Matan Hadith
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ سَبْعًا هَلْ تَنْتَظِرُونَ إِلَّا
فَقْرًا مُنْسِيًا أَوْ غِنًى مُطْغِيًا أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا أَوْ هَرَمًا
مُفَنِّدًا أَوْ مَوْتًا مُجْهِزًا أَوْ الدَّجَّالَ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ
أَوْ السَّاعَةَ فَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ
Terjemahan
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW
bersabda: Segeralah melakukan amal soleh (sebelum datang) tujuh perkara. Apakah
yang kamu perlu tunggu melainkan kefakiran yang akan melupakan kamu (daripada
beramal), atau kekayaan yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampui batas,
atau penyakit yang merosak (sehingga sukar untuk beramal soleh), atau masa tua
yang menimbulkan kenyanyukan dan keuzuran, atau kematian yang cepat (secara
tiba-tiba), atau adanya Dajjal sebagai makhluk jahat yang paling
ditunggu-tunggu, atau datang hari kiamat dan hari kiamat itu lebih berat dan
lebih sukar.
Takhrij
HR. Tirmidzi, Kitab Zuhd, Bab al-Mubadarati bil
‘Amal, dari Abu Hurairah ra, no. 2306, at-Tirmidzi berkata hadith ini hasan
gharib. Al-Mubarakfuri dan Syeikh al-Arnauth menilai hadith ini dhaif kerana
terdapat perawi (Muharrar/Muhriz bin Harun) yang munkarul hadith (Tuhfat
al-Ahwadzi 6/178, Takhrij Riyadus Solihin no. 578). Didhaifkan oleh Syeikh
al-Albani.
No comments:
Post a Comment