Siti Khadijah adalah isteri pertama Rasulullah saw. Orang yang pertama kali
beriman kepada ALLAH dan kenabian Rasulullah saw. Orang yang sangat berjasa bagi
dakwah Rasulullah saw dan penyebaran agama Islam. Siti Khadijah wafat pada hari
ke-11 bulan Ramadlan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah saw hijrah
ke Madinah. Khadijah wafat dalam usia 65 tahun, saat usia Rasulullah saw sekitar 50
tahun.
PERMINTAAN TERAKHIR
Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata
kepada Rasululllah saw Aku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku
sebagai isterimu belum berbakti kepadamu. Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau
telah mendukung dakwah Islam sepenuhnya, jawab Rasulullah saw. Kemudian Khadijah memanggil
Fatimah Az-zahra dan berbisik, Fatimah puteriku, aku yakin ajalku akan tiba,
yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan
takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan serbannya yang biasa untuk
menerima wahyu agar dijadikan kain kafanku.
Mendengar itu Rasulullah saw berkata,
Wahai Khadijah, ALLAH menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan
tempatmu di syurga. Ummul mukminin, Siti Khadijah pun kemudian menghembuskan
nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didekapnya istri Beliau itu dengan
perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Beliau dan semua
orang yang ada disitu.
KAIN KAFAN DARI ALLAH
Saat itu Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan
membawa lima kain kafan. Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian
bertanya,
Untuk siapa sajakah kain kafan itu, ya Jibril?
Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali
dan Hasan jawab Jibril. Jibril berhenti berkata dan kemudian menangis.
Rasulullah saw bertanya, Kenapa, ya Jibril? Cucumu yang satu, Husain tidak
memiliki kafan, dia akan dibantai dan tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan
sahut Jibril.
Rasulullah saw berkata di dekat jasad Khadijah,
Wahai Khadijah isteriku sayang, demi ALLAH, aku takkan pernah
mendapatkan isteri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar
biasa. ALLAH maha mengetahui semua amalanmu.
"Semua hartamu kau hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut
menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu.
"Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah
selembar serban?
Tersedu Rasulullah saw mengenang istrinya semasa hidup.
Seluruh kekayan Khadijah diserahkan kepada Rasulullah saw untuk perjuangan
agama Islam. Dua per tiga kekayaan Kota Mekah adalah milik Khadijah. Tetapi
ketika Khadijah hendak menjelang wafat, tidak ada kain kafan yang boleh
digunakan untuk menutupi jasad Khadijah.
Bahkan pakaian yang digunakan Khadijah ketika itu adalah pakaian yang
sudah sangat lusuh dengan 83 tampalan diantaranya dengan kulit kayu.
Rasulullah saw kemudian berdoa kepada ALLAH.
Ya ALLAH, ya Ilahi Rabbi, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang
selalu membantuku dalam menegakkan Islam. Mempercayaiku pada saat orang lain
menentangku. Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku. Mententeramkan aku
pada saat orang lain membuatku gelisah. Oh Khadijahku sayang, kau
meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?
Tiba-tiba Ali berkata, Aku, Ya Rasulullah!
Jawapan
Hadith ini PALSU. Ia adalah rekaan golongan Syiah. Ia wujud dalam
kitab bernama Syajarah Tuba 2/223 karangan tokoh Syiah dari Iraq bernama Mahdi
bin Abdul Hadi al-Hairi yang berasal dari Karbala.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 274487
Abu al-Hasan al-Bakri, al-Anwar al-sathiĘża, hal. 735.
Majles Alukah no. t159439
No comments:
Post a Comment