Matan hadith
يا جابر ! يولد له مولود اسمه علي، اذا كان يوم القيامة نادى مناد : ليقم
سيد العابدين، فيقوم ولده، ثم يولد له ولد اسمه محمد، فاذا ادركته يا جاير، فأقرئه
مني السلام
Terjemahan
Rasulullah SAW bersabda “Wahai Jabir, ia (Husain) akan memiliki putra
bernama Ali, nanti pada hari kiamat, terdengar seruan “berdirilah wahai
pemimpin orang yang beribadah” maka berdirilah puteranya. Kemudian Ali akan
memiliki putera bernama Muhammad, jika engkau mendapatinya, maka sampaikan salam
dariku
Takhrij
HN. Ibn Syahrashub (Ulama besar Syiah) dalam Manaqibnya 4/197, Syeikh Mufid dalam
al-Irsyad 2/158, Sabt bin Jauziy dalam Tazkirah Khawas hal 303 dan Habib Ahmad
bin Zein al-Habsyi dalam Syarah Ainiyyah hal. 20-21. Dari jabir dan bermuara
kepada Abi Jubair.
Hadith ini dinilai palsu dan tiada asal oleh Ibnu Taimiyyah (Manhaj
Sunnah 4/11), Ibnu Jauzi (al-Maudhuat 2/298 dan az-Zahabi (Mizan I’tidal 3/550),
kerana terdapat perawi pendusta bernama Muhammad Zakariya al-Ghalabi
No comments:
Post a Comment