَّةِ، فَأَصَابَ مِنْهَا فِي بَيْتِ
حَفْصَةَ، وَجَاءَتْ حَفْصَةُ عَلَى تِلْكَ الْحَالِ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ
اللَّهِ، أَتَفْعَلُ هَذَا فِي بَيْتِي وَفِي يَوْمِي؟ قَالَ: «فَإِنَّهَا عَلَيَّ
حَرَامٌ، وَلَا تُخْبِرِي بِذَاكَ أَحَدًا» . فَانْطَلَقَتْ إِلَى عَائِشَةَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا فَأَخْبَرَتْهَا بِذَلِكَ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ
وَجَلَّ: {يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ}إِلَى
قَوْلِهِ: {وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ} فَأُمِرَ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْ يَمِينِهِ،
وَيُرَاجِعَ أَمَتَهُ".
Terjemahan
Bahawa Hafsah telah menziarahi ayahnya pada suatu
hari dan ketika itu adalah gilirannya bersama Rasulullah SAW. Apabila
Rasulullah SAW pulang ke rumah, Baginda SAW tidak melihatnya di rumah. Kemudian
Baginda SAW mengutuskan kepada hambanya Mariah al-Qibtiyyah. Setelah itu,
Rasulullah SAW telah bersama dengannya di rumah Hafsah (menggaulinya). Tidak
lama kemudian, Hafsah pulang ketika Rasulullah SAW dalam keadaan tersebut.
Hafsah berkata: “Wahai Rasulullah SAW, adakah engkau melakukan hal ini di
rumahku dan ketika giliranku?”. Maka Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya dia
(Mariah) haram ke atasku dan janganlah engkau memberitahu kepada sesiapa akan
hal ini”. Hafsah keluar ke rumah Aisyah RA lalu menceritakan apa yang telah
berlaku. Setelah itu, turunnya ayat Allah SWT “Wahai Nabi! Mengapa engkau
haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang
dihalalkan oleh Allah bagimu” sehingga firman Allah SWT “serta orang-orang yang
soleh dari kalangan orang-orang yang beriman” lalu Baginda SAW diminta
untuk membayar kafarah di atas sumpahnya dan kembali kepada hambanya”.
Takhrij
HR. Sai'd bin Mansur dalam Sunannya no. 1707. Dhaif
jiddan (darhadith). Kerana terdapat perawi yang matruk (Ubaidah bin
Ma'tub) [Tahzibul Kamal 19/275], Juwaibir al-Azdi pula perawi yang terlalu
dhaif, matrukul hadith (Taqrib hal. 205).
Namun matan hadith ini adalah sahih bila dilihat
dari sanad yang lain (dari Anas ra dalam an-Nasaie no. 3897-sahih; al-Hakim
2/493- sahih sesuai syarat Muslim, dari Umar dalam al-Mukhtarah 11/39). -Ibnu
Hajar (Fathul Bari 11/292).
As-Syaukani berkata dalam tafsirnya (5/252)
kedua-dua sahih bahawasanya ia adalah sebab turunnya ayat ini.
Wallahu 'alam
Rujukan
Irsyad al-hadith siri ke 35, Mufti Wilayah
Persekutuan.
No comments:
Post a Comment