Takhrij

Sunday, 3 November 2019

Syafaat kerana mencintai Ahlul Bait?



Matan hadith


مَن سَرَّه أن يَحيا حياتي، ويموتَ مماتي، ويسكنَ جنةَ عَدْنٍ غَرَسَها، ربي فَلْيُوالِ عَلِيًّا من بعدي، ولْيُوالِ ولِيَّهُ، ولْيَقْتَدِ بالأئمةِ من بعدي، فإنهم عِتْرَتِي خُلِقُوا من طينتي، رُزِقوا فَهْمًا وعِلمًا، وويلٌ للمكذبين بفضلِهم من أمتي، القاطعين فيهم صِلَتِي، لا أنالَهم اللهُ شفاعتي


Terjemahan

Barangsiapa senang hidup seperti kehidupanku dan mati seperti matiku, dan tinggal di dalam syurga ‘And yang Allah ciptakan, maka hendaklah menjadikan Ali sebagai walinya (pemimpin) setelah peninggalanku, kemudian menjadikan wali penggantinya, dan mengikut para imam sesudahku, kerana meraka adalah zurriatku ( keturunanku ) dan diciptakan Allah swt dari darah dagingku serta mereka dikurniakan pengertian (kefahaman) dariku dan ilmuku. Celakalah bagi orang-orang yang mendustakan kemuliaannya mereka dari umatku dengan sengaja memutuskan hubungan darahnya denganku, maka jelaslah Allah Ta'ala tidak akan menurunkan syafaatku.



Takhrij

HR. Abu Nua’im dalam Hilyatul Auliya’ 1/128, hadith gharib.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 894.





Matan hadith

الزموا مودتنا اهل البيتي ، فإنه من لقي الله عز وجل، وهو يودنا دخل الجنة بشفاعتنا ، والذ نفسي بيده لاينفع عبدا عمله الا بنعرفة حقنا


Terjemahan

Hendaklah kalian (umat islam) tetap memelihara kasih sayang pada ahlul bait kami. Kerana sesungguhnya siapa yang bertemu dengan Allah azza wa jalla ( kelak ) dalam keadaan mencintai kami, ia akan masuk syurga dengan syafaat kami. Demi Allah yang menguasai nyawaku ! amal seorang hamba Allah takkan bermanfaat bagi dirinya, kecuali dengan mengenal hak-hak kami.



Takhrij

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 2230.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini munkar dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4916.


Sayyid Abdullah Al-Haddad mengingatkan agar dalam memberikan penghormatan dan kecintaan kepada Ahlul Bait, kaum Muslimin bersikap wajar dan tidak berlebih-lebihan (Al-Fushul al-‘Ilmiyyah wal Ushul al-Hikamiyyah 2/89).

Adapun sikap kita terhadap Ahlul Bait yang menyimpang dari apa yang dicontohkan Rasulullah ﷺ, Sayyid Abdullah Al-Haddad mengimbau agar mereka tetap dihormati semata-mata kerana mereka adalah kerabat Nabi Muhammmad ﷺ dengan tidak meninggalkan perlunya memberikan nasihat kepada mereka sebagaimana kutipan berikut:

 وأما من كان من أهل هذا البيت ليس على مثل طرائق أسلافهم الطاهرين، وقد دخل عليهم شيئ من التخليط لغلبة الجهل، فينبغي أيضا أن يعظّموا ويحترموا لقرابتهم من رسول الله الله صلى الله عليه وسلم. ولا يدعوا المتأهل للنصيحة نصحههم وحثّهم على الأخذ بما كان عليه سلفهم الصالح, من العلم والعمل الصالح، والأخلاق الحسنة والسيرالمرضية.

Adapun mereka yang berasal dari keluarga dan keturunan Rasulullah ini yang tidak menempuh jalan leluhur mereka yang disucikan, lalu mencampur adukkan antara yang baik dan yang buruk disebabkan kejahilannya, hendaklah juga mereka tetap dihormati semata-mata kerana kekerabatan mereka dengan Nabi ﷺ. Namun siapa saja yang memiliki keahlian atau kedudukan untuk memberi nasihat, hendaknya tidak segan-segan menasihati dan mendorong mereka kembali menempuh jalan hidup para pendahulu mereka yang saleh-saleh, yang berilmu dan beramal kebajikan, berakhlak terpuji dan berperilaku luhur.” (Al-Fushul al-‘Ilmiyyah wal Ushul al-Hikamiyyah 2/90).

Sayyid Abdullah Al-Haddad tidak bersetuju atas anggapan yang ahlul bait yang menyimpang tidak perlu diingatkan kerana mereka kebal dan kelak mereka menerima syafaat Nabi saw, sebagaimana kutipan berikut:

  فيقول هؤلاء أهل بيت رسول الله صلى الله عليه وسلم، ورسول الله شفيع لهم، ولعل الذنوب لا تضرهم، وهذا قول شنيع، يضر القائل به نفسه، ويضر به غيره من الجاهلين، وكيف يقول أحد ذالك وفي كتاب الله العزيز ما يدل غلى اهل أن أهل البيت يضاعف لهم الثواب على الحسنات، والعقاب على السيئات. 

Ada yang mengatakan,”Biarlah, mereka adalah dari Ahlul Bait, Rasulullah ﷺ pasti akan bersyafaat kepada mereka, dan mungkin pula dosa-dosa yang mereka lakukan tak akan menjadi mudarat atas mereka.” Sungguh ini adalah ucapan yang amat buruk, yang menimbulkan mudarat bagi si pembicara sendiri dan bagi orang-orang lainnya yang tergolong kaum jahil. Bagaimana bisa seseorang berkata seperti itu, sedangkan dalam Al-Qurán, Kitab Allah yang mulia terdapat petunjuk bahawa anggota keluarga Rasulullah saw dilipat gandakan bagi mereka pahala amal baiknya, demikian pula hukuman atas perbuatan buruknya.” (Al-Fushul al-‘Ilmiyyah wal Ushul al-Hikamiyyah 2/88).

Sangat jelas bahawa Sayyid Abdullah Al-Haddad tidak setuju terhadap anggapan bahawa orang-orang tertentu seperti Ahlul Bait memiliki kekebalan hukum atas hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah subhanahu wataála disebakan kemuliaan nasabnya yang bersambung kepada Rasulullah. Ulama yang diyakini sebagai pembaharu abad 11 hijriyah ini menyebut orang yang memiliki anggapan seperti itu telah melakukan perbuatan dusta tentang Allah subhanahu wataála serta menyalahi ijma’ seluruh kaum Muslilimin. (Al-Fushul al-‘Ilmiyyah wal Ushul al-Hikamiyyah 2/89).

Sebelumnya pada halaman 87, Sayyid Abdullah Al-Haddad mengutip sebuah hadith Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan dari Abu Hurairah. Hadith itu berisi peringatan kepada puteri baginda, Fathimah agar tidak mengharapkan pembelaan dari ayahnya di hadapan Allah subhanu wa taála sebagai berikut:

  يا فاطمة بنت ممدs لا أغني عنكِ من الله شيئا

Hai Fathimah binti Muhammad, sungguh aku takkan cukup sebagai pembelamu di hadapan Allah.” (HR. Bukhari no. 2753 dan Muslim no. 206).

No comments:

Post a Comment