Matan hadith
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
رَضِيَ اللهُ عَنْهُ -فِي قِصَّةِ الْمَرْأَةِ الَّتِي كَانَتْ تَقُمُّ
الْمَسْجِدَ- قَال: فَسَأَلَ عَنْهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالُوا: مَاتَتْ, فَقَالَ: “أَفَلاَ كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي”? فَكَأَنَّهُمْ
صَغَّرُوا أَمْرَهَا. فَقَالَ: “دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهَا”, فَدَلُّوهُ, فَصَلَّى
عَلَيْهَا.
Terjemahan
Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu. Beliau
berkisah tentang seorang wanita yang biasa membersihkan masjid (di masa Nabi).
Suatu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam kehilangan orang itu, sehingga beliau pun menanyakannya. Para sahabat
menjawab, "Orang itu telah meninggal." Beliau bersabda: "Kenapa
kalian tidak memberitahukan kepadaku?" Sepertinya mereka menganggap remeh
urusan kematiannya. Beliau pun bersabda: "Tunjukkanlah kepadaku di mana
letak kuburannya." Maka para sahabat pun menunjukkan kuburannya, dan
akhirnya beliau mensolatkannya. Ssetelah itu, beliau bersabda:
"Sesungguhnya kuburan-kuburan ini telah dipenuhi kegelapan bagi
penghuninya. Dan Allah benar-benar akan memberikan mereka cahaya kerana solat
aku kerjakan atas mereka."
Takhrij
HR. Bukhari no. 458 dan Muslim no. 956, sahih
ijma'.
Ibnu Hajar menjelaskan dalam Fathul Bari (2/99),
hadith wanita kulit hitam ini tidak diragukan lagi (dikuatkan oleh banyak
riwayat). Ia diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan juga Baihaqi. Baihaqi
menamakan wanita itu dengan Ummu Mahjan.
No comments:
Post a Comment