Takhrij

Wednesday, 8 January 2020

Kelebihan surah al-ikhlas 100 kali




Matan hadith


مَنْ قَرَأَ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ مِائَةَ مَرَّةٍ فِي الصَّلَاةِ أَو غَيْرِهَا كَتَبَ اللهُ لَهُ بَرَاءَةً مِنَ النَّارِ


Terjemahan

“Sesiapa yang membaca قل هُوَ الله أحد sebanyak 100 kali dalam solat atau selainnya [di luar solat] Allah akan mentakdirkan baginya pelepasan daripada api neraka.”


Takhrij

HR. al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir daripada hadith Fairus al-Dailami.


Al-Suyuthi dalam al-Durr al-Manthur 15/771 menyatakan bahawa sanadnya dhaif. Dahn beliau mendhaifkannya dalam Jamius Saghir no. 8930.


Kata al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid 7/148: “Dalam sanadnya ada Muhammad bin Qudamah al-Jauhari, dia adalah dhaif.”

Juga didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 5781.





Matan hadith


مَنْ قَرَأَ كُلَّ يَوْمٍ مِائَتَيْ مَرَّةٍ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ مُحِيَ عَنْهُ ذُنُوبُ خَمْسِينَ سَنَةً إِلَّا أَنْ يَكُونَ عَلَيْهِ دَيْنٌ


Terjemahan

"Barangsiapa membaca QUL HUWALLAAHU AHAD setiap hari seratus kali, niscaya dosa-dosanya selama lima puluh tahun akan terhapus, kecuali jika dia mempunyai hutang.


Takhrij

HR. Tirmidzi no. 2898, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 2548 dari Anas bin Malik.


Imam at-Tirmidzi berkata, hadith ini gharib dari hadith Tsabit dari Anas, dan hadith ini telah diriwayatkan juga dari jalur yang lain dari Tsabit.

Didhaifkan oleh Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 8/524.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 300.

No comments:

Post a Comment