Takhrij

Saturday, 12 October 2019

Hadith segera beramal sebelum datang 7 perkara


Matan Hadith


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ سَبْعًا هَلْ تَنْتَظِرُونَ إِلَّا فَقْرًا مُنْسِيًا أَوْ غِنًى مُطْغِيًا أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا أَوْ هَرَمًا مُفَنِّدًا أَوْ مَوْتًا مُجْهِزًا أَوْ الدَّجَّالَ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ أَوْ السَّاعَةَ فَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ


Terjemahan

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Segeralah melakukan amal soleh (sebelum datang) tujuh perkara. Apakah yang kamu perlu tunggu melainkan kefakiran yang akan melupakan kamu (daripada beramal), atau kekayaan yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampui batas, atau penyakit yang merosak (sehingga sukar untuk beramal soleh), atau masa tua yang menimbulkan kenyanyukan dan keuzuran, atau kematian yang cepat (secara tiba-tiba), atau adanya Dajjal sebagai makhluk jahat yang paling ditunggu-tunggu, atau datang hari kiamat dan hari kiamat itu lebih berat dan lebih sukar.


Takhrij

HR. Tirmidzi, Kitab Zuhd, Bab al-Mubadarati bil ‘Amal, dari Abu Hurairah ra, no. 2306, at-Tirmidzi berkata hadith ini hasan gharib. Al-Mubarakfuri dan Syeikh al-Arnauth menilai hadith ini dhaif kerana terdapat perawi (Muharrar/Muhriz bin Harun) yang munkarul hadith (Tuhfat al-Ahwadzi 6/178, Takhrij Riyadus Solihin no. 578). Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani.

No comments:

Post a Comment