Matan hadith
مَا
مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا
وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ
Terjemahan
“Tidak ada seorang
muslim yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh
Allah SWT daripada fitnah (azab) kubur”.
Takhrij
HR. Tirmidzi no.
994, Ahmad no. 6582 dari Abdullah bin Amr.
Imam al-Tirmidzi
menghukum hadith ini sebagai gharib (ganjil) dan sanad yang ada pada hadith ini
tidak bersambung.
Begitu juga,
al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa pada sanad hadith ini adalah dhaif. (Fath
al-Bari 3/253).
Syeikh al-Albani
menghasankan hadith ini dalam Sunan Tirmidzi dan Ahkam Janaiz no. 49.
Syeikh Syu’aib
al-Arnauth mengatakan sanad pada hadith ini dhaif (lemah) dan syawahid yang ada
untuk menyokong hadith ini adalah tidak boleh dan sesuai untuk dijadikan
syawahid. Selain itu, beliau mengatakan bahawa al-Albani telah tersalah di
dalam menghukumi hadith ini kerana mengikut al-Mubarakfuri di dalam Tuhfat
al-Ahwazi (Takhrij Musnad 11/150).
No comments:
Post a Comment