Takhrij

Saturday, 12 October 2019

Hadith wanita banyak di neraka mahupun syurga


Matan hadith


اطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاء


Terjemahan

“Aku diperlihatkan di syurga. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum fakir. Lalu aku diperlihatkan neraka. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita.”


Takhrij

HR. Bukhari no. 3241 dan Muslim no.2737**


Di syurga ada dua jenis bidadari.

Pertama, wanita yang Allah ciptakan secara khusus, untuk menjadi bidadari di syurga. Mereka bukan penduduk dunia.

Kerana Allah menyatakan dalam al-Quran bahawa mereka tidak pernah disentuh lelaki dari kalangan jin dan manusia. Allah berfirman,

فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ

Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh sebelum suami mereka (penduduk syurga), baik oleh manusia, mahupun oleh jin. (QS. ar-Rahman: 56).


Kedua, wanita dunia yang masuk syurga. Allah jadikan mereka bidadari mendampingi suaminya yang juga masuk syurga.



Matan hadith


أَوَّلُ زُمْرَةٍ تَلِجُ الْجَنَّةَ صُوْرَتُهُمْ عَلَى صُوْرَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ لاَ يَبْصُقُوْنَ فِيْهَا وَلاَ يَمْتَخِطُوْنَ وَلاَ يَتَغَوَّطُوْنَ آنِيَتُهُمْ فِيْهَا الذَّهَبُ أَمْشَاطُهُمْ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَمَجَامِرُهُمْ الألوة ورشحهم الْمِسْكُ وَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ يُرَى مُخُ سُوْقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ اللَّحْمِ مِنَ الْحَسَنِ وَلَا اخْتِلاَفَ بَيْنَهُمْ وَلاَ تَبَاغُضَ قُلُوْبُهُمْ قَلْبُ رَجُلٍ وَاحِدٍ يُسَبِّحُوْنَ اللهَ بُكْرَةً وَعَشِيًّا


Terjemahan

“Rombongan yang pertama kali masuk syurga bentuk mereka seperti bentuk rembulan di malam purnama, mereka tidak berludah, tidak beringus, tidak buang air. Bekas-bekas mereka dari emas, sikat-sikat mereka dari emas dan perak, pembakar gaharu mereka dari kayu india, keringat mereka beraroma misik, dan bagi setiap mereka dua orang isteri, yang nampak sum-sum betis mereka di balik daging kerana kecantikan. Tidak ada perselisihan di antara mereka, tidak ada permusuhan, hati-hati mereka hati yang satu, mereka bertasbih kepada Allah setiap pagi dan petang”.


Takhrij

HR. Bukhari no 3073.



Al-Iraqi mengatakan,

قد تبين ببقية الروايات أن الزوجين أقل ما يكون لساكن الجنة من نساء الدنيا، وأن أقل ما يكون له من الحور العين سبعون. انتهى

“Telah jelas berdasarkan beberapa riwayat, bahawa ada minimum dua isteri untuk penghuni syurga dari kalangan penduduk dunia. Dan ada minimum 70 bidadari yang juga menjadi isterinya.” (Tharhu at-Tatsrib 8/270)



Al-Mubarakfuri mengatakan,

قال القارئ: والأظهر أنه تكون لكل زوجتان من نساء الدنيا، وأن أدنى أهل الجنة من له اثنتان وسبعون زوجة في الجملة يعني ثنتين من نساء الدنيا وسبعين من الحور العين. انتهى.

“Mula Ali Qari mengatakan: Yang benar, masing-masing penghuni syurga memiliki dua isteri dari wanita dunia. Dan penduduk syurga pada tingkatan paling rendah, memiliki 72 isteri, dengan rincian: dua isteri dari wanita dunia dan 70 isteri dari Bidadari.” (Tuhfatul Ahwadzi)

Ini menunjukkan isyarat bahawasanya wanita juga ramai di syurga


Al-Qurthubi mengomentari hadith di atas** bahawasanya ini mungkin saat mereka menjadi penghuni neraka terbanyak, akan tetapi setelah mereka keluar dari neraka kerana syafaat dan rahmat Allah, sehingga tidak ada yang tersisa di neraka orang yang pernah mengucapkan kalimat syahadah, maka wanita pun kemudian menjadi yang terbanyak di syurga (Hadi al-Arwah li Ibn al-Qayyim, 144).

Sebahagian ulama berkata, “bahawa wanita adalah kebanyakan penghuni syurga dan juga kebanyakan penghuni neraka, kerana memang jumlah mereka banyak.” Qadhi 'Iyadl berkata, “Wanita adalah anak cucu Adam yang terbanyak.” (Tharh Tatsrib, 4/270).

Sebahagian ulama yang lain berkata, “Wanita adalah penghuni neraka terbanyak berdasarkan hadith-hadith di atas dan mereka juga adalah penduduk syurga terbanyak jika digabungkan jumlahnya dengan bidadari syurga, kerananya jumlahnya kemudian menjadi lebih banyak dari pada laki-laki di syurga.” (al-Tadzkirah, 2/148).

Wallahu 'alam

No comments:

Post a Comment