Sunday, 3 November 2019

Hadith Nabi saw menyukai labu


Matan hadith

عَلَيْكُمْ بِالْقَرْعِ فَإِنَّهُ يَزِيدُ فِي الدِّمَاغِ، وَعَلَيْكُمْ بِالْعَدَسِ، فَإِنَّهُ قُدِّسَ عَلَى لِسَانِ سَبْعِينَ نَبِيًّا


Terjemahan

"Hendaknya kalian makan labu kerana labu dapat menambah kecerdasan. Hendaknya kalian makan adas (sejenis kacang-kacangan) sebab adas telah disucikan melalui ucapan tujuh puluh orang nabi..”


Takhrij

HR. Abu Nua’im dalam Tibb al-Nabawi no. 687.
Berkata Syeikh al-Albani Silsilah Hadith Dhaif no. 40: Maudhu'. As-suyuthi dalam al-Laili al-Masnu’ah 2/213 berkata: hadith ini melalui ‘Amru bin al-Hushain dia terkenal dengan perawi yang matruk



Matan hadith


قَال أَنَسٌ: فَرَأَيتُ رَسُولَ الله صلى اللهُ عَلَيهِ وَسلمَ يَتَتَبَّعُ الدُّبَّاءَ مِنْ حَوَالي الصَّحْفَةِ. قَال: فَلَمْ أَزَلْ أُحِبُّ الدُّبَّاءَ مُنْذُ يَوْمَئِذٍ


Terjemah

Anas berkata, maka lihat nabi SAW mencari-cari sayur labu dalam bekas makanan (seperti talam). Maka sejak dari hari tersebut aku pun menyukai memakan labu


Takhrij

HR. Muslim no. 2041, dari Anas ra, sahih ijma'.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...