Kisah tular
“Di pasar Madinah terdapat seorang yahudi miskin dan buta. Lelaki ini
sentiasa mengingatkan orang yang lalu hampir dengannya dengan berkata kepada
mereka Muhammad adalah seorang pendusta dan penyihir. Di samping itu juga, dia
sering mengejek dan menghina Nabi SAW. Disebabkan itu, Rasulullah SAW sering
menziarahinya pada setiap pagi untuk memberi makan kepada lelaki tersebut tanpa
Rasulullah SAW berkata sesuatu atau memberitahu siapa dirinya. Nabi SAW
melazimi hal tersebut sehinggalah Baginda SAW wafat lalu tiada lagi yang
memberi makan kepada lelaki tersebut. Pada suatu hari, Abu Bakar RA bertanya
kepada Aisyah RA: Adakah terdapat sunnah daripada sunnah-sunnah yang dilakukan
oleh Rasulullah SAW yang tidak aku lakukan?. Aisyah RA menjawab: Sesungguhnya
engkau telah mengikuti kesemua sunnahnya melainkan satu perkara. Lalu Aisyah RA
menceritakan bahawa Rasulullah sentiasa memberi makan kepada seorang yahudi
yang buta pada setiap pagi. Setelah itu, Abu Bakar RA terus mengambil makanan
dan pergi ke rumah lelaki tersebut untuk memberinya makan tetapi yahudi
tersebut menyedari bahawa orang yang memberinya makan ini bukanlah orang yang
sama seperti sebelum ini. Yahudi itu bertanya kepada Abu Bakar siapakah yang
memberinya makan sebelum ini, lalu Abu Bakar mengatakan bahawa beliau adalah
Rasulullah SAW. Apabila mendengar sahaja penjelasan daripada Abu Bakar RA,
yahudi itu menangis dan menyesal dengan perbuatannya yang sering menyakiti Nabi
SAW dengan kata-katanya. Akhirnya, yahudi tersebut masuk Islam akibat daripada
perbuatan Nabi SAW itu”.
Takhrij
Panel penyelidikan Islamweb diketuai oleh Syekh Abdullah Faqih
Asy-Syinqitti berkata:
Kami tidak menemukan hadith di berbagai sumber buku-buku sunah yang kami
punya, padahal kami memiliki begitu banyak buku-buku seperti itu.
Hendaknya masyarakat diingatkan tentang bahaya menyebarkan hadith
Rasulullah ﷺ tanpa memastikan kesahihannya.
Abu Qatadah meriwayatkan bahawa dirinya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda
di atas mimbar:
أَيُّهَا النَّاسُ إِيَّاكُمْ وَكَثْرَةَ الْحَدِيثِ عَنِّي فَمَنْ قَالَ
عَلَيَّ فَلَا يَقُلْ إِلَّا حَقًّا أَوْ إِلَّا صِدْقًا وَمَنْ قَالَ عَلَيَّ مَا
لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
“Wahai manusia sekalian, hendaklah kalian berhati-hati terhadap
berlebihan menyampaikan hadith dariku, kerana barang siapa berkata atas namaku,
maka ia tidak boleh berkata kecuali yang benar dan jujur, dan barang siapa yang
berkata dengan sengaja atas namaku apa yang tidak pernah aku katakan, hendaknya
ia siapkan tempat duduknya dari api neraka,” (HR Ad-Darimi no.243. Ad-Darani:
Sahih).
Boleh memberikan sedekah kepada orang miskin meskipun dia seorang
Yahudi, Kristian, atau pemeluk agama lain.
Di dalam Kasyaf Al-Qina, yang merupakan kitab mahzab Hambali,
disebutkan:
“Boleh memberikan sedekah kepada non-muslim dan kepada orang kaya, dan
kepada siapa saja dari Bani Hasyim dan lainnya yang dilarang menerima zakat,
dan mereka boleh menerimanya. Allah ﷻ berfirman:
{وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا
وَأَسِيرًا} [الانسان : 8]
“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak
yatim dan orang yang ditawan,” [QS Al-Insan: 8]
Saat itu, para tawanan semuanya adalah non-muslim, dan Umar
Radhiyallahuanhu memberi saudaranya yang musrik baju pemberian Rasulullah ﷺ
kepada Umar, dan Rasulullah ﷺ bersabda kepada Asma binti Abu Bakar
Radhiyallahuanha, “Sambunglah tali silaturahim dengan ibumu,” yang datang mengunjunginya
padahal ibunya itu masih musryik.”
Tetapi terdapat sebuah kisah yang sahih di
antara Rasulullah SAW dan seorang budak berbangsa yahudi. Kisah ini
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya Sahih al-Bukhari:
Daripada Anas bin Malik RA berkata:
كَانَ غُلاَمٌ يَهُودِيٌّ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، فَمَرِضَ، فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَعُودُهُ، فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ، فَقَالَ لَهُ: «أَسْلِمْ»، فَنَظَرَ إِلَى
أَبِيهِ وَهُوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ: أَطِعْ أَبَا القَاسِمِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَسْلَمَ، فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ: الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ
Maksudnya: Terdapat seorang budak yahudi yang membantu Nabi SAW
menderita sakit. Maka Nabi SAW datang kepadanya untuk menziarahinya. Lalu
Baginda SAW duduk di bahagian kepalanya sambil bersabda: “Masuklah kamu ke
dalam Islam”. Budak tersebut melihat ayahnya yang berada di sisinya. Ayahnya
berkata kepadanya: “Taatlah kamu kepada Abu al-Qasim (Rasulullah SAW)”. Maka
budak tersebut memeluk Islam. Setelah itu, Nabi SAW keluar (daripada rumahnya)
sambil bersabda: “Segala puji bagi Allah yang telah membebaskannya dari api
neraka” (HR. Bukhari no. 1356).
Rujukan
Fatwa Islamweb no. 348883
Irsyad al-Hadith no. 173, Mufti Wilayah Persekutuan
No comments:
Post a Comment