Takhrij

Friday, 20 March 2020

Kisah Fatimah ra tawaf kepada Ali kerana berdosa dengannya




Matan hadith


وروي عن سلمان الفارسي   عن الرسول   أنه قال: دخلت فاطمة   على رسول الله  ، فلما نظرت إليه دمعت عيناها وتغير لونها، فقال  : «ما لك يا بنتي»؟ قالت: "يا رسول الله! كان بيني وبين علي   في البارحة مزاح، ونشأ من الكلام أن غضب علي من كلمة خرجت من فمي، فلما رأيت أن عليا  غضب فندمت وغممت، فقلت له: يا حبيبي! ارضَ عني، وطفت حوله سبع مرات حتى رضي عني، وضحك في وجهي مع الرضا، وأنا خائفة من ربي فقال لها النبي  -ركزوا ماذا قال لها الرسول، ولا تنسوا أن هذه بنت رسول الله  -: «يا بنتي! والذي بعثني بالحق نبيا! إنك لو مت قبل أن ترضي عليا  لم أصلِ عليك»، ثم قال:«يا بنتي! أما علمت أن رضا الزوج هو رضا الله، وغضب الزوج هو غضب الله؟ يا بنتي! أي امرأة عبدت عبادة كعبادة مريم بنت عمران، ثم لم يرضَ عنها زوجها لم يقبل الله تعالى منها. يا بنتي! أفضل أعمال النساء طاعة الزوج، وبعده ليس لها عمل أفضل من الغزل. يا بنتي! جلوس ساعة عند الغزل خير لهن من عبادة سنة، ويكتب لهن من كل نوع من الثياب ثواب شهيد. يا بنتي! إن المرأة إذا غزلت حتى تكسو زوجها وصبيانها وجبت لها الجنة وأعطى لها الله كل ما تسربن من أثوابها مدينة في الجنة


Terjemahan

Diriwayatkan dari Salman Al Farisi ia berkata; Fathimah radliyallahu ‘anha datang menemui Nabi ‘alaihishshalatu wassalam, ketika melihat beliau, kedua matanya (Fathimah) berlinang air mata dan wajahnya berubah warna, lalu Nabi ‘alaihishshalatu wassalam bersabda; “Ada apa denganmu wahai putriku”, Fathimah menjawab; Wahai Rasulallah, tadi malam ketika aku dan ‘Ali bersenda gurau muncullah percakapan yang membuat ‘Ali marah lantaran kata-kata yang keluar dari mulutku, begitu aku tahu bahawa ‘Ali benar-benar marah, aku menyesal dan sedih, lalu aku berkata; ‘Wahai kekasihku, berikanlah redhamu kepadaku’, dan aku mengelilinya sebanyak 72 kali putaran hingga ia redha kepadaku dan iapun tertawa dihadapanku dengan redha sedangkan aku takut kepada Tuhanku. Lantas Nabi ‘alaihishshalatu wassalam bersabda; “Wahai puteriku, demi Zat yang mengutusku dengan haq sebagai Nabi, seandainya engkau mati sebelum engkau membuat ‘Ali redha kepadamu nescaya aku tidak akan mensolatimu”. Beliau melanjutkan; “Wahai puteriku, apakah engkau tidak tahu bahawa redha suami adalah redha Allah dan murka suami adalah murka Allah”, Wahai puteriku, wanita manapun yang beribadah seperti ibadah Maryam bin ‘Imran kemudian suaminya tidak redha kepadanya, maka Allah tidak akan menerima darinya”, Wahai puteriku, sebaik-baik amal seorang wanita adalah taat kepada suaminya, setelah itu tidak ada lagi amal yang lebih utama daripada memintal benang (menenun)”, Wahai puteriku, duduk satu jam menenun adalah lebih baik bagi wanita daripada ibadah satu tahun dan setiap warna dari benang yang ditenunnya akan dicatat pahala seperti pahala orang yang mati syahid”, Wahai puteriku, apabila seorang wanita menenun hingga memakaikan tenunannya kepada suami dan anak-anaknya, maka ia wajib masuk syurga dan setiap memakai pakaiannya Allah Ta’ala akan memberinya kota disyurga”.


Takhrij

HN. Syeikh Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syakiri Al-Khubawy dalam Durratun Nasihin, Darul Arqam bin Abi al-Arqam, hal. 53, tanpa sanad.

Pentahqiq pada catatan nota kakinya bekata hadith ini tidak ditemui asal dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah.

Dan kitab tersebut termasuk kitab yang ditahdzir (diperingatkan) oleh para ulama sunnah seperti syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah dan syeikh Masyhur Hasan Alu Salman, kerana di dalam kitab tersebut mengandungi hadith-hadith dhaif dan palsu. Kitab ini telah banyak dikritik oleh ulama dan ahli akademik melalui kajian ilmiah. (Fatawa Nur Ala Darb hal. 80)


Al-Shaikh Abdul Rahman Al-Suhaim berkata tentang riwayat ini:-

Ini adalah daripada khurafat golongan Syiah Rafidhah. Fatimah tawaf di sekeliling Ali tujuh kali? Adakah suaminya itu Ka'bah sehingga dia perlu tawaf di sekelilingnya? (Almeshkat)



Rujukan

http://www.almeshkat.net/vb/showthread.php?t=78513

No comments:

Post a Comment