Takhrij

Wednesday, 8 January 2020

Hadith panji di mahsyar



Matan


وهو لواء الحمد فتسير به بين السماطين، آدم وجميع خلق الله يستظلون بظل لوائي يوم القيامة وطوله مسيرة ألف سنة، سنانه ياقوتة حمراء، قصبته فضة بيضاء، زجه درة خضراء، له ثلاث ذوائب من نور: ذؤابة في المشرق وذؤابة في المغرب والثالثة وسط السماء الدنيا مكتوب عليه ثلاثة أسطر، الأول بسم الله الرحمن الرحيم، والثاني الحمد لله رب العالمين، والثالث لا إله إلا الله، محمد رسول الله، طول كل سطر ألف سنة، وعرضه مسيرة ألف سنة، وتسير بلوائي والحسن عن يمينك والحسين عن شمالك حتى تقف بيني وبين إبراهيم في ظل العرش، ثم تكسى حلة خضراء من الجنة ثم ينادي مناد من تحت العرش، نعم الأب أبوك إبراهيم، ونعم الأخ أخوك علي، أبشر يا علي فإنك تكسى إذا كسيت، وتدعى إذا دعيت، وتحبى إذا حبيت


Terjemahan

Rasulullah SAW pernah ditanyai mengenai liwa'ul hamd (panji pujian) tentang lebar, dan panjangnya. Lalu Beliau menjawab sebagai berikut :

  • Panjangnya seperti perjalanan 1 000 tahun, tertulis di atasnya kalimat tauhid "la ilaha illallah muhammadur rasululah"
  • Lebarnya seperti jarak antara langit dan bumi.
  • Gigi-giginya dari batu yaqut merah dan pegangannya dari emas putih dan batu zamrud hijau.
  • Liwa'ul hamd (panji pujian) itu memiliki tiga ekor (umbul-umbul) yang terlihat seperti cahaya. Ketiga ekor (umbul-umbul) masing-masing berada timur, di tengah dunia, dan di barat.
  • Tertulis di dalamnya 3 baris kalimat, pertama kalimat basmallah "bismillahir rahmanir rahim", kedua kalimat hamdallah "alhamdulillahi rabbil 'alamin", dan ketiga kalimat tauhid "la ilaha illallah muhammadur rasululah".
  • Panjang setiap baris seperti perjalanan 1000 tahun. Ada 70000 panji di sekitar liwa'ul hamd (panji pujian), di bawah setiap panji ada 70000 baris malaikat, dan setiap baris terdiri dari 500000 malaikat yang sentiasa membaca tasbih dan mennsucikan Allah SWT.


Takhrij

HN. Sayyid Hashim al-Bahrani 5/36 dan Abdul Rahim bin Ahmad al-Qadhi dalam Daqaiq al-Akhbar fi Dhikr al-Jannah wa al-Nar, wa Yalih Kitab Durar al-Hisan fi al-Ba'th wa Na'im al-Jinan lil Suyuthi hal. 52 cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah.

Hadith ini maudhu menurut al-Hafiz Qutb al-Din al-Halimi dalam Al-Muwahib al-ladunniyya bi al-minah al-Muhammadiyya (المواهب اللدنية بالمنح المحمدية) 4/268.



Untuk hadith panji selain panji Liwa al-Hamd dari khabar yang dibawa oleh Imam Jurjani rh:-

Dalam riwayat yang lain, Syekh Al-Jurjani mengatakan tentang makna sabda Nabi SAW, "liwa'ul hamdi (panji pujian) ada di tanganku (tangan Nabi SAW)", iaitu ketika hari kiamat telah ditegakkan, liwa'ul hamd (panji pujian) dikibarkan di hadapan Nabi SAW. Semua orang mukmin mulai dari keturunan Nabi Adam as sampai orang terakhir yang lahir di hari kiamat, berada di bawah panji Nabi SAW. Sedangkan orang-orang kafir berada dalam istirehat kerana belum diseret ke neraka selama liwa'ul hamdi (panji pujian) dikibarkan.



Panji Selain Liwa'ul Hamd di Hari Kiamat

Dalam riwayat lain, dijelaskan juga mengenai panji-panji para sahabat selain liwa'ul hamdi (panji pujian) di hari kiamat, di antaranya adalah :

  • Liwa'us shidqi (panji kejujuran) untuk Sahabat Abu Bakar ra. Setiap orang yang jujur dan senantiasa berkata sesuai fakta berada di bawah panjinya.
  • Liwaul fuqaha' (panji ahli fiqih) untuk Sahabat Muadz bin Jabal ra. Setiap orang yang ahli fiqih berada di bawah panjinya.
  • Liwa'uz zuhdi (panji kezuhudan) untuk Sahabat Abu Dzar Al-Ghifari ra. Setiap orang yang zuhud dan orang yang meninggalkan dunia karena akhiratnya berada di bawah panjinya.
  • Liwa'us sakhawah (panji kedermawanan) untuk Sahabat Utsman bin Affan ra. Setiap orang yang dermawan, suka memberi, dan suka bersedekah berada di bawah panjinya.
  • Liwa'us syuhada' (panji syuhada') untuk Sahabat Ali bin Abi Thalib ra. Setiap orang yang gugur mati syahid berada di bawah panjinya.
  • Liwa'ul qurra’ (panji bacaan Al-Qur'an) untuk Sahabat Ubay bin Ka'ab ra. Setiap orang yang sentiasa beristiqamah membaca Al-Qur'an berada di bawah panjinya.
  • Liwa'ul muaddzin (panji tukang adzan) untuk sahabat Bilal bin Rabah ra. Setiap orang yang mampu beristiqamah mengumandangkan adzan berada di bawah panjinya.
  • Liwaul maqtul dhulman (panji orang-orang yang terbunuh karena teraniyaya) untuk Husain bin Ali ra. Setiap orang yang meninggal terbunuh kerana teraniyaya ada di bawah panjinya.


Takhrij

HN. Abdul Rahim bin Ahmad al-Qadhi dalam Daqaiq al-Akhbar fi Dhikr al-Jannah wa al-Nar, wa Yalih Kitab Durar al-Hisan fi al-Ba'th wa Na'im al-Jinan lil Suyuthi hal. 52 cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah.


Tanpa sanad dan status. Menurut M. Suyudhi Ismail, hadith tanpa adanya sanad maka matan hadith tidak dapat dikatakan berasal dari Nabi saw (M. Suyudhi Ismail, Metodologi Penelitian Hadits Nabi hal. 114).


No comments:

Post a Comment