Matan
hadith
أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ §لَمْ يُتِمَّ صَوْمَ شَهْرٍ
بَعْدَ رَمَضَانَ، إِلَّا رَجَبَ وَشَعْبَانَ
Terjemahan
Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyempurnakan puasa sebulan penuh selepas
Ramadhan melainkan bulan Rejab dan Sya’ban.
Takhrij
HR.
At-Thabarani dalam Mu’jam al-Ausath, no. 9422 daripada Abu Hurairah ra.
Hadith ini dhaif jiddan. kerana:
Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Yusuf bin Athiyyah bin Thabit.
Kata
Imam Al-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
Kata
Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya
(matruk).
Kata
Imam Abu Hatim, Imam Abu Zur’ ah dan Imam Ad-Daruqutni: Ia seorang yang lemah
hadithnya.
Kata
Imam Ibnu Hibban: Tidak harus berhujjah dengannya.
Kata
Imam Ibnu Ma’in dan Imam Abu Daud: Ia tidak memiliki sesuatu (yang sahih untuk
dijadikan pegangan).
Ibnu Hajar menilai hadith ini munkar dalam Tabyinul Ajab no. 20
Hadith
ini tidak dapat dijadikan hujjah tentang puasa tiga bulan berturut-turut iaitu
Rejab, Sya’ban dan seterusnya disambung dengan Ramadhan sebagaimana yang
diamalkan oleh sebahagian umat Islam.
Tidak
thabit Nabi s.a.w. berpuasa sebulan penuh pada bulan-bulan lain melainkan
Ramadhan sahaja. Inilah amalan Nabi s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim dari Aishah r.a. katanya: Dan aku tidak pemah melihatnya (Nabi
s.a.w.) berpuasa sebulan penuh semenjak datang ke Madinah kecuali Ramadhan.
No comments:
Post a Comment