Matan hadith
ثم
إن بلالا رأى في منامه النبي صلى الله عليه وسلم وهو يقول له ما هذه الجفوة يا
بلال أما ان لك أن تزورني يا بلال فانتبه حزينا وجلا خائفا فركب راحلته وقصد
المدينة فأتى قبر النبي صلى الله عليه وسلم فجعل يبكي عنده ويمرغ وجهه عليه وأقبل
الحسن والحسين فجعل يضمهما ويقبلهما فقالا له يا بلال نشتهي نسمع اذانك الذي كنت
تؤذنه لرسول الله صلى الله عليه وسلم في السحر ففعل فعلا سطح المسجد فوقف موقفه
الذي كان يقف فيه فلما أن قال (الله أكبر الله أكبر) ارتجت المدينة فلما أن قال
(أشهد أن لا إله إلا الله) زاد تعاجيجها فلما أن قال (أشهد أن محمدا رسول الله)
خرج العواتق من خدورهن فقالوا أبعث رسول الله صلى الله عليه وسلم فما رئي يوم أكثر
باكيا ولا باكية بعد رسول الله صلى الله عليه وسلم من ذلك اليوم
Terjemahan
“Kemudian Bilal
bermimpi bertemu Rasululllah di dalam tidurnya. Lalu dia ditegur oleh Nabi SAW:
“Wahai Bilal! Alangkah keras dan gersangnya hatimu, di mana kerinduanmu
kepadaku ,lama kamu tidak menziarahiku.” Bilal pun tersedar dalam keadaan yang
sedih dan takut.” Dia terus menunggang tunggangannya menuju ke Madinah lalu
menziarahi maqam Nabi SAW. Lalu, dia menangis di sisi maqam Nabi SAW sambil
mengusapkan wajahnya pada maqam Nabi SAW. Setelah itu, datanglah al-Hasan dan
juga al-Husain yang kemudiannya mereka berdua memeluknya dan menciumnya sambil
berkata: “Wahai Bilal! kami rindu untuk mendengarkan azanmu sepertimana dulu
kamu azankan untuk Rasulullah SAW pada waktu sahar (sebelum masuknya waktu
subuh).” Bilal pun memenuhi permintaan mereka berdua lalu melaungkan azan dari
atas bumbung di tempat yang sama ketika dia melaungkan azan dahulu (di zaman
Rasulullah). Apabila terdengar laungan suaranya mengucapkan “Allahu Akbar!
Allahu Akbar!”, bergegar kota Madinah bergetar. Ketika dia mengumandangan
syahadah bertambah lagi gegarannya sehingga ketika dia melaungkan “Asyhadu anna
Muhammadar Rasulullah!”, para penduduk Madinah keluar dari rumah-rumah mereka
sambil berkata, “Apakah Rasulullah diutuskan kembali?.” Sungguh tiada hari yang
paling banyak tangisan daripada kaum lelaki dan wanita di Madinah selepas
kewafatan Rasulullah SAW melebihi daripada hari itu..”
Takhrij
AN. Ibnu Asakir
dalam Tarikh Dimasyq 7/137 pada biografi Bilal, dari jalan Muhammad bin Faidh,
dari Abu Ishak Ibrahim bin Muhammad bin Sulaiman bin Bilal bin Abu Darda' dari
ayahnya dari, datuknya dari , Ummu Darda' dari Abu Darda'.
As-Subki dalam
Syifa as-Siqam hal. 52.
Al-Haithami dalam Tuhfat az-Zuwar hal. 67.
Ibnu Athir dalam Usud al-Ghabah 1/415, tanpa
sanad.
Al-Mizzi
menyebutkan kisah ini dalam Tahdzibul
Kamal 4/289, tanpa menyebut perihal menangis dan mencium kubur.
Az-Zahabi dalam
Tarikh Islam 4/273 dengan sanad yang sama dengan Ibnu Asakir.
Ali bin Ahmad
as-Samhudi dalam al-Wafa' bi Akhbar al-Musthafa1/44, tanpa sanad.
Kalau dianalisis
majoriti sumber hadith ini adalah dari kitab sejarah.
Penilaian ulama
Az-Zahabi berkata
riwayat ini mungkar (kategori dhaif berat) dalam Siyar A’lam al-Nubala’, 1/357-358.
al-Imam al-Syaukani
dalam Nailul Awthar 5/114 beliau mengatakan bahawa atsar ini dibawa oleh Ibnu
Asakir dengan sanad yang baik.
Ibnu Abdil Hadi
dalam As-Syarimul Munki berkata atsar ini tidak sahih hal. 314.
Penilaian jayyid
as-Subki juga telah disanggah oleh Ibnu Abdil Hadi
dalam As-Syarimul Munki:-.
Seluruh hadith yang
dibawakan As-Subki dalam masalah ini, yang diklaim berjumlah belasan hadith,
bukan hadith-hadith sahih. Bahkan semuanya hadith yang sangat lemah (Ahadith la
-Tashih hal. 6)
Kisah ini sangat
jelas kedustaannya.” (Lisan al-Mizan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani,
1/359, biografi no. 294).
Manakala selain
komentar dalam Nailul Awthar, al-Imam al-Syaukani mengatakan atsar ini tidak
ada asalnya.” (al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadits al-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah
1/41, no. 66).
Al-Mizzi dalam
Tahzibul Kamal mengisyaratkan lemahnya riwayat ini kerana beliau menggunakan
lafaz يقال
Syeikh al-Albani
berkata Riwayat ini batil, palsu, kedustaan yang nyata. Terlihat jelas
dari beberapa sisi, yang paling jelas adalah perkataan ‘Bilal mendatangi kubur
Nabi sambil menangis di sisinya’, perkataan ini seolah-olah menggambarkan
kepada kita bahawa kubur Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam nampak jelas
seperti kuburan orang lain yang dapat didatangi siapa saja. Ini sebuah
kebatilan yang nyata bagi orang yang mengetahui sejarah. Bahawa Nabi
Shallallahu’alaihi Wasallam dimakamkan di kamar Aisyah Radhi’allahu’anha di
dalam rumahnya, yang tidak diperbolehkan masuk kecuali atas izin Aisyah. Hal
ini masih berlaku hingga masa pemerintahan Umar Radhiallahu’anhu‘ (Ad Difa’ An
Al Hadith An Nabawi Wa As Sirah, 95)
Rujukan
Irsyad al-Hadith
no. 447.
Ahadits Laa Tashih,
Sulaiman bin Shalih Al Khurasyi, hal.6
No comments:
Post a Comment