Wednesday, 1 January 2020

Kebaikan tidak berguna tanpa disertai 8 perkara (Saidina Ali ra)




Matan


لا خير في صلاة لا خشوع فيها، ولا خير في صوم لا امتناع عن اللغو فيه، ولا خير في قراءة لا تدبر فيها، ولا خير في علم لا ورع فيه، ولا خير في مال لا سخاوة فيه، ولا في أخوة لا حفظ فيها، ولا خير في نعمة لا بقاء فيها، ولا خير في دعاء لا إخلاص فيه".
(علي بن أبي طالب رضي الله عنه)

Terjemahan

Berkata Sayyidina Ali bin Abi Thalib ra :
1. Tiada kebaikan pada solat yang tidak khusuk.
2. Tiada kebaikan pada puasa yang tidak di iringi dengan menyingkirkan ucapan yang tak berguna (sia-sia).
3. Tiada kebaikan pada pembacaan Al Qur’an yang tidak di iringi dengan penghayatan isinya.
4. Tiada kebaikan pada ilmu yang tidak di iringi dengan wira’i (Wara’).
5. Tiada kebaikan pada harta benda yang tidak iringi dengan murah hati/dermawan (disedekahkan).
6. Tiada kebaikan pada persahabatan yang tidak di ikuti saling menjaga (dari keburukan).
7. Tiada kebaikan pada kenikmatan yang tidak abadi.
8. Tiada kebaikan pada doa yang tidak di panjatkan dengan ikhlas


Takhrij

Atsar nukilan Ibnu Hajar al-Asqhalani dalam Kitab al-Munabbihat hal. 31 dan disyarah oleh Syeikh Nawawi bin Umar Al Bantani dalam Kitab Nashaihul Ibad, Nasihat 8 perkara, hal 5- Kebaikan tiada bererti tanpa disertai 8 perkara. Tanpa sanad.

Sandaran kepada Ibnu Hajar tidak dapat dipastikan kerana, terdapat juga beberapa versi karya ini yang dijumpai disandarkan bukan kepada Ibn Hajar. Antara nama-nama yang ditemukan samada pada halaman utama karya atau pada bahagian mukaddimah ialah Zain al-Qudat, Ahmad bin Muhammad al-Hajji dan al-Allamah al-Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Ali al-Hajri (Kashfuz Zunun, 2/1848). Karya ini mengandungi 51 buah hadith. Dapatan kajian sarjana Universiti Malaya (2014) mendapati bahawa hadith mardud merekodkan peratusan yang sangat besar, iaitu sebanyak 94.1%. Ini adalah mustahil bagi Ibnu Hajar.




Rujukan

Al-Munabbihat 'ala al-isti'dad li yawm al-ma'ad oleh Ibn Hajar Al-Asqalani: takhrij dan analisis / Mohd Nor Adzhar Ibrahim, 2014, Universiti Malaya.

https://hadithanswers.com/is-the-book-al-munabbihat-really-written-by-hafiz-ibn-hajar/

http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/my.um.stud.5339/Description

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...