Matan hadith
اطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ
وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاء
Terjemahan
“Aku diperlihatkan di syurga. Aku melihat
kebanyakan penghuninya adalah kaum fakir. Lalu aku diperlihatkan neraka. Aku
melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita.”
Takhrij
HR. Bukhari no. 3241 dan Muslim no.2737**
Di syurga ada dua jenis bidadari.
Pertama, wanita yang Allah ciptakan secara khusus,
untuk menjadi bidadari di syurga. Mereka bukan penduduk dunia.
Kerana Allah menyatakan dalam al-Quran bahawa
mereka tidak pernah disentuh lelaki dari kalangan jin dan manusia. Allah berfirman,
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ
الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang
sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh sebelum suami mereka
(penduduk syurga), baik oleh manusia, mahupun oleh jin. (QS. ar-Rahman: 56).
Kedua, wanita dunia yang masuk syurga. Allah
jadikan mereka bidadari mendampingi suaminya yang juga masuk syurga.
Matan hadith
أَوَّلُ زُمْرَةٍ تَلِجُ
الْجَنَّةَ صُوْرَتُهُمْ عَلَى صُوْرَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ لاَ
يَبْصُقُوْنَ فِيْهَا وَلاَ يَمْتَخِطُوْنَ وَلاَ يَتَغَوَّطُوْنَ آنِيَتُهُمْ
فِيْهَا الذَّهَبُ أَمْشَاطُهُمْ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَمَجَامِرُهُمْ
الألوة ورشحهم الْمِسْكُ وَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ يُرَى مُخُ
سُوْقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ اللَّحْمِ مِنَ الْحَسَنِ وَلَا اخْتِلاَفَ بَيْنَهُمْ
وَلاَ تَبَاغُضَ قُلُوْبُهُمْ قَلْبُ رَجُلٍ وَاحِدٍ يُسَبِّحُوْنَ اللهَ بُكْرَةً
وَعَشِيًّا
Terjemahan
“Rombongan yang pertama kali masuk syurga bentuk
mereka seperti bentuk rembulan di malam purnama, mereka tidak berludah, tidak
beringus, tidak buang air. Bekas-bekas mereka dari emas, sikat-sikat mereka
dari emas dan perak, pembakar gaharu mereka dari kayu india, keringat mereka
beraroma misik, dan bagi setiap mereka dua orang isteri, yang nampak sum-sum
betis mereka di balik daging kerana kecantikan. Tidak ada perselisihan di
antara mereka, tidak ada permusuhan, hati-hati mereka hati yang satu, mereka
bertasbih kepada Allah setiap pagi dan petang”.
Takhrij
HR. Bukhari no 3073.
Al-Iraqi mengatakan,
قد تبين ببقية الروايات أن
الزوجين أقل ما يكون لساكن الجنة من نساء الدنيا، وأن أقل ما يكون له من الحور
العين سبعون. انتهى
“Telah jelas berdasarkan beberapa riwayat, bahawa
ada minimum dua isteri untuk penghuni syurga dari kalangan penduduk dunia. Dan
ada minimum 70 bidadari yang juga menjadi isterinya.” (Tharhu at-Tatsrib 8/270)
Al-Mubarakfuri mengatakan,
قال القارئ: والأظهر أنه
تكون لكل زوجتان من نساء الدنيا، وأن أدنى أهل الجنة من له اثنتان وسبعون زوجة في
الجملة يعني ثنتين من نساء الدنيا وسبعين من الحور العين. انتهى.
“Mula Ali Qari mengatakan: Yang benar,
masing-masing penghuni syurga memiliki dua isteri dari wanita dunia. Dan
penduduk syurga pada tingkatan paling rendah, memiliki 72 isteri, dengan
rincian: dua isteri dari wanita dunia dan 70 isteri dari Bidadari.” (Tuhfatul
Ahwadzi)
Ini menunjukkan isyarat bahawasanya wanita juga
ramai di syurga
Al-Qurthubi mengomentari hadith di atas**
bahawasanya ini mungkin saat mereka menjadi penghuni neraka terbanyak, akan
tetapi setelah mereka keluar dari neraka kerana syafaat dan rahmat Allah,
sehingga tidak ada yang tersisa di neraka orang yang pernah mengucapkan kalimat
syahadah, maka wanita pun kemudian menjadi yang terbanyak di syurga (Hadi
al-Arwah li Ibn al-Qayyim, 144).
Sebahagian ulama berkata, “bahawa wanita adalah
kebanyakan penghuni syurga dan juga kebanyakan penghuni neraka, kerana memang
jumlah mereka banyak.” Qadhi 'Iyadl berkata, “Wanita adalah anak cucu Adam yang
terbanyak.” (Tharh Tatsrib, 4/270).
Sebahagian ulama yang lain berkata, “Wanita adalah
penghuni neraka terbanyak berdasarkan hadith-hadith di atas dan mereka juga
adalah penduduk syurga terbanyak jika digabungkan jumlahnya dengan bidadari
syurga, kerananya jumlahnya kemudian menjadi lebih banyak dari pada laki-laki
di syurga.” (al-Tadzkirah, 2/148).
Wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment