Takhrij

Wednesday, 11 March 2020

Hadith Selawat itu menghapus dosa


Matan hadith

صـلوا عـلى فإن صـلاتكـم عـلى زكـاة لـكـم

Terjemahan

Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawatmu itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) untukmu.


Takhrij

HR. Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya  no. 31784, ad-Dailami dalam Musnadnya no. 3708, Tirmidzi no. 3612, Ahmad no. 8770, aj-Jahdami dalam fadhail Solah no. 46,  Abu Ya’la dalam Musnadnyaa no. 6414 dan Ibn Rahawayh dalam Musnadnya no. 297, dari abu Hurairah ra.

Syeikh al-Albani berkata dalam Tahqiq Fadhail Solah, hadith ini dhaif, manakala dalam Silsilah Hadith Sahih no. 3268., hadith ini mempunyai syawahid.

Didhaifkan oleh as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 5014

No comments:

Post a Comment