Takhrij

Friday, 20 March 2020

Hadith anjing mungkin melihat syaitan (ketika azan)



Salakan anjing ketika azan ini, berkemungkinan disebabkan oleh kebolehan yang dikurniakan oleh Allah kepada anjing, yakni dapat melihat apa yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar kita seperti syaitan.



إِذَا سَمِعْتُمْ نُبَاحَ الْكِلَابِ وَنَهِيقَ الْحُمُرِ بِاللَّيْلِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّهُنَّ يَرَيْنَ مَا لَا تَرَوْنَ

Dari Jabir bin Abdillah ra. Nabi SAW bersabda maksudnya, “Jika kamu mendengar lolongan anjing dan rengekkan keledai pada malam hari , maka berlindunglah kepada Allah darinya kerana ia melihat apa yang tidak dapat kamu lihat.” (HR. Abu Daud no. 5103, Ahmad 3/306, Sahih Adabul Mufrad no. 937 serta Ibnu Sunni no. 311-sahih al-Albani)



Syaikh Al-Mubarakfuri rahimahullah menjelaskan,

أي اعتصموا به منه بأن يقولأحدكم أعوذ بالله من الشيطان الرجيم  أو نحو ذلك من صيغ التعوذ فإنه أي الحمار رأى شيطانا

“Berlindunglah kepada Allah, misalnya dengan mengucapkan “A’udzu billahi minas syaithanir raajim” atau yang lainnya dari lafadz ta’awwudz. Kerana keledai tersebut melihat syaitan (Tuhfat al-Ahwadzi 9/300)



Berkata qadhi ‘Iyadh rahimahullah,

قال عياض وفائدة الأمر بالتعوذ لما يخشى من شر الشيطان وشر وسوسته فيلجأ إلى الله في دفع ذلك

“Faedah dari perintah agar berta’awwudz kerana dikhawatirkan kejahatan dari syaitan dan was-was, maka segeralah berlindung kepada Allah untuk mencegah hal tersebut.”(Fathul Bari 6/353)


Dalam banyak hadith disebutkan bahawa syaitan lari jauh sambil terkentut-kentut  ketika mendengar suara azan dan iqamat. Dan setelah tidak terdengar, syaitan kembali lagi untuk menggoda manusia yang solat agar tidak kusyuk.  Salah satu hadith tersebut sebagai berikut :


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ أَدْبَرَ الشَّيْطَانُ لَهُ ضُرَاطٌ فَإِذَا قُضِيَ التَّثْوِيبُ أَقْبَلَ حَتَّى يَخْطُرَ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ حَتَّى لَا يَدْرِيَ كَمْ صَلَّى فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ ذَلِكَ فَلْيَسْجُدْ سَجْدَتَيْنِ

Rasulullah Shalallah 'Alaihi Wa Sallam bersabda: "Bila solat sudah diserukan, maka syaitan lari dengan terkentut-kentut. Jika iqamah telah usai, maka syaitan datang lagi untuk menggoda hati seseorang sehingga tidak tahu jumlah rakaat solatnya! Jika salah seorang dari kalian mengalami hal tersebut, maka sujudlah dua kali." (HR. Nasa'i no.1236, sahih al-Albani)

Anjing tidaklah menyalak pada azan subuh sahaja melainkan waktu lain juga. Subuh menjadi lebih ketara kerana suasana sunyi.

Ini ditambah pula, anjing diketahui umum menyalak apabila wujudnya pergerakan manusia.  Pada waktu subuh manusia sudah mula memulakan rutin maka pergerakan itu dapat dikesan oleh anjing.

Dan perkara ini tidaklah tertakluk kepada faktor yang telah disebutkan di atas saja. Mungkin ada faktor lain yang tidak kita ketahui melainkan melalui petunjuk dari Allah swt.



Rujukan

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 88335

No comments:

Post a Comment