Takhrij

Wednesday, 11 March 2020

Kelebihan selawat (menyingkap keresahan, kegundahan, dan kesempitan serta dapat memperbanyakkan rezeki dan menunaikan keperluan)




Matan hadith


 قَالَ أُبَيٌّ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلَاةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلَاتِي فَقَالَ مَا شِئْتَ قَالَ قُلْتُ الرُّبُعَ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قُلْتُ النِّصْفَ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قَالَ قُلْتُ فَالثُّلُثَيْنِ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قُلْتُ أَجْعَلُ لَكَ صَلَاتِي كُلَّهَا قَالَ إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ


Terjemahan

Berkata Ubai: Wahai Rasulullah, aku sering membawa selawat untuk baginda, lalu seberapa banyak aku berselawat untuk baginda? Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa salam menjawab: "Terserah." Aku bertanya: Seperempat? Rasulullah Shallallahu 'alahi wa Salam menjawab: "Terserah, jika kau tambahi itu lebih baik bagimu." Aku bertanya: Setengah? Beliau menjawab: ""Terserah, jika kau tambahi itu lebih baik bagimu." Aku bertanya: Dua pertiga?"Terserah, jika kau tambahi itu lebih baik bagimu." Aku berkata: Aku akan menjadikan seluruh doaku untuk baginda. Beliau bersabda: "Kalau begitu, kau dicukupkan dari dukamu dan dosamu diampuni."


Takhrij

HR. Tirmidzi no. 2457 dari Ubai bin Ka'ab, hasan sahih Imam Tirmidzi.

Syeikh al-Albani menghasankan hadith ini dalam Sahih Tirmidzi.






Matan hadith

أَوْلَى النَّاسِ بِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً

Terjemahan

“Orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”


Takhrij

HR. Tirmidzi no. 484 dari Ibnu Mas'ud, hasan gharib Imam Tirmidzi.

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Tirmidzi.

Dihasankan oleh Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar 3/295




Matan hadith

من عسرت عليه حاجته فليكثر من الصلاة علي فانها تكشف الهموم والغموم والكروب وتكثر الأرزاق وتقضي الحوائج


Terjemahan

Barang siapa yang susah memenuhi hajatnya maka perbanyaklah membaca selawat kepadaku. Kerana sesungguhnya selawat dapat menyingkap keresahan, kegundahan, dan kesempitan serta dapat memperbanyakkan rezeki dan menunaikan keperluan.


Takhrij

HN. As-Sakhawi dalam Qaul Badi' hal. 404. Juga ditemukan dalam Khazinatul Asrar hal. 201 dan Durratun Nasihin hal. 305.

Lafaz yang hampir serupa diriwayatkan oleh Ibnu Jauzi dalam Bustanul Wai'idzin hal. 303:

مَن عسر عليه شيء فَلْيُكثر من الصَّلاة علي، فإنها تحلُّ العقد وتكشف الكرب

Sesiapa yang mendapati sesuatu yang sukar baginya, hendaklah dia memperbanyakkan selawat untukku, kerana ia dapat meleraikan simpulan dan menghilangkan kesusahan.


Hadith ini tidak sahih, tidak ditemukan asal dalam kitab muktabar sunnah. Tetapi maknanya sahih berdasarkan hadith Tirmidzi no. 2457. Lafaz ini masyhur di kalangan sufi dan rafidah. (Multaqa Ahli Hadith t=199774; shorturl.at/beqwA).

No comments:

Post a Comment