Matan hadith
وَعَنْ
أَبِي الدَّرْدَاءِ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله –
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – : (( أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ
أَعْمالِكُمْ ، وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ ، وَأَرْفَعِهَا فِي
دَرَجَاتِكُمْ ، وَخَيرٍ لَكُمْ مِنْ إنْفَاقِ الذَّهَبِ والفِضَّةِ ، وَخَيْرٍ
لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا
أعْنَاقَكُمْ ؟ )) قَالَوا : بَلَى ، قَالَ : (( ذِكْرُ الله تَعَالَى )) .
Terjemahan
Abu Darda’
radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Mahuhkah kuberitahukan kepada kalian amal yang paling baik dan paling suci
menurut Rabb kalian, dan yang paling tinggi darjatnya untuk kalian, juga lebih
baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak, serta lebih baik bagi
kalian daripada bertemu dengan musuh kalian lalu kalian menebas batang leher
mereka dan mereka membalasnya?” Para sahabat berkata, “Tentu mahu.” Beliau
menjawab, “zikir mengingat Allah.”
Takhrij
HR.
Tirmidzi, no. 3377; Ibnu Majah, no. 3790.
Al-Hafizh
Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan.
Hadith
ini disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Sunan Tirmidzi dan Sahih Sunan
Ibnu Majah.
Faedah hadith
Hadith ini
menunjukkan keutamaan berzikir dan itu boleh menyamai pahala berjihad di jalan
Allah dan menafkahi harta pada jalan Allah.
Seluruh amal
bertujuan untuk mengingat Allah (zikrullah). Tujuan pastilah lebih mulia
daripada wasilah (perantara).
Tidak seluruh amal
dibalas pahalanya dilihat dari kerja keras. Boleh jadi Allah membalas amalan yang
sedikit dengan pahala yang besar.
Zikir yang
dimaksudkan dalam hadith ini adalah zikir yang sempurna dengan lisan,
memikirkan dengan hati, dan menghadirkan keagungan Allah.
Rujukan
Bahjah An-Nazhirin
Syarah Riyadhus Salihin. Cetakan pertama, Tahun 1430 H. Syaikh Salim bin ‘Ied
Al-Hilali. Penerbit Dar Ibnul Jauzi. 2/462
No comments:
Post a Comment